CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu Belum Bersedia Laksanakan Hudud, Kata MB

28-5-2017 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2211| Komen: 14

Description: Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.

sumber: FMT


Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan. 

Demikian kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas mengagihkan kira-kira 1,500 bungkus bubur lambuk sumbangan sebuah syarikat korporat kepada orang ramai di Masjid Abidin di Kuala Terengganu kelmarin. 

Memetik laporan Bernama, jelas beliau, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).

“Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355… jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini,” katanya.


Ahmad Razif mengulas kenyataan Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, Jumaat lalu.

Ghazali turut berkata, Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata, kadar jenayah di Terengganu juga kini semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.

“Mungkin itu pandangan peribadi beliau (Ghazali) secara umum terhadap peruntukan yang pernah kerajaan negeri luluskan sebelum ini,” katanya.

Terengganu hingga kini masih belum melaksanakan Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.- CARI



14

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 28-5-2017 10:15 AM
Kelantan belum buat, mana ganu berani nak buat
Quote pyropura 28-5-2017 10:47 AM
MB Tengganu anti hudud = anti Isle, so dilarang buka puasa macam Kelipah Guan eng
Quote finesse 28-5-2017 10:49 AM
Perlu ke hudud murid semua ni.. kemiskinan berlambak ada hati nak sembang la korg ni.. puii
Quote dodolgemok 28-5-2017 11:08 AM
Mb ganu taknak hudud, mb ganu anti islam!! Xboleh bukak pose woi! Betul tak @whitemagic @cucukpipi @sabbath_shalom ??
Quote AbukRokok 28-5-2017 11:23 AM
i love umno
Quote cHimo 28-5-2017 11:28 AM
Buat kat Kelate laa dulu sbb dorg paling kencang pasal hudud nih... Kalau ok pasti ramai yang sokong nanti..
Quote dess402 28-5-2017 11:55 AM



habis la PAS ..   

sekarang kat tganu dah tak boleh jaja hudud lagi

pasai dah geng umno .  kita lihat la

PAS dah gali lubang kubor depa sendiri .





Quote vandergooh 28-5-2017 12:55 PM
dess402 replied at 28-5-2017 11:55 AM
habis la PAS ..   

sekarang kat tganu dah tak boleh jaja hudud lagi

Aikk... negeri umno tanak hudud.... tak marah plak pas kan... pembangkang diam membisu tak versuara pasal hudud, hari2 pas meratib semua parti pembangkang anti islam, bantah hudud...
Quote pyropura 28-5-2017 12:58 PM
MB Tengganu = LGE = Hanah Yeoh
Semua hipokrit, anti Isle haramkan mereka datang buka puasa
Quote pyropura 28-5-2017 12:58 PM
vandergooh replied at 28-5-2017 12:55 PM
Aikk... negeri umno tanak hudud.... tak marah plak pas kan... pembangkang diam membisu tak versuar ...

Tak sekor pun lobai Pas/umngok berani nasuk dimari  
Quote roy3 28-5-2017 01:20 PM
Umno pandai politik..da menang pstu ikut rentak pas yg kejap nk 355..kejap hudud ujung2 xjd sokong psl ikut konsensus katanye..yg bangang pas.da la xmenang lg pastu sebok nk hudud..
Quote cheergirlz 28-5-2017 02:19 PM
ikut laa mna2...
Quote aHoi83 28-5-2017 03:41 PM
Mana ade dia menolak hudud or RUU. Malah dia memberi perhatian kepada RUU lagi. ke i salah baca n paham?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.232578 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top