CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

[RESIPI] Daging Masak Kicap

10-3-2015 05:58 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6138| Komen: 2

Description: Jom tuka menu masakan. Apa kata cuba masakan ini malam ini.

BAHANNYA:-
1/2 kilo daging (dihiris nipis)
6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
3 biji cili besar (dipotong serong)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
sedikit gula
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih

sedikit minyak


CARANYA:-
  • Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
  • Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
  • Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering.  Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
  • Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
  • Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 04:19 PM
ai kurang rajin masak2 byk rempah. bestnya kalau org lain masakkan heeee...
Quote wafeloren 13-3-2015 11:30 AM
kalau mak aku masak ade kuah2 rempah ratus yang wallawehh!!sedap

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.030442 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top