CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ajai Persoalkan Cara AIM Pilih Pemenang

14-11-2014 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10528| Komen: 44

Description: Ajai Atau Nama Sebenarnya Mohd Faizal Maas, 39, Berkata, Perkara Tersebut Disedari Selepas Insiden Kesilapan Pemilihan Lagu Terbaik Aim 18 Kepada Yuna Terpaksa Ditarik Balik Tiga Tahun Lalu Yang Benar ...
Ajai Persoalkan Cara AIM Pilih Pemenang

Ajai tidak lagi mempercayai anugerah AIM.



PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi Ajai memberitahu dia tidak lagi menghantar sebarang pencalonan bagi menyertai Anugerah Industri Muzik (AIM) sejak dua tahun lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kredibiliti penganjuran penganugerahan.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 39, berkata, perkara tersebut disedari selepas insiden kesilapan pemilihan Lagu Terbaik AIM 18 kepada Yuna terpaksa ditarik balik tiga tahun lalu yang benar-benar memberi kesan kepada penggiat industri muzik lain.

"Saya sudah tidak percaya AIM sejak kemenangan lagu Yuna berjudul Penakut sebagai Lagu Terbaik pada AIM 18 ditarik balik dan diberikan kepada lagu Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

"Di situ sahaja kita dapat lihat bagaimana cacatnya proses anugerah ini dilakukan, walhal mereka mempunyai juru audit dan komiti tersendiri. Adakah keputusan yang diterima daripada auditor dan komiti berbeza?," soal ajai ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Jelas Ajai, perkara tersebut menjadi tanda tanya pelbagai pihak sehingga ramai pengiat muzik seangkatan dengannya tidak lagi menghantar pencalonan mereka.















Rosmin Hasyim


Katanya, proses pengendalian anugerah tersebut yang diuruskan komiti baharu juga menyumbang kepada faktor yang membuatnya tidak lagi mempercayai anugerah berprestij tersebut.
"Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, ada sebab kenapa saya tidak percayakan AIM lagi selepas ia diuruskan oleh orang-orang baharu dalam industri.

"Ia tidak sama lagi seperti diuruskan oleh Jennifer Thomson dahulu yang mana kita lihat hasil pemenang yang diumumkan seiring dengan kejayaan artis itu dalam industri pada tahun tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, Ajai berkata, dia tidak menghalang artis-artisnya untuk menghantar pencalonan ke anugerah tersebut.

Anugerah Industri Muzik dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata pihaknya tidak terlibat dalam proses penghakiman dan hanya menerima keputusan juri daripada firma audit pada malam penganugerahan itu berlangsung.

"Proses penjurian diuruskan Macomm Management Services iaitu sebuah pengurusan bebas dan pemarkahan juri dikira dan diaudit firma audit terkemuka KPMG.

"RIM tidak terlibat dlm proses penjurian dan hanya menerima keputusan juri daripada firma audit tersebut dan mengumumkannya pada malam acara anugerah berlangsung.

"Kebebasan firma audit memastikan pihak RIM tidak membuat sesuatu yang tidak beretika seperti mengubah keputusan juri," ujarnya.

Tambah Rosmin, dakwaan komposer tersebut tentang kekurangan pencalonan adalah tidak benar kerana pencalonan diterima meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu.

Malah, jumlah pencalonan yang diterima meningkat setiap tahun sejak AIM 18 daripada 400 kepada 600 pencalonan pada AIM 21 tahun ini.

AIM 21 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 14-11-2014 12:49 AM
yelah masa Jennifer Thompson chuols asyik menang...

best song - 3 kali

best album - 3 kali (termasuk album hafiz last year..propa sgt ckp x bertanding 3 tahun)

best pop album - 4 kali

sejak2 KRU take over, x merasalah chuols...hrp menang kt AJL je lah khen.. gasaklah..xyah tunggu sekarang, dari dulu lagi AIM ni seleweng banyak. Last edited by sepitsiput on 14-11-2014 12:53 AM

Quote Teh_90 14-11-2014 01:14 AM
sepitsiput posted on 14-11-2014 12:49 AM
yelah masa Jennifer Thompson chuols asyik menang...

best song - 3 kali

anugerah syok sendiri?
Quote ahmad_dhani91 14-11-2014 01:28 AM
sepitsiput posted on 14-11-2014 12:49 AM
yelah masa Jennifer Thompson chuols asyik menang...

best song - 3 kali

uols ni kan dah sah2 memang bimbo. bila buat statement tak baca habis tau scrolll kebawah memuki tak tentu pasal. terang2 dalam statement dia, dia tak halang retis yang nak bertanding guna karya dia.
Quote sepitsiput 14-11-2014 01:33 AM
ahmad_dhani91 posted on 14-11-2014 01:28 AM
uols ni kan dah sah2 memang bimbo. bila buat statement tak baca habis tau scrolll kebawah memuki t ...

chuols..heols producer album hafiz...bukan sumbang lagu sahaja ya... nak sign borang hantar pencalonan, semua producer kene sign hurkeh! bukan hafiz yg hantar pencalonan hurkeh. unless hafiz tu producer
Quote ahmad_dhani91 14-11-2014 01:38 AM
sepitsiput posted on 14-11-2014 01:33 AM
chuols..heols producer album hafiz...bukan sumbang lagu sahaja ya... nak sign borang hantar pencal ...

