CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengacara BFM Didakwa Hina Hudud

23-3-2015 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2743| Komen: 0

Description: Aisyah Yang Memakai Baju Berwarna Putih Itu Juga Turut Menyindir Pelaksanaan Hukum Hudud Dengan Membuka Bungkusan Nasi Lemak Tetapi Di Dalamnya Kosong Sambil Mengibarkan Bendera Ne-Geri Kelantan.
Pengacara BFM didakwa hina hudud


KUALA LUMPUR 20 Mac – Tindakan pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin memuat naik video mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Video berdurasi 1 minit 55 saat yang disiarkan BFM Kupas dan ditonton sebanyak 378,868 pengguna internet itu mendakwa Pas Kelantan menggunakan agama bagi mengaburi mata rakyat untuk meraih populariti politik.

Malah, Aisyah juga mendapat kecaman hebat daripada ribuan pengguna laman sosial yang memarahi tindakannya memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam.

Pengacara itu itu mendakwa isu melaksanakan hukum hudud itu hanya ilmu politik dan menggunakan nama agama untuk mengaburi mata rakyat dari isu penting seperti ekonomi dan pentadbiran.

Dia juga turut mempersoalkan rakyat negara ini yang bergaduh mengenai agama dan bangsa tetapi ekonomi negara merosot dan hutang meningkat.


Aisyah yang memakai baju berwarna putih itu juga turut menyindir pelaksanaan hukum hudud dengan membuka bungkusan nasi lemak tetapi di dalamnya kosong sambil mengibarkan bendera ne-geri Kelantan.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas Aisyah yang dianggap bukan sahaja menghina rakyat Kelantan tetapi agama Islam dan hukum Allah.


Sementara itu, BFM dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil keputusan untuk menarik balik video tersebut memandangkan kemarahan yang timbul.

“Berdasarkan komen-komen yang diterima daripada pelbagai pihak jelas bahawa sebahagian da-ripada penonton menganggap kami mempersoalkan hukum hudud sedangkan kami tidak berniat sedemikian. Kami hanya mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya.

“Walau bagaimanapun, kami i-ngin menyatakan rasa kesal terhadap serangan peribadi ditujukan kepada Aisyah termasuk ugutan bunuh dan rogol. Kami ingin mene-gaskan Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukanlah pengacara tetap rancangan tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=864423&extra=&page=5
11

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066360 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top