CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

Anemia popular dikalangan wanita

8-12-2014 06:28 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4106| Komen: 2

Description: Anemia atau kurang darah adalah keadaan jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal.


Anemia atau kurang darah adalah keadaan jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal. Sel darah merah mengandung hemoglobin yang berperanan dalam mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh. 


Akibat dari anemia adalah penghantaran sel darah merah akan terganggu dan jaringan tubuh penghidap anemia akan mengalami kekurangan oksigen untuk menghasilkan energi. Dalam keadaan ini,gejala anemia ditunjukkan dengan merasa cepat lelah, pucat, gelisah dan mudah marah.


Anemia boleh dibahagikan kepada 2 golongan besar iaitu anemia kongenital (seperti Talasemia)dan anemia bukan kongenital. Kita sudah berbincang mengenai Talasemia dalam topik dulu dan hari ini akan berbincang tentang anemia bukan kongenital.


Penyebab umum dari anemia bukan kongenital ialah kekurangan zat besi, pendarahan usus, pendarahan, genetik,kekurangan vitamin B12, kekurangan asam folat, gangguan sumsum tulang.


Jenis Anemia 


Anemia defisiensi besi

Anemia defisiensi zat besi adalah jenis anemia paling sering dijumpai di kalangan kaum wanita. Ini disebabkan majoriti kaum wanita berdiet untuk mengejar kelangsingan badan. Diet yang terlampau telah menyebabkan mereka kekurangan khasiat termasuk makanan yang mengandungi zatbesi. Penyebab anemia jenis ini adalah kekurangan zat besi di tubuh.  Zat besi merupakan komponen penting untuk pembentukan hemoglobin. Jika zat besi tidak cukup tersedia, produksi hemoglobin dan penggabungan ke dalam sel darah merah di sumsum tulang akan berkurang. Hasilnya, hanya sedikit hemoglobin yang boleh berikatan dengan oksigen dalam paru-paru dan membawanya ke jaringan tubuh. Akibatnya, jaringan tidak cukup menerima oksigen.


Anemia megaloblastik

Jenis anemia yang timbul akibat kekurangan vitaminB12 atau asam folat. Kedua-dua jenis vitamin penting ini berperanan penting dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat. Kekurangan salah satu vitamin tersebut dapat menimbulkan anemia megaloblastik kerana sel darah merah abnormal berukuran besar (megaloblas) terbentuk dalam sumsum tulang dan produksi sel darah merah normal menurun. Gejala utama ialah tangan dan kaki berasa kebas,lidah kelihatan merah,dan mungkin timbul simptom demam kuning (jaundice)yang ringan.


Anemia aplastic (Aplastic anemia)

Anemia aplastic adalah satu keadaan yang mana tubuh berhenti memproduksi cukup sel darah baru. Tiap-tiap jenis sel darah memiliki umur hidup sendiri,secara dasarnya sel darah merah 120hari,sel darah putih kurang dari sehari dan platelet 6 hari. Secara normal,sumsum tulang berfungsi menghasilkan sel darah baru untuk mengantikan sel-sel yang mati. Anemia aplastik terjadi ketika sumsum tulang mengalami kerosakan sehingga memperlambat produksi sel darah baru,dan penghidap akan merasa lelah dan berisiko tinggi mengalami infeksi dan perdarahan yang tidak terkawal.


Anemia Hemolitik Autoimun (autoimmune hemolytic anemia) 

Ini terjadi ketika sel darah merah hancur lebih cepat dan sumsum tulang belakang tidak mampu mengimbanginya dengan menghasilkan sel darah merah pengganti. Penyakit tertentu seperti gangguan pada darah dapat menjadi penyebab.  Kadang-kadang tubuh mengalami gangguan fungsi dan menghancurkan selnya sendiri kerana keliru mengenalinya sebagai bahan asing (reaksi autoimun), jika suatu reaksi autoimun ditujukan kepada sel darah merah, akan terjadi anemia hemolitik autoimun.


