CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tua Tidak Sedar Suami Meninggal Dunia, Tubuh Dipenuhi Najis

13-1-2015 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9129| Komen: 47

Description: Sementara Itu, Kata Khairul, Jenazah Suami Wanita Itu Masih Lagi Berada Di Hospital Ampuan Rahimah Klang Dan Tidak Dapat Dikebumikan Meskipun Sudah Tujuh Hari Meninggal Dunia Disebabkan Tidak Mempun ...
Wanita tua tidak sedar suami meninggal dunia, tubuh dipenuhi najis


Khairul (kiri) berkata pihaknya menghantar Samini ke sebuah Pusat Penjagaan  Warga Emas Insyirah di Bangi. Foto TRP/SM Amin


KLANG, 12 Januari: Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka,  rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga  emas yang kelihatan tidak terurus.

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang  menyangka suaminya telah pulang.

Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang  dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui  suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat  uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam  tetamu yang datang.


Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia,  Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu  selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada  seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya.

“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam  keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami  hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya.

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan  memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat  Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup  untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap  memberi makan dan menjaganya juga.

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala  kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa  yang sanggup,” katanya.
Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak  tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai  dokumen peribadi.

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat  keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas  Insyirah di Bangi.
Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya  menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor  dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang  perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi  mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya.

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami  wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat  dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai  identiti pengenalan diri yang sah.

“Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital  tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai  dokumen atau ada waris menuntut.

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka  hanya tinggal berdua,” ujarnya.

7

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mekya 13-1-2015 08:18 AM
Sian nya ....
Quote shalola 13-1-2015 08:22 AM
ya allah..ape ke kerenah birokraasi plak?
Quote Vellfire 13-1-2015 08:22 AM
siannya... warga tempatan ke? tapi nama mcm lain skit
Quote lkick2113 13-1-2015 08:31 AM
indon ke jawa selangor????
Quote xtahumenahu 13-1-2015 08:32 AM
sedihnyaaa....
harap dapat disempurnakan jenazah suaminya tu segera
mmg x ada waris akan dtg menuntut kot
tuan rumah xtau ke asal usul couple nih??
Quote wanlya 13-1-2015 08:34 AM
kenape nak tggu esok baru nak mandikan....kalau jumpe hari ni xboleh ke terus mandikan hari ni jugak...pelik aku konon prihatin tapi biarkan lagi makcik ni semalaman bergelumang dengan najis...ntah ape2 ntah...
Quote nuryakmal 13-1-2015 08:39 AM
why wait..
Quote atekome 13-1-2015 08:39 AM
Nama mcm indon..myb mrantau dtg cni kut.
Quote asyriqa 13-1-2015 08:42 AM
kesian n sedihnya... tak da anak agaknya makcik nih...
Quote zeed 13-1-2015 08:48 AM
ada bcg tak?
Quote matahari7001 13-1-2015 09:09 AM
sian wei..
Quote angieen 13-1-2015 09:11 AM
yerrrrr kesian betul mati mcm tu
Quote melindaapang 13-1-2015 09:27 AM
kesiannya...
Quote kenarikelabu 13-1-2015 09:57 AM
".....kerana masing-masing mempunyai komitmen lain...." -

Ada je alasan bila org tu takde nama atau bukan artis/vip....kesian
Quote cocoagirl 13-1-2015 10:28 AM
Ksian sgt....smoga dbalas kebaikan org2 yg menolong makcik tu....
Quote green_coffee 13-1-2015 10:33 AM
Kalau nk tunggu waris smp ke sudah x de sapa tuntut...
Quote clarizsa 13-1-2015 10:36 AM
indon?

anak2 xde ke?

kesiannya...
Quote rayonronie 13-1-2015 10:37 AM
wanlya replied at 13-1-2015 08:34 AM
kenape nak tggu esok baru nak mandikan....kalau jumpe hari ni xboleh ke terus mandikan hari ni jugak ...

how come pemilik rumah tu blh biarkan jenazah suami nenek tu smpi seminggu?
kata ada yg dtg bg makan je

jgn2 dh tinggal tulang


ke aku yg tak faham kisah sedih ni?
Quote cm_asamkumbang 13-1-2015 10:45 AM
sedihnya dengar dia dok panggil bang..o..bang tu....
agaknya bau najis dah mengaburi bau mayat kot...orang pun konpius..
tapi orang yang hantar makan tu tak tanya kabar ka?..
sangat mengharukan..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.170122 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top