CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

[Kemaskini] Kanak-Kanak Itu Bukan Dicampak?

13-11-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2903| Komen: 3

Description: "Kita Sudah Dapatkan Keterangan Dari Tiga Orang Murid Berusia 11 Tahun Pagi Ini, Dan Mereka Memberitahu Ketika Kejadian Berlaku, Ada Seorang Kanak-Kanak Autisme Berumur 12 Tahun Yang Bersekolah Di S ...
[Kemaskini] Kanak-Kanak Itu Bukan Dicampak?


SEREMBAN, 13 Nov - Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat.

"Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.


"Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok
koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=840137&extra=&page=6

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote akificha 16-11-2014 10:15 AM
sikit2 cikgu yang salah..aku pun naik pening..nasib lah cikgu..
Quote boyagombak 14-11-2014 03:05 PM
Budak autisme tersebut hanya nak menunjukkan kekuatannya. Budak2 tersebut tak slah, Yang salah, Cikgu2 x memantau aktiviti budak2 diluar bilik darjah
Quote cikkatak 13-11-2014 09:01 PM
Patutnya cikgu yang kena lebih pantau.. tak boleh nak salahkan budak pendidikan khas tu sebab dia oku. Bukan sama mcm budak lain. Budak tu tak salah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.032490 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top