CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nafi Telur Ayam Dijual 50 Sen Sebiji

13-1-2015 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8804| Komen: 43

Description: Beliau Berkata Demikian Pada Sidang Media Selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Sekolah Kebangsaan (Sk) Alor Mengkudu Kepada 448 Murid Semalam. Turut Hadir, Guru Besar Sk Alor Mengkudu, Abdu ...
Nafi Telur Ayam Dijual 50 Sen Sebiji


ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan orang ramai tidak mempercayai khabar angin mengenai kenaikan harga barangan melampau.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pengguna diminta tidak terpengaruh penyebaran aplikasi WhatsApp kenaikan harga ketika banjir di pantai timur.

"Contohnya, penyebaran kisah mengenai harga telur ayam yang dijual dengan harga 50 sen sebiji, sedangkan, ia tohmahan melulu dan langsung tidak munasabah.

“Namun, apabila pemeriksaan dijalankan, harga barang seperti biasa. Jadi, sebarang maklumat diperoleh dalam WhatsApp tidak boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu kepada 448 murid semalam.
Turut hadir, Guru Besar SK Alor Mengkudu, Abdul Karim Md Hanifaa, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Yaacob Awang dan Naib YDP PIBG, Khairul Badri Ahmad.

Malah, katanya, pihaknya memberi jaminan harga barangan keperluan kembali sedia kala menjelang musim Tahun Baharu Cina nanti, meskipun ia dilaporkan naik selepas bencana banjir.

Bagaimanapun, katanya, kita perlu tunggu pengumuman skim kawalan harga musim perayaan nanti untuk memastikan semua barangan keperluan mencukupi.

“Jadi, pengguna dinasihatkan supaya tidak bimbang mengenai harga meningkat kerana kekurangan bekalan barangan ketika musim perayaan nanti,” katanya.

Malah, katanya, semua peniaga diminta tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga mereka kerana barangan keperluan didapati mencukupi.

Menurutnya, pihak mereka masih belum menerima sebarang aduan kenaikan harga barangan melampau dalam Ops Pasca Banjir, namun tetap menjalankan pemantauan.

Ahmad Bashah berkata, hanya negeri terlibat banjir berlaku kenaikan harga akibat kekurangan bekalan harian.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Bashah berkata, peniaga terlibat banjir pantai timur sudah memulakan perniagaan mereka, meskipun tidak sepenuhnya.

20

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote semut68 13-1-2015 12:57 PM
Standard harga telur Ayam Kat my hse ni mmg sebijik 50sen. Kalau nak murah kena pi giant/tesco
Quote cammie1711 13-1-2015 01:22 PM
apasal in denial sangat menteri ni
dah berapa kedai ko sebuk utk cek harga?
kat tempat aku pun sepapan dah rm14.95
maksudnya 50 sen sebijik la kan
Quote sharlenetexas 13-1-2015 01:32 PM
bukan ke telur ayam ni memang 50 posen sebijik
Quote aechae 13-1-2015 01:36 PM
Khabar angin jadah apa nya...dr thn lps lg mmg telur ayam 50sen sebiji...dh lah tu, last dec or nov blk kg kt mydin k.tganu tu telur ayam pn xda jual, dgn alasan dh hbs..tp dgn rak2 telur tu xda..igt org x pelik ke?msa ni dh mmg hrga 50sen sebiji pn..
Quote Nokiaman 13-1-2015 01:37 PM
Kalo nak seposen duaposen..baik bela ayam belakang umah....telor tu ko masak makang..
Quote Changa 13-1-2015 01:44 PM
akak pernah beli telur ayam 50 sen seketul,
kata acik itu ini telur grade A, entah betul ke tidak sebab time tu akak nak beli kat kedai biasa dah habis, akak singgah kat gerai bodoh2 di perkampungan akak.
mmg mahal eh sis telur 50sen hatta grade A?

akak pun rasa macam mahal masa nak beli tapi dah malas nak singgah2 kedai lain, akak beli jah la sikit
adakah akak kena cekik darah dengan acik itu?
choi nya
Quote famri7 13-1-2015 02:02 PM
memang standardkan grade A adalah rm2 4 biji...apa masalahnya sis?? kalau  x mampu cicah budu nescaya cicah budu saja..
Quote liton 13-1-2015 02:04 PM
Changa replied at 13-1-2015 01:44 PM
akak pernah beli telur ayam 50 sen seketul,
kata acik itu ini telur grade A, entah betul ke tidak s ...

Mmg stended harga telur camtu ler kak...lama dah..menteri jer yg tak perasan .
Quote Changa 13-1-2015 02:07 PM
liton replied at 13-1-2015 02:04 PM
Mmg stended harga telur camtu ler kak...lama dah..menteri jer yg tak perasan .

oh ye ke sis?
ini kes menteri yg bimbo lah iya?

aiyoh! kenapa ramai menteri tanah air yg bimbo2 ini sis?
menteri yg obvious ok bagi akak adalah choi menteri pengakutan baharu, KJ dan menteri luar, aman whatever nama beliau.
yg lain agak hauk bagi akak.
Quote hani2103 13-1-2015 02:09 PM
menteri kat malaysia tak makan telur kot....
Quote kenarikelabu 13-1-2015 02:12 PM
BOngok punye menteri Malaysia. Kedai runcit biasa mmg 50sen la oii
Quote Modngengade 13-1-2015 02:30 PM
Changa replied at 13-1-2015 02:07 PM
oh ye ke sis?
ini kes menteri yg bimbo lah iya?

muntri pengangkutan baru ok pada akak?  adoii...akak ni juling itik yer

Quote wannoorazlina 13-1-2015 02:48 PM
adoi la..kat kedai area umah aku mmg 50sen sebijik..bkn gred A pon.
tepuk dahi aku
Quote matahari7001 13-1-2015 03:00 PM
kedai runcit aceh lagi haremmm, 10 biji rm 6.. rase mcm nk bakar je kedai ( rhetorically)..
Quote kukulangau 13-1-2015 03:01 PM
so what now?
bela ayam?
kalau bela kucing boleh takkan bela ayam dua ekor tak boleh
Quote agongbaba 13-1-2015 03:03 PM
mana ada naik harga tu, mmg 50sen 1 biji telur tu lahh
Quote Cyempaka 13-1-2015 03:30 PM
Edited by Cyempaka at 13-1-2015 03:32 PM

rm0.49.. itupun cinonet je saiz..xtau saiz y ke z
jd betul la kata menteri tu bkn rm0.50
Quote gaara_X 13-1-2015 03:35 PM
semua nak berlumba2 naik skang nie....
Quote julia5094 13-1-2015 03:46 PM
Kalau kat kedai runcit mamak lagi lerr..rm 3 untuk 5 bijik....

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063723 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top