CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Zarina Zainuddin bongkar rahsia bahagia berkongsi kasih

4-6-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12122| Komen: 24

Description: SUSUK tubuh genit milik wanita berkulit hitam manis ini tidak banyak berubah daripada penampilannya kira-kira tiga tahun lalu apabila dipilih menjadi penghias muka depan MIDI. Kali ini, dia sekali ...


SUSUK
tubuh genit milik wanita berkulit hitam manis ini tidak banyak berubah daripada penampilannya kira-kira tiga tahun lalu apabila dipilih menjadi penghias muka depan MIDI.

Kali ini, dia sekali lagi tampil menghiasi muka depan MIDI dan berkongsi soal kehidupan dan kerjaya bersama pembaca MIDI. Sebaik melangkah usia 40-an, jelas kematangan dalam perwatakan mula terpancar  pada wajah empunya diri.

Malah jika dilihat dari segi pemilihan watak yang dilakonkan di kaca televisyen, wanita ini mula diberikan watak-watak keibuan dan bukan lagi menjadi watak antagonis yang akan mendatangkan rasa kebencian penonton.

“Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus walaupun saya hanya berlakon untuk drama televisyen. Saya bersyukur kerana pada usia kini, kehidupan peribadi, kerjaya dan perniagaan berada pada tahap terbaik. Saya amat bersyukur dengan kehidupan kini,” ujar Zarina tatkala leka disolekkan oleh jurusolek, Najib.

Umum mengetahui kehidupan peribadi Zaarina terutamanya apabila menyentuh soal statusnya dirinya sebagai isteri dan ibu. Walaupun hidup bermadu, Zarina bersyukur kerana suami tersayang tidak pernah membezakan kasih sayang dan perhatian terhadap Zarina dan madunya. Malah hubungan akrab Zarina dan madunya terpancar melalui jalinan usaha sama perniagaan yang dijalankan iaitu Addura Marketing Sdn Bhd.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini genap 19 tahun saya mendirikan rumah tangga dan berkongsi kasih bersama madu. Alhamdulillah, saya masih berpegang pada prinsip utama yang tidak pernah luntur sehingga kini iaitu isteri pertama tetap yang pertama selamanya manakala saya datang dalam hidup suami saya setelah dia mempunyai segala-galanya, sedangkan saat sukarnya bermula bersama isteri pertama.

"Saya reda dan gembira dapat menumpang kasih dan mempunyai zuriat sebagai penyambung kasih antara saya dan suami,” ujar Zarina yang anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini semasa sesi fotografi dijalankan.

Ketika diajukan persoalan  tentang suami, Zarina lebih senang membiarkan persoalan tersebut menjadi kisah peribadinya namun tidak melatah sekiranya peminat terserempak  dia bersama suaminya di mana-mana.

“Sampai sekarang jika orang bertanya siapa suami saya, biarlah saya, keluarga dan teman-teman rapat sahaja tahu. Namun begitu jika ternampak, saya berjalan berdua dengan lelaki, itulah suami saya,” ujar Zarina tulus.

Menyentuh hubungan dengan madu pula, menurut wanita anggun ini hubungan mereka amat akrab apatah lagi apabila kedua-duanya berkongsi menjalankan perniagaan kecantikan di bawah jenama Addura Marketing Sdn. Bhd.

“Madu yang saya panggil Datin Sri banyak membantu saya menjalankan perniagaan.Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian pemasaran manakala Datin Sri menjaga akaun kerana saya kurang mahir dari segi itu. Kerjasama yang terjalin telah mengeratkan lagi hubungan kami. Saya sentiasa menghormati pandangan dan keperibadian Datin Sri dalam urusan perniagaan mahupun kehidupan berkeluarga,” ujar Zarina lanjut.


Aktif berlakon kembali

Walaupun sibuk dengan perniagaan kecantikan yang diusahakan bersama madunya, Zarina tetap tidak melupakan bidang lakonan yang dicintainya. Malah, Zarina bersyukur masih diberi peluang berlakon di samping mendapat keizinan daripada suami untuk aktif berlakon.

“Ramai membuat spekulasi negatif apabila seseorang artis kembali aktif dalam bidang seni. Ada yang beranggapan artis tersebut bercerai dan sebagainya.

Saya bersyukur diberi izin berlakon oleh suami. Ramai bertanya mengapa saya perlu bersusah payah kembali berlakon sedangkan suami mampu menyediakan segala-gala keperluan untuk saya dan anak-anak.

Antara sebab mengapa saya meneruskan kerjaya lakonan adalah kerana saya masih mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan atuk serta  nenek di kampung. Tidak dinafikan suami dan madu saya banyak membantu tapi itu tanggungjawab saya terhadap keluarga.

Rezeki dalam bidang lakonan membolehkan saya membeli sebuah rumah untuk ibu di Ipoh, Perak. Ini adalah sebahagian kecil cara saya membalas jasa ibu yang banyak berkorban untuk saya selama ini. Jasa dan pengorbanan ibu, atuk serta nenek tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat,” ujar Zarina yang turut membawa ibunya ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semasa sesi fotografi ini dijalankan.

Menyentuh soal tanggungjawab sebagai seorang ibu, kesibukan dalam bidang lakonan tidak membuatkan Zarina alpa dan melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak yang sedang meningkat remaja.

“Saya tetap menjalankan tanggungjawab seperti biasa seperti memasak sebelum keluar ke lokasi penggambaran. Kebetulan adik lelaki saya bekerja dengan saya. Saya amanahkan dia untuk menghantar anak ke sekolah, mengaji dan tuisyen.

Jadi, saya tidak perlu risau mengenai keselamatan anak-anak apabila keluarga terdekat boleh memantau mereka. Tetapi saya akan meluangkan masa menemani mereka mengulang kaji pelajaran dan bercuti bersama keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” ujar Zarina lanjut.

