CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hudud : Bapa Sedih Aisyah Diancam 'Bakar, Rogol'

23-3-2015 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25572| Komen: 272

Description: Ya, Mereka Boleh Diterima Sebagai Jurutera Dan Arkitek Tetapi Mereka Hampir Tidak Boleh Diterima Sebagai Warganegara Malaysia, Atau Orang Islam Atau Lebih Teruk Lagi, Sebagai Manusia Dengan Hati Nuran ...
Bapa sedih Aisyah diancam 'bakar, rogol'


Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?


Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan? Apa sudah jadi?

Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini.

Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem 'Terminator' yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, "Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan".

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini.

Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri.

Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia... selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini? Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada  Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=864423&extra=&page=5

21

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
18

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 20-3-2015 04:03 PM
dasyat2 malaysian sekarang...ugut bunuh dan rogol...

cam arwah nik aziz ckp..dier tunjuk murah2...rogol lah...
Quote atira 20-3-2015 04:10 PM
perghhhh.. yg sokong hudud ni kaki rogol dgn kaki bunuh ka
Quote kairouseki 20-3-2015 04:11 PM
kalau org Islam yg bg komen ntuk bunuh & rogol tu rasanya diorang dah lari dari landasan islam tu..

sebab tu la org x respek ngan Islam. org Islam sendiri yg jatuhkan imej Islam. patutnya bagi la nasihat yg membina, Islam tu indah & lemah lembut. bukannya kasar & paksaan.
Quote AbukRokok 20-3-2015 04:17 PM
wow bakal perogol membela hudud????

menakjubkan
Quote gaara_X 20-3-2015 04:18 PM
jangan sentuh bab agama islam.....
Quote Parit.Hilton 20-3-2015 04:20 PM
masalahnya, ramai je yang bagi komen baik2. siap doakan Aisyah tu berubah. Mungkin dia sendiri tak sedar diperalatkan BFM.

tapi, biasalah media ni pun banyak jenis jugak. Yang diorang nampak ugutan rogol dan bunuh je. Yang nasihat baik2 tak nak pulak highlight.
Quote ifanonline 20-3-2015 04:21 PM
kesian aisyah...mesti susah nak kluar lepas ni...
Quote Bini_Maidoon 20-3-2015 04:24 PM
elok la tarik, sebelum kejadian lebih burok menimpa..kalau dah kena, apa pun tak boleh dapat, sia-sia je hidup......

pprrrffffgggghhhttggghhhh!!!!
Quote PeahPPRT 20-3-2015 04:26 PM
Peah sanggup jadi galang ganti kalau saudari aisyah diugut rogol, peah percaye geng-geng pembela hudud ni terdiri drpd puak isis yg sememangnye diakui mempunyai kuasa napsu sex yg berlipat ganda spt saudara mereka di syria walaupun kita sedia maklum saiz mereka hanyalah 2b shj (saiz melayu), walau kecik saiz iteww tp ia ligat spt otak tuannye yg suka merogol bunuh, serahkan aja perogol ini kpd peah since mereka tahu tanpa 4saksi yg beriman mereka boleh merogol sesuka hati sj sbb diyakini akan terselamat bila hudud diimplement nanti, peah sanggup berkorban utk lelaki islam pembela hudud ini
Quote 123456 20-3-2015 04:33 PM
haha the irony
Quote atira 20-3-2015 04:33 PM
PeahPPRT replied at 20-3-2015 04:26 PM
Peah sanggup jadi galang ganti kalau saudari aisyah diugut rogol, peah percaye geng-geng pembela hud ...

syumul nye sis
Quote miabebe 20-3-2015 04:39 PM
Gila la...mental yg mengugut tu kompom laki gila sex
Quote flying_cow 20-3-2015 04:41 PM
PeahPPRT replied at 20-3-2015 04:26 PM
Peah sanggup jadi galang ganti kalau saudari aisyah diugut rogol, peah percaye geng-geng pembela hud ...

Kelas kauuu peah. Bagaikan lilin membakari diri gitu.

Anyway, I senyum sinis jah tengok mat2 rempit penyokong hudud ni bukan main lagi fefeeling nak rogol bunuh lah. I percaya mereka sendiri tak tahu apa itu hudud.
Quote abangbikerz 20-3-2015 04:41 PM
atira replied at 20-3-2015 04:10 PM
perghhhh.. yg sokong hudud ni kaki rogol dgn kaki bunuh ka

Nampak gayanya gitu ler
Quote kairouseki 20-3-2015 04:43 PM
Harapnya fahami & selami dulu intipati hukum hudud. 4 saksi yg beriman mmg kriteria yg utama tetapi, ntuk mereka yg tiada saksi bukannya boleh terlepas. ada kaedah & hukum tambahan dlm bab rogol ni. jgn kita bercakap seolah - olah Allah tidak mengurniakan akal fikiran pada manusia untuk menyelesaikan masalah saksi rogol.

Quote clarizsa 20-3-2015 04:47 PM
amboi islamiknya dok ugut nak bunuh n rogol org...

gila...
Quote kucingTomey 20-3-2015 04:52 PM
sendiri cari masalah...
Quote Orix 20-3-2015 04:54 PM
ifanonline replied at 20-3-2015 04:03 PM
dasyat2 malaysian sekarang...ugut bunuh dan rogol...

cam arwah nik aziz ckp..dier tunjuk murah2.. ...

siyes arwah ad ckp cmtu?
Quote dodolgemok 20-3-2015 04:54 PM
bajet nak pertahankan hudud tapi nak merogol dan membunuh?bodoh bertalu2 meleis sesat ektremis isis ni! bebal cilake

Lihat semua komen(272)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074583 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top