View: 2327|Reply: 12
|
[Tempatan]
Perkasa bukan rasis atau ekstremis - Ibrahim Ali
[Copy link]
|
|
IBRAHIM ALI: Pihak-pihak yang memusuhi Perkasa adalah ekstremis dan rasis sebenar di Malaysia. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak dakwaan ia adalah sebuat pertubuhan bersifat rasis atau ekstremis.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membidas kumpulan yang mengkritik pertubuhan itu termasuk sebuah media arus perdana milik sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa portal berita pro pembangkang.
“Mulai akhir tahun 2014, gerakan ini turut didukung oleh sekumpulan 25 “eminent persons” Melayu dan Islam (G25) yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia, termasuk sebagai duta.
Mereka menyerang Perkasa kerana kononnya mereka berpendirian liberal. Namun sebenarnya mereka jahil bahawa Perkasa mempertahankan kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan kesejahteraan sosio-ekonomi Peribumi selaku bangsa teras di Malaysia. Perkasa menghormati hak-hak komuniti lain dalam perlembagaan yang sama,” tulis Ibrahim dalam satu kenyataan.
Beliau turut bertanyakan mengapa G25 hanya menghentam organisasi Melayu dan mempersoalkan jika di antara mereka ada yang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat di Bursa Saham milik kapitalis bukan Peribumi.
“Adakah dalang kepada gerakan di atas adalah organisasi anti-Islam, pertubuhan anti-Melayu, pendukung liberalisme universal, kapitalis domestik yang cuba mewujudkan imperialisme ekonomi terhadap Peribumi Malaysia, atau kuasa-kuasa asing yang mahu menegakkan neoimperialisme politik di Asia Tenggara pada abad ke-21?” tanya Ibrahim.
Tambahnya, tuntutan, tindakan dan kenyataan mereka yang mencanggahi status quo Perlembagaan Persekutuan pula digembar-gemburkan sebagai menepati prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia sejagat dan keadilan universal.
“Fenomena di atas berbahaya kepada Malaysia. Ia berpotensi mencetuskan pertelingkahan kaum, konflik agama, keresahan budaya, pemberontakan ekonomi dan kekacauan politik; dan memudahkan campur tangan dalam politik dan lain-lain urusan domestik Malaysia,”.
Ibrahim berkata Perkasa sentiasa berhemah dan tidak pernah terlibat dengan demonstrasi jalanan seperti Bersih yang menendang anggota polis, mencederakan pasukan polis, dan memusnahkan aset polis.
“Dengan ini, Perkasa bukan NGO ekstremis atau rasis. Pihak-pihak yang memusuhi Perkasa adalah ekstremis dan rasis sebenar di Malaysia,” tulis Ibrahim.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/perkasa-bukan-rasis-atau-ekstremis-ibrahim-ali-52032?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma fobia cina dan kristian je...x rasis pun la |
|
|
|
|
|
|
|
ok laaa...perkasa x rasis tak ekstrem..kami percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Perkasa ni bila lah nk tukar status ke group lawak.
Asyik buat lawak je hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
when Dr M kick the bucket, i know what will happen to this guy...either kick the bucket as well OR repent... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tengok perkasa dengan rani kulup dah sama level....terasa macam bodoh ajer dorang ni semua, padqhal semua dah tua bangka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsat cina mana boleh tgk melayu senang...macai2 hangguk saja |
|
|
|
|
|
|
|
As a Malaysian Chinese, Spidey teramat berbangga dan berterima kasih kepada semua forummer di atas sebab membuat komen yang menghormati agama dan kaum lain dengan menolak si katak Ibrahim Ali dan kumpulan PERKASA yang memang ternyata racist dan ekstremis. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-1-2015 10:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
spiderman80 replied at 13-1-2015 01:28 PM
As a Malaysian Chinese, Spidey teramat berbangga dan berterima kasih kepada semua forummer di atas s ...
Ada ke yang suka dianya spidey |
|
|
|
|
|
|
|
Tak..... Berharap rakyat dapat membuka mata seluas-luasnya tengok niat jahat PERKASA dan puak-puak Cina bukit yang racist.....barulah masyarakat berbilang kaum dan agama dapat hidup harmoni. Spidey percaya, Malaysia masih ada peluang cerah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|