CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dilebuh Raya Bayi Selamat Selepas Tercampak Dari Kereta

16-6-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18351| Komen: 95

Gambar hiasan


Bayi selamat selepas tercampak dari kereta

Nilai: Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan dikatakan merangkak di atas jalan selepas tercampak daripada kereta yang kemalangan di Kilometer 28.1, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), arah utara, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian 10 malam itu, bapa bayi berkenaan Mohd Remy Payarin, 37, yang memandu kereta Proton Wira itu maut di tempat kejadian manakala isterinya serta seorang lagi anak lelaki terselamat.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa dan isteri berusia 30 an serta dua anak berusia tiga tahun dan 10 bulan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Lembah Klang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara di Seremban.
Katanya, kereta dipandu Mohd Remy tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan sebelah kiri yang mengakibatkan anaknya berusia 10 bulan tercampak keluar.

Difahamkan, orang ramai menyaksikan bayi berusia 10 bulan terbabit tercampak daripada kereta ketika kenderaan itu mula mula terbabas dan nampak bayi itu merangkak atas jalan raya serta tidak cedera.

Menurutnya, kereta itu berpusing semula ke tengah jalan dan sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah sama melanggar kenderaan dinaiki anak beranak itu.

"Berikutan itu Mohd Remy tercampak keluar daripada kereta dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Namun, isteri mangsa hanya patah tangan kanan manakala anaknya berusia tiga tahun yang berada di tempat duduk bayi tidak mengalami kecederaan," katanya.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Bagus

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 15-6-2014 07:31 PM
Hiway mlm gelap gelemat weyhh..   nasib bb selamat..
Quote scorpionkiki 15-6-2014 07:33 PM
Tak pakai seat belt nampaknya keluarga ni. Baby pun Tak guna baby car seat....kenapalah main main bab pakai seatbelt ni
Quote kumbang7 15-6-2014 07:34 PM
alieyrina posted on 15-6-2014 07:31 PM
Hiway mlm gelap gelemat weyhh..   nasib bb selamat..

tu la pasai, kalau tengah laju mmg xkan perasan la tetiba ada baby dok merangkak tengah jalan
Quote intan_smsb 15-6-2014 07:41 PM
Bahaya nyer nasib baik baby tu selamat
Quote MissNigga 15-6-2014 07:42 PM
mujur baby tu selamat ....

ni ar... letak anak kat pangkuan jer
Quote mommymonster82 15-6-2014 07:44 PM
scorpionkiki posted on 15-6-2014 07:33 PM
Tak pakai seat belt nampaknya keluarga ni. Baby pun Tak guna baby car seat....kenapalah main main ba ...

Klu wira pkai seatbelt takut lak remuk dalam tu...biar tercampak xper lagi ....

Matilah kena lahar jap lagi... Hihihi
Quote kumbang7 15-6-2014 07:48 PM
mommymonster82 posted on 15-6-2014 07:44 PM
Klu wira pkai seatbelt takut lak remuk dalam tu...biar tercampak xper lagi ....

Matilah kena ...

tercampak atas highway kak oi...mlm pulak tu..nasib baik sungguh tu
Quote mogey 15-6-2014 07:48 PM

mesti baby duduk atas pangku maknya ni
Quote mommymonster82 15-6-2014 07:50 PM
kumbang7 posted on 15-6-2014 07:48 PM
tercampak atas highway kak oi...mlm pulak tu..nasib baik sungguh tu

Hihihi sarcastic je tuh ayat me tu... Hihihi
Quote TEDDYASESARA 15-6-2014 08:07 PM
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...
Salam Takziah buat keluarga mangsa
Alhamdulillahtu slamat
Quote redeila 15-6-2014 08:24 PM
baby itu masih dlindungi oleh Allah wpun parentnyer cuai dlm keselamatan d dlm keta...
Quote Suchi 15-6-2014 08:30 PM
baby ats riba mak tp si abg duk atas car seat kan..
maybe baby tu nyusu badan kot
Quote sigila 15-6-2014 08:32 PM
Panjang umur baby tu... tapi kena periksa gak takut cedera dalaman, innalillah buat si bapa
Quote noor2 15-6-2014 08:46 PM
innalillah...
Quote KuewTeuwKungFu 15-6-2014 08:48 PM
alhamdullillah bb slmt...
Quote razhar 15-6-2014 08:48 PM
MissNigga posted on 15-6-2014 07:42 PM
mujur baby tu selamat ....

ni ar... letak anak kat pangkuan jer

ni stended di tanah milayu...
Quote rospinki 15-6-2014 08:50 PM
Aduiii. .apa ka nk jadi.  Manjang eksiden..toksah la drv jauh2 asik pi sana