CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkasa Bantah Penamaan Akademi

19-5-2014 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10172| Komen: 103

Description: “Baginda Bukan Sahaja Merupakan Sultan Kepada Rakyat Jelata Di Negeri Ini, Malah Baginda Juga Merupakan Presiden Fam Dan Juga Telah Banyak Berjasa Dalam Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Dan Pengguna ...



KUANTAN - Perkasa Pahang membantah penamaan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari yang baharu dibangunkan di Gambang, dekat sini, sekali gus dianggap satu penghinaan secara halus kepada institusi raja di negeri ini.

Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Abdul Wahid Manaf berkata, Perkasa Pahang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan akademi terulung tersebut dibina di Pahang dan semestinya perlu mendahulukan orang yang lebih layak dan ternama dari negeri ini.

“Perkara ini boleh dianggap satu penghinaan kepada institusi diraja Pahang memandangkan sepatutnya ia mengutamakan baginda dalam soal pembangunan bola sepak yang dibina di dalam negeri jajahan baginda.

“Baginda bukan sahaja merupakan sultan kepada rakyat jelata di negeri ini, malah baginda juga merupakan Presiden FAM dan juga telah banyak berjasa dalam pembangunan bola sepak kebangsaan dan penggunaan nama baginda adalah layak dan tidak boleh dipertikaikan.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dengan pemilihan nama legenda bola sepak yang tidak asing lagi Moktar Dahari digunakan kepada akademi bola sepak yang dibina di negeri ini sedangkan masih terdapat orang yang layak,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan perlu menilai dan mengkaji semula meletakkan nama bagi akademi yang bakal melahirkan bakat baharu untuk diketengahkan pada masa akan datang.

Katanya, Perkasa menyokong penuh pembinaan akademi seperti itu, tetapi tidak wajar dan relevan sekiranya nama Allahyarham Moktar Dahari digunakan terus.

“Dia (Mokhtar Dahari) bukan anak kelahiran Pahang, kalau tidak letak nama sultan pun, masih ada lagi nama lain yang layak termasuk legenda bola sepak berasal dari negeri ini.

“Seharusnya pihak bertanggungjawab peka dalam memberi penghargaan buat legenda bola sepak negara tersebut, sememangnya diakui Allahyarham Mokhtar Dahari banyak mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan bola sepak tetapi ia mungkin boleh digunakan di tempat lain atau menerusi program lain, sekiranya di negeri ini kita perlulah mendahulukan pemerintah di sini sedangkan kita juga perlu mengenang jasa baginda yang banyak dalam pembangunan bola sepak negara,” katanya.

3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 19-5-2014 12:34 PM
ngape uols tetiba petik nama KJ?

Quote NIXAR 19-5-2014 12:34 PM
mabuk ketum punya PERKASA. ini pun jd isu
Quote bangcak 19-5-2014 12:36 PM
annehuda posted on 19-5-2014 12:34 PM
ngape uols tetiba petik nama KJ?

cer teka, kj menteri apa?

Quote kecimpret 19-5-2014 12:36 PM
pahang takde lejen ke?..nape amik lejen Selangor
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:38 PM
dah tk de sapa nk bodek ke geng2 spm spanar merah ni?
Quote dubuk 19-5-2014 12:39 PM
ada orang merajuk
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:39 PM
kecimpret posted on 19-5-2014 12:36 PM
pahang takde lejen ke?..nape amik lejen Selangor

mokhtar dahari selangor ke negeri sembilan???
Quote tapibukanaku 19-5-2014 12:41 PM
annehuda posted on 19-5-2014 12:34 PM
ngape uols tetiba petik nama KJ?

KJ menteri belia dan sukan maa....



Quote tapibukanaku 19-5-2014 12:42 PM
bangcak posted on 19-5-2014 12:36 PM
cer teka, kj menteri apa?

teka teki teka tekuk
Quote tapibukanaku 19-5-2014 12:42 PM
dubuk posted on 19-5-2014 12:39 PM
ada orang merajuk

jenuh nak pujuk orang tua
Quote annehuda 19-5-2014 12:44 PM
tapibukanaku posted on 19-5-2014 12:41 PM
KJ menteri belia dan sukan maa....

yelah tp heols pun baru thn lepas jadi menteri KBS kan? ntah2 projek ni mmg bertahun2 sblm zaman heols lg. dah mmg asalnye siap2 projek nama gitu.

personally iols rs takde masalah pun nama akademi mokhtar dahari tu. perkasa jah sensitif lebih. habeh takkan nk kasi nama sultan bola kot?

Quote the_killer 19-5-2014 12:44 PM
pegi jahanam la....

mokhtar dahari tu yang mengharumkan malaysia....ingat tu..malaysia...bukan selangor atau pahang ja

presiden  FAM ?
Quote bangcak 19-5-2014 12:45 PM
kecimpret posted on 19-5-2014 12:36 PM
pahang takde lejen ke?..nape amik lejen Selangor

pahang ada banyak bakat2 lejen terpendam
di arena bola sepak, cuma tak diketengahkan je.



Quote the_killer 19-5-2014 12:47 PM
bangcak posted on 19-5-2014 12:45 PM
pahang ada banyak bakat2 lejen terpendam
di arena bola sepak, cuma tak diketengahkan je.

living legend
Quote namirulmukminin 19-5-2014 12:48 PM
bangcak posted on 19-5-2014 12:45 PM
pahang ada banyak bakat2 lejen terpendam
di arena bola sepak, cuma tak diketengahkan je.

Kihkihkihkih.... Dan lagi mu kaitkan tu...
Quote tapibukanaku 19-5-2014 12:50 PM
annehuda posted on 19-5-2014 12:44 PM
yelah tp heols pun baru thn lepas jadi menteri KBS kan? ntah2 projek ni mmg bertahun2 sblm zaman h ...

maksud nya, KJ yg take over then semestinya lah, pihak kbs tak kisah lah sape menteri dulu dan sekarang kena lah check betul2 sebelum memberi nama akademi tersebut. dan kj gak yg merasmikan akademi tu tempoh hari. siap jemput isteri dan anak allahyarham mokhtar dahari

ini pendapat perkasa lah kot...

bagi iols, kalau perkara tu baik dan memberi manfaat utk masyarakat setempat khususnya dan malaysia amnya, itu sudah bagus. tapi tak tau lah apa perkasa ni mau?
Quote sekel 19-5-2014 12:50 PM
PEKASA telah memperkasakan isu ttg nama akademi jer......tu jer yg mampu dijadikan isu  
Quote luvly_eone 19-5-2014 12:51 PM
semua kaki bodek kt malaya ni mmg bodoh ke?

takde isu lain ke nak mengamok...?
Quote tapibukanaku 19-5-2014 12:51 PM
the_killer posted on 19-5-2014 12:44 PM
pegi jahanam la....

mokhtar dahari tu yang mengharumkan malaysia....ingat tu..malaysia...bukan se ...

eh jangan.....itu adalah penghinaan secara halus..

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059248 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top