CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Penyebar Fitnah Mayat Bergelimpangan Akhirnya Ditahan Polis

12-1-2015 11:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12531| Komen: 98

Description: “Berita Tv Memang Takkan Beritahu. Tu La Keadaan Sebenarnya Yang Terkini. Subhanallah. Ya Allah. Ramai Rupanya Mati Ila. Yang Atas Bukit Tu Mati Kelaparan Dan Kesejukan. Semua Mayat Tak Dapat Nak Diu ...
Penyebar Fitnah Mayat Bergelimpangan Akhirnya Ditahan Polis


KOTA BAHARU 11 Jan. - Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru ditahan kerana menyebarkan maklumat palsu yang mendakwa banyak mayat mangsa banjir bergelimpangan di Kuala Krai ketika bah kuning melanda negeri ini baru-baru ini.

Pasangan yang berusia 45 dan 43 tahun itu ditahan oleh anggota serta pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, sejurus selepas ditahan, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu telah dibawa ke bandar ini untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini, mereka direman selama tiga hari untuk membantu siasatan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.

Antara kandungan maklumat palsu itu ialah:

“Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan dalam rumah lagi yang mana tak sempat selamatkan diri.

“Berita TV memang takkan beritahu. Tu la keadaan sebenarnya yang terkini. Subhanallah. Ya Allah. Ramai rupanya mati Ila. Yang atas bukit tu mati kelaparan dan kesejukan. Semua mayat tak dapat nak diuruskan.”

Mazlan berkata, pihaknya memandang serius mengenai penyebaran maklumat palsu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang terlibat kerana boleh mengeruhkan keadaan.

“Bagi kes terdahulu seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook kini dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek direman selama tiga hari selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa oleh sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya mengesahkan sehingga hari ini sebanyak 11 kematian dicatatkan akibat lemas manakala dua lagi hilang ketika malapetaka banjir melanda negeri ini.

5

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 11-1-2015 06:13 PM
Terlajak perahu boleh berundur...terlajak menaip terus jumpa mejistret
Quote axl_bach 11-1-2015 06:17 PM
Gambo secoit pun xder.....ironinya kalo jumpa cendol kaler pink pun gegeh snap lagikan mayat grlimpang bagai,kalo btol
Quote primemova 11-1-2015 06:21 PM
axl_bach replied at 11-1-2015 06:17 PM
Gambo secoit pun xder.....ironinya kalo jumpa cendol kaler pink pun gegeh snap lagikan mayat grlimpa ...

Pastu create mcm mcm alasan.... Konon nak memghormati waris mangsa x nak tunjuk gambar..... Tp di curi gambar kanak2 mangsa tanah runtuh di indonesia juga.... Kata nak menghormati perasaan waris?? Tapi kantoi jua gambar tipu....
Quote mommymonster82 11-1-2015 06:25 PM
Aik..cepat pulak dpt...penipu duit online asyik xdpt jer...
Quote jengkoil 11-1-2015 06:35 PM
Dah umo tahap matang pong...boddow, childish, immature lagi... demng btol..
Quote mak_wa95 11-1-2015 06:38 PM
seronok sebar fitnah,sekali kena tangkap
Quote poison_paradise 11-1-2015 06:52 PM
Padan muke... Bodohnyer cikgu
Quote manehnya 11-1-2015 06:53 PM
Cikgu cikgi laaaa


Aparaaaa
Quote ResellerMaxis 11-1-2015 06:59 PM
Sia sia jadi cikgu brpuluh tahun..jatuh hukum..dipecat..pencen burn..selayaknyalah untuk penyebar fitnah
Quote setokinpurple 11-1-2015 07:02 PM
Mereput la kau dlm penjara.
Quote babydoll 11-1-2015 07:05 PM
ape motif sebar cerita tipu gini? sorry, mmg aku tak paham ape motip. dpt duit ke cemane?
Quote Changa 11-1-2015 07:14 PM
mampus lah kamu, gigih sangat kan nak sebar berita fitnah.
hudud kan mereka.
Quote Changa 11-1-2015 07:16 PM
sila tunjuk muka xikgu bangang ini.
Quote xy_daen 11-1-2015 07:30 PM
Keje gomen tu..
Quote famri7 11-1-2015 07:35 PM
Adakah cikgu berkelubong suchi syumul yang sebarken fitnah ini? Ummah akan maafkan beliau ..xpa.

Selayaknyalah merempat.
Quote zorrro_03 11-1-2015 07:35 PM
Padan lah muka puak2 lebih sudu dari kuah.
Quote Badut.Sarkas 11-1-2015 07:53 PM
Ummah dan fitnah berpisah teda
Quote poison_paradise 11-1-2015 08:01 PM
Nak tunjuk diri tu cerdik benor.. Yg plg update ceritanya.selayaknyer chegu ke lokap beruniform ribena
Quote ninja boy 11-1-2015 08:06 PM
muskil, apsal yg fitnah kak mah jib takdak kena tangkap

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top