Anemia defisiensi zat besi adalah jenis anemia paling sering dijumpai di kalangan kaum wanita. Ini disebabkan majoriti kaum wanita berdiet untuk mengejar kelangsingan badan. Diet yang terlampau telah menyebabkan mereka kekurangan khasiat termasuk makanan yang mengandungi zatbesi. Penyebab anemia jenis ini adalah kekurangan zat besi di tubuh. Zat besi merupakan komponen penting untuk pembentukan hemoglobin. Jika zat besi tidak cukup tersedia, produksi hemoglobin dan penggabungan ke dalam sel darah merah di sumsum tulang akan berkurang. Hasilnya, hanya sedikit hemoglobin yang boleh berikatan dengan oksigen dalam paru-paru dan membawanya ke jaringan tubuh. Akibatnya, jaringan tidak cukup menerima oksigen.
Untuk keterangan lanjut atau maklumat mengenai ketidaksuburan dan kesihatan wanita, sila layari laman web bawah.
https://www.facebook.com/notes/l ... ita/856530427725475
|