CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

[RESIPI] Itik Goreng Pandan

10-3-2015 05:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2195| Komen: 2

Description: Resepi ni mudah sangat dan sedap. Tak ramai yang suka makan daging itik ni.

LadyLista - Resepi ni mudah sangat dan sedap.  Tak ramai yang suka makan daging itik ni. Tapi ini adalah antara menu hidangan yang membuka selera sekeluarga.  Dalam sebulan tu mesti ada menu ni. Anda juga boleh mencubanya. Tersangatlah mudah...

BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik (dilayur utk membuang anak2 bulunya, dipotong dan dibersihkan & direndam air limau lebih kurang 3 minit dan ditoskan)
garam (ikut keperluan)
serbuk kunyit (ikut keperluan)
beberapa helai daun pandan (lagi banyak lg bagus sbb lbh aroma)
minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK
Gaulkan daging itik yg tlh ditoskan tadi dengan garam dan kunyit secukup rasa. Perapkan sebentar.

Panaskan minyak.  Masukkan daun pandan diikuti dengan daging itik tadi. Biarkan daging itik tersebut beralas daun pandan di dalam kuali tersebut. Jika inginkan lebih aroma boleh letakkan lebihan daun pandan diatasnya pula.
Goreng hingga masak dan hidangkan.
TIPS :
Jika anda suka berempah, boleh masukkan biji ketumbar dan sedikit jintan manis.
Boleh juga digunakan teknik membakar (BBQ)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 03:56 PM
hmmm. menarik. selalunya ayam, tak terpikir plak guna itik
Quote wafeloren 13-3-2015 11:28 AM
itik ni ade bau yang pelik..kalau kene cara masak baru iolls blh makan.

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032527 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top