Ketika ditanya rahsia mengekalkan kejelitaan, Zarina yang mempunyai rangkaian jamu warisan keluarga memanfaatkan khasiat bahan semula jadi tersebut untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan secara luaran dan dalaman.

“Saya menggunakan produk-produk Addura Marketing Sdn. Bhd. setiap hari dan jamu Makjun Bonda Basah setiap hari di samping mengamalkan minum air suam segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam sebelum tidur.

Selain itu, ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak wujud hasad dengki dalam diri menjadi senjata utama untuk kekal jelita pada usia MIDI,” ujar Zarina yang  bakal muncul dalam drama bersiri Teduhan Kasih dan drama Balqis untuk siaran Ramadan akan datang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 4-6-2013 01:55 PM
"saya masih berpegang pada prinsip utama yang tidak pernah luntur sehingga kini iaitu isteri pertama tetap yang pertama selamanya manakala saya datang dalam hidup suami saya setelah dia mempunyai segala-galanya, sedangkan saat sukarnya bermula bersama isteri pertama."

Terharu nye bile baca ayat beliau nih.... semoga berbahagia sampai ke syurga
Quote jonlabu 4-6-2013 02:16 PM
adil sungguh si suami, ' the singing banker' itu.
Quote yayaji 4-6-2013 02:20 PM
jonlabu posted on 4-6-2013 02:16 PM
adil sungguh si suami, ' the singing banker' itu.

ooo...itu ke suaminya...
Quote hijau_serindit 4-6-2013 02:31 PM
yayaji posted on 4-6-2013 02:20 PM
ooo...itu ke suaminya...

errrr.... siapa ek..
Quote yayaji 4-6-2013 02:33 PM
hijau_serindit posted on 4-6-2013 02:31 PM
errrr.... siapa ek..

tanya jonlabu...
Quote pakweneelofa 4-6-2013 03:32 PM
dia punya laki dengar khabar angin dah beli tanah depan rumah aku tu..nk buat rumah banglo..tp tk buat2 jugak...
Quote MissMamamia75 5-6-2013 01:45 PM
kalu aku jd Zarina nih..tak koser aku nak berlakon lagi..
baik dok rumah...uruskan bisnes jer...sambil menambah amal ibadat & sedekah jariah..
maklum la..dah senang lenang..laki kaya raya...
apa lagi nak dicari??  better kejar akhirat..
tp tu lah..kdg2 pelik ngan org2 kaya ni..apa lagi ler..yg xcukup...adoyai...

Quote cadarblogsot 7-6-2013 02:56 PM
MissMamamia75 posted on 5-6-2013 01:45 PM
kalu aku jd Zarina nih..tak koser aku nak berlakon lagi..
baik dok rumah...uruskan bisnes jer...sam ...

X dapat nk komen lebih2
Quote tahilalatmanis 8-6-2013 12:17 PM
aku tk baca habis... as always tk minat bod gossip ni..... tapi aku suka Zarina Zainudin ni bukan pasal lakonan dia tapi personaliti dia... dia tahu dimana dia berdiri.... dia tk tamak perhatian dan tk mengada2 sbb tu madu dia pun tk sakit hati..... seharusnya kalau hidup bermadu kena lah ada tolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain... baru lah hidup berpoligami tu cantik dan bersesuaian...
Quote anaktoyol 8-6-2013 01:43 PM
jonlabu posted on 4-6-2013 02:16 PM
adil sungguh si suami, ' the singing banker' itu.

Sapa....aku tak pernah tahu sapa laki dia....


Quote jonlabu 9-6-2013 12:01 AM
anaktoyol posted on 8-6-2013 01:43 PM
Sapa....aku tak pernah tahu sapa laki dia....

Bagusla tak tau drp tau.haha
Quote anaktoyol 9-6-2013 12:13 AM
tahilalatmanis posted on 8-6-2013 12:17 PM
aku tk baca habis... as always tk minat bod gossip ni..... tapi aku suka Zarina Zainudin ni bukan pa ...

kengkawan seangkatan dia dia semua dah gigih berbotox dan bercucuk tanam di muka biar nampak muda rumaja...tapi dia maintain...ramping muka takda nampak tua pun...

Quote cekmek 9-6-2013 01:36 PM
siapa weh laki dia? minat kat dia sejak tgk teduhan kasih..memang menjadi la watak dia ngan mak dia..geram2 pun lawak
Quote Fariz07 12-6-2013 04:57 PM
jonlabu posted on 4-6-2013 02:16 PM
adil sungguh si suami, ' the singing banker' itu.

yg ambank tu ka???
Quote jonlabu 12-6-2013 05:39 PM
Fariz07 posted on 12-6-2013 04:57 PM
yg ambank tu ka???

Quote seroja11 13-6-2013 03:55 PM
tengok citer teduhan kasih time dia ngan mak dia kelakor plak..kadang2 terketawa aku tgok...
Quote misspokoyo 18-7-2013 03:49 PM
iols terjumpa ig laki zarina ni.. betul ke idok laki dia.. tp ada gambo dia dah anak2 dlm ig tu
Quote RVP20 19-7-2013 11:10 AM
Alhamdulillah, saya masih berpegang pada prinsip utama yang tidak pernah luntur sehingga kini iaitu isteri pertama tetap yang pertama selamanya manakala saya datang dalam hidup suami saya setelah dia mempunyai segala-galanya, sedangkan saat sukarnya bermula bersama isteri pertama.

-----

sgt bermakna & mendalam
Quote lina_lyn 24-7-2013 11:04 AM
sapa wei laki dia???

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.342967 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top