CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Amir Raja Lawak Nikah 14 Mac Ini

24-2-2015 10:49 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2568| Komen: 2

Description: LadyLista- Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27,mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung di kediaman pihak perempuan di Kampung Kub ...

LadyLista - Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27,mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

"Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

"Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Sabtu.

Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas mendirikan rumah tangga, Amir berkata, dia akan memberi perhatian terhadap bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.


"Selepas berumah tangga tanggungjawab juga lebih besar selepas ini dan saya perlu cari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

"Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti," ujarnya.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 25-2-2015 12:47 PM
tahniah buat amir...amerika...

i'm sorryyyyy
Quote ajunara 25-2-2015 11:40 AM
wow ...amir...kan ke lum habis sekolah lg...huhu

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.096598 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top