Bagaimanapun, Ajai berkata, dia tidak menghalang artis-artisnya untuk menghantar pencalonan ke anugerah tersebut.

Quote sepitsiput 14-11-2014 01:39 AM
ahmad_dhani91 posted on 14-11-2014 01:38 AM
Bagaimanapun, Ajai berkata, dia tidak menghalang artis-artisnya untuk menghantar pencalonan ke anu ...

fyi, artis tak hntar pencalonan melainkan diorg producer mcm tok t, sebaliknya penerbit dan syarikat rakaman yang hantar. motif baca bulat2 statement pesong si ajai tu? chuols borang pencalonan aim pun x pernah tgk agaknya.
Quote sepitsiput 14-11-2014 01:42 AM
ibarat chuols berlakon ekstra filem kl gangster 3, tup2 dtg FFM, chuols gatal biji pergi hantar copy film kl gangster 3 ke penganjur dgn harapan chuols nk menang pelakon tambahan terbaik, tp penerbitnya usop terselam tak tahu, dan x mahu msuk bertanding pun. choi sgt chuols x faham sistem.
Quote RatuDunia94 14-11-2014 02:04 AM
AIM dh x best mcm AIM dulu2...
dulu ramai artis buat album. skrg ni bertanding atas tiket lagu je..
Quote j3m4h 14-11-2014 02:15 AM
Ajai-ADUH....tu 1st lagu after alter hidung heols..tp ya hampun...xleh nk hadam dengornye.. Kredibility dia sebut S pon ShushaH.. Apetah lg nk masok AIM(Ajai Ingin Menang)...
Quote RatuDunia94 14-11-2014 02:27 AM
tp sebenarnya mmg dh ramai artis yg boycott AIM ni..
Quote Mary_jane 14-11-2014 03:08 AM
Nk dkt mentor ni, ada je ajai di mana2.
Quote cmf_ummi 14-11-2014 03:10 AM
cuba tunjuk sikit gambar muki tu, ummi ga faham memuki
Quote encikWawad 14-11-2014 07:39 AM
sepitsiput posted on 14-11-2014 01:42 AM
ibarat chuols berlakon ekstra filem kl gangster 3, tup2 dtg FFM, chuols gatal biji pergi hantar copy ...

hehe ada gak yang tk paham apa itu sistem apa itu producer
kui2 -


Quote lavendernovella 14-11-2014 08:01 AM
anugerah2 kat malaysia ni mmg choy... dah lama tau , its an open secret...
Quote mawarmatahari 14-11-2014 08:09 AM
j3m4h posted on 14-11-2014 02:15 AM
Ajai-ADUH....tu 1st lagu after alter hidung heols..tp ya hampun...xleh nk hadam dengornye.. Kredibil ...

AIM (ajai ingin menang) tu memang kelakar..

Quote MissLibra 14-11-2014 08:33 AM
sepitsiput posted on 14-11-2014 12:49 AM
yelah masa Jennifer Thompson chuols asyik menang...

best song - 3 kali

khennnn... dah ko asyik menang under kem si Jen Thompson ko katalah zaman tu bagus. Memanglah people tends to idealize dorang punya golden days tapi tak payahlah merungut2 hal pertandingan ni. Kalo ko berani masuk bertanding, maksudnya ko beranilah untuk kalah. Diam diam sudah. ... koserrrrrrrrrrrrrr.... statement orang tua sangat ajai..
Last edited by MissLibra on 14-11-2014 08:35 AM

Quote silampumeja 14-11-2014 08:49 AM
j3m4h posted on 14-11-2014 02:15 AM
Ajai-ADUH....tu 1st lagu after alter hidung heols..tp ya hampun...xleh nk hadam dengornye.. Kredibil ...

hahaha.... ini statement paling win harini!!! heols alter hidung ke? iolss dari dulu tak berapa berkenan attitude si ajai ni...skali keluar aduh tu memang aduh sangat iolss rasa...

dari segi menghasilkan lagu yg catchy iolss akui dia ni bleh wat... tapi dr segi kredibility and attitude dia iolss xsuka..
Quote cik_penguin 14-11-2014 09:17 AM
j3m4h posted on 14-11-2014 02:15 AM
Ajai-ADUH....tu 1st lagu after alter hidung heols..tp ya hampun...xleh nk hadam dengornye.. Kredibil ...

Rasaya dulu dia ok S kan? Rasa lepas ada 1 lagu indon femes sebut SHH tu terus ajai tukar jadi Shh. Macam sengaja mencacatkan diri
Quote suterabiru123 14-11-2014 09:26 AM
cik_penguin posted on 14-11-2014 09:17 AM
Rasaya dulu dia ok S kan? Rasa lepas ada 1 lagu indon femes sebut SHH tu terus ajai tukar jadi Shh ...

Dia kutuk retiz yg nyanyi guna shh tapi heols sndiri dari sebuah lagu sakit telinga iols dgr shh dia..

Katanya dia dr azali begitu..tp dia xsuka retiz lain buat begitu..adakah dia nk org kenal dia melalui sebutan shh itu?.. Sesuatu sgt ajai ni.. Kekonon trademark lah bagai.. Baik lah

AJAI INGIN MENANG.. Hahahah

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.122937 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top