Anemia sel bulan sabit (Sickle cell anemia)

Jenis anemia ini disebabkan oleh kecacatan bentuk hemoglobin yang membuat sel darah merah terbentuk seperti sabit. Sel sabit ini rapuh dan mudah pecah pada saat melewati pembuluh darah,sehingga boleh menyebabkan anemia berat,sumbatan aliran darah,kerosakan organ dan berkemungkinan nyawa terancam. Pada penyakit ini,sel darah merah memiliki hemoglobin (protein mengangkut oksigen) yang abnormal(hemoglobin s),sehingga mengurangi jumlah oksigen di dalam sel dan menyebabkan bentuk sel menjadi seperti sabit. Keadaan ini disebabkan adanya mutasi dalam gen yang berperanan membentukkan hemoglobin. Gen yang abnormal ini bersifat keturunan dalam keluarga.


Kehilangan darah

Anemia yang dikaitkan haid biasanya diakibatkan kerana kitaran haid mengalami peningkatan jumlah darah haid yang keluar. Selain itu, kelahiran bayi dan penyusuan juga akan menyebabkan kekurangan zat besi. Kaum wanita yang berada di tempoh menopaus berkemungkinan besar akan berlaku pendarahan kronik,tumor bersifat ganas akibat ulser atau buasir.


Anemia Penyakit Kronik 

Penyakit kronik tertentu seperti kanser,penyakit jantung,ginjal dan hati juga dapat menyebabkan anemia. Secara lazimnya,anemia bukan kongenital adalah relatif umum di kalangan kaum wanita.Antaranya terdapat 20% daripada mereka berisiko mengalami anemia. Sekiranya keadaan anemia bukanlah serius maka ia tidak akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. sebaliknya kalau penyakit ini tidak mendapat rawatan yang selanjutnya sepanjang waktu,akan membangkitkan pelbagai jenis penyakit lain.Jadi, berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat gelaja-gejala anemia.


Gejala 

Berikut adalah beberapa tanda anemia:

1. Kelopak Mata Pucat

Ketika meregangkan kelopak mata dan memperhatikan bahagian bawah mata,akan melihat bahawa bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat.


2. Sering Kelelahan

Sekiranya kekurangan oksigen dalam badan, maka seseorang akan mudah tercungap-cungap semasa melakukan aktiviti harian seperti berjalan,dan mudah merasa lelah. Selain itu,ini akan membawa bebanan pada jantung dan terjadinya masalah jantung berdebar. Kesakitan dada dan susah nafas akan terjadi jika keadaan bertambah kritikal.

3. Susah bangun dari tidur

Penghidap anemia sering kali mengalami gejala morning sickness setelah bangun dari tempat tidur seperti pening,kesakitan kepala.


4. Sakit kepala

Orang yang mengalami anemia sering mengeluh sakit kepala secara terus-menerus.Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Hal ini sering menyebabkan sakit kepala.

5. Ujung Jari Pucat

Ketika menekan ujung jari, bahagian itu akan berubah jadi merah. Tetapi, jika mengalami anemia, ujung jari akan menjadi putih atau pucat.


6. Wajah Pucat

Jika mengalami anemia, wajah akan terlihat pucat. Kulit juga akan menjadi putih kekuningan.

7. Tidak berselera

Kekurangan oksigen juga akan membawa masalah kepada organ perut dan usus yang mana gejala yang biasa dijumpai ialah tidak berselera, mual,sembelit dan cirit-birit.

8. Kesulitan menelan

Penyakit anemia berkemungkinan membangkitkan masalah kesulitan menelan. Gejala ini boleh dirawat dengan pengambilan ubatan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 7-12-2014 11:44 AM
ye ke????????????
Quote phdhng 8-12-2014 11:35 AM
Esmiria posted on 7-12-2014 11:44 AM
ye ke????????????

ya. jika anda mengalami masalah ini, sila mencari rawatan.

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.646122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top