CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Love Compulsary' Cuit Hati Penonton

6-6-2013 04:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3408| Komen: 0

Description: Sitkom 'Love Compulsory' musim pertama telah berjaya mendapat sambutan baik dari para penonton menerusi kelainan jalan cerita yang dipamerkan menerusi plot cinta dan hubungan yang dinamik. Pastinya ke ...


Sitkom 'Love Compulsory' musim pertama telah berjaya mendapat sambutan baik dari para penonton menerusi kelainan jalan cerita yang dipamerkan menerusi plot cinta dan hubungan yang dinamik. Pastinya kemunculan pada musim kedua bakal meneruskan lagi kegilaan penonton terhadap sitkom ini.

Watak utama daripada musim lalu telah dikekalkan seperti Leslie Chai, Jan Chin, Jack Yap, Karena Teo, Alvin Wong, Shuben Low, dan Tiffany Leong malah turut dimeriahkan dengan penampilan pelakon-pelakon lain seperti William San, Jordan Voon, dan Ching Miau antara lainnya.

Musim ini penonton akan terhibur dengan telatah para pelakonnya. Malah Angel bakal berhadapan dengan kisah cinta barunya yang merupakan kisah cinta jarak jauh dan bakal mengalami pelbagai masalah yang bakal merenggangkan mereka berdua.

Berbeza pula dengan Hao Jie dan Gao Zi Man yang kini membuat keputusan untuk berkahwin setelah lama berharapkan kepada takdir cinta mereka. Kata orang cinta sejati mampu menghadapi apa jua halangan namun ada sesuatu yang bakal memberi kejutan setelah tamatnya musim lalu. Rahsia sebenar pasangan ini adalah Gao Zi Man sudah berbadan dua sebelum mereka ingin berkahwin. Adakah ini akan mengubah persepsi ibu Hao Jie terhadap pasangan ini. Adakah rancangan perkahwinan mereka dapat diteruskan?

Jika cinta semakin bersemi buat pasangan Angel dan Hao Jie, lain pula buat watak Da Xiong (lakonan Jack Yap) dan Xiao Ling (Karena Teo). Hubungan cinta mereka yang semakin renggang membuatkan mereka berpisah dan memulakan hidup baru masing-masing.

Namun apabila Da Xiong menemui pasangan baru, Xiao Ling mula merasa terancam dan cuba merosakkan hubungan baru bekas kekasihnya. Ini membuatkan Da Xiong yakin bahawa masih ada harapan dengan cinta mereka berdua. Namun kedegilan mereka berdua bakal menambah lagi pelbagai masalah dalam hubungan mereka dan mampukah mereka mengatasinya bersama? Adakah mereka bakal menggunakan peluang kedua ini sebaik mungkin? Atau sifat keanak-anakan mereka bakal menggagalkan cinta mereka sekali lagi?

Sebuah lagi pasangan yang bakal meneruskan kisah mereka dalam musim ini adalah Tian Yu (lakonan Alvin Wong) dan Pauline (Shuben Low). Pasangan ini ternyata berkahwin walaupun memiliki dua personaliti yang amat jauh berbeza. Bagaikan langit dan bumi, Pauline lebih gemarkan kehidupan yang menarik seiring tuntutan kehidupan masa kini namun Tian Yu lebih bersifat ketinggalan dan membosankan. Sejurus perkahwinan mereka, Pauline menyedari bahawa Tian Yu mempunyai harapan dan jangkaannya yang tersendiri.

Mampukah Pauline bertahan dengan sikap kolot Tian Yu yang hanya mementingkan diri dan menjangkakan isterinya untuk melakukan segala kerja rumah buatnya sementara dia sibuk bermain permainan video? Kedengarannya seperti tidak apabila Pauline tetap memfailkan penceraian mereka. Tatkala itulah Tian Yu bakal cuba memenangi semula hati isterinya itu. Adakah Tian Yu akan berjaya?

Saksikan Love Compulsory 2 yang tentunya bakal diselubungi dengan pelbagai cabaran buat pasangan bercinta bermula 5 April jam 9.30 malam, setiap hari Jumaat hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top