CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkasa Bukan Rasis Atau Ekstremis - Ibrahim Ali

13-1-2015 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3976| Komen: 12

Description: Presidennya, Datuk Ibrahim Ali Membidas Kumpulan Yang Mengkritik Pertubuhan Itu Termasuk Sebuah Media Arus Perdana Milik Sebuah Parti Komponen Barisan Nasional (Bn) Dan Beberapa Portal Berita Pro ...

Perkasa Bukan Rasis Atau Ekstremis - Ibrahim Ali

IBRAHIM ALI: Pihak-pihak yang memusuhi Perkasa  adalah ekstremis dan rasis sebenar di Malaysia.


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa  Malaysia (Perkasa) menolak dakwaan ia adalah sebuat pertubuhan bersifat rasis  atau ekstremis.

Presidennya, Datuk  Ibrahim Ali membidas kumpulan  yang mengkritik pertubuhan itu termasuk sebuah media arus perdana milik sebuah  parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa portal berita pro  pembangkang.

“Mulai akhir tahun 2014, gerakan ini turut didukung oleh  sekumpulan 25 “eminent persons” Melayu dan Islam (G25) yang pernah memegang  jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia, termasuk sebagai duta.

Mereka  menyerang Perkasa kerana kononnya mereka berpendirian liberal. Namun sebenarnya  mereka jahil bahawa Perkasa mempertahankan kesucian Islam, keluhuran  Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan kesejahteraan  sosio-ekonomi Peribumi selaku bangsa teras di Malaysia. Perkasa menghormati  hak-hak komuniti lain dalam perlembagaan yang sama,” tulis Ibrahim dalam satu  kenyataan.

Beliau turut bertanyakan mengapa G25 hanya menghentam  organisasi Melayu dan mempersoalkan jika di antara mereka ada yang menjadi ahli  lembaga pengarah syarikat di Bursa Saham milik kapitalis bukan Peribumi.

“Adakah dalang kepada gerakan di atas adalah organisasi anti-Islam,  pertubuhan anti-Melayu, pendukung liberalisme universal, kapitalis domestik yang  cuba mewujudkan imperialisme ekonomi terhadap Peribumi Malaysia, atau  kuasa-kuasa asing yang mahu menegakkan neoimperialisme politik di Asia Tenggara  pada abad ke-21?” tanya Ibrahim.

Tambahnya, tuntutan, tindakan dan  kenyataan mereka yang mencanggahi status quo Perlembagaan Persekutuan pula  digembar-gemburkan sebagai menepati prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia  sejagat dan keadilan universal.

“Fenomena di atas berbahaya kepada  Malaysia. Ia berpotensi mencetuskan pertelingkahan kaum, konflik agama,  keresahan budaya, pemberontakan ekonomi dan kekacauan politik; dan memudahkan  campur tangan dalam politik dan lain-lain urusan domestik Malaysia,”.

Ibrahim berkata Perkasa sentiasa berhemah dan tidak pernah terlibat dengan  demonstrasi jalanan seperti Bersih yang menendang anggota polis, mencederakan  pasukan polis, dan memusnahkan aset polis.

“Dengan ini, Perkasa bukan  NGO ekstremis atau rasis. Pihak-pihak yang memusuhi Perkasa adalah ekstremis dan  rasis sebenar di Malaysia,” tulis Ibrahim.            

8

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 13-1-2015 08:04 AM
cuma fobia cina dan kristian je...x rasis pun la
Quote missdara 13-1-2015 08:50 AM
Mmg rasis..
Quote kecimpret 13-1-2015 08:52 AM
ok laaa...perkasa x rasis tak ekstrem..kami percaya
Quote Johnyblaze87 13-1-2015 06:19 PM
Perkasa ni bila lah nk tukar status ke group lawak.
Asyik buat lawak je hehehe
Quote agusta 13-1-2015 07:05 PM
Mmmg rasikkkkkkkknya ada
Quote arman98 13-1-2015 07:13 PM
when Dr M kick the bucket, i know what will happen to this guy...either kick the bucket as well OR repent...
Quote vandergooh 13-1-2015 07:54 PM
Akak tengok perkasa dengan rani kulup dah sama level....terasa macam bodoh ajer dorang ni semua, padqhal semua dah tua bangka....
Quote Modngengade 13-1-2015 09:25 PM
Bangsat cina mana boleh tgk melayu senang...macai2 hangguk saja
Quote spiderman80 13-1-2015 09:28 PM
As a Malaysian Chinese, Spidey teramat berbangga dan berterima kasih kepada semua forummer di atas sebab membuat komen yang menghormati agama dan kaum lain dengan menolak si katak Ibrahim Ali dan kumpulan PERKASA yang memang ternyata racist dan ekstremis.
Quote GhostWalking 13-1-2015 10:43 PM
spiderman80 replied at 13-1-2015 01:28 PM
As a Malaysian Chinese, Spidey teramat berbangga dan berterima kasih kepada semua forummer di atas s ...

Ada ke yang suka dianya spidey
Quote spiderman80 13-1-2015 10:47 PM
GhostWalking replied at 13-1-2015 10:43 PM
Ada ke yang suka dianya spidey

Tak..... Berharap rakyat dapat membuka mata seluas-luasnya tengok niat jahat PERKASA dan puak-puak Cina bukit yang racist.....barulah masyarakat berbilang kaum dan agama dapat hidup harmoni. Spidey percaya, Malaysia masih ada peluang cerah.
Quote nour2001 13-1-2015 10:52 PM
Oh puhleaseeee....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055747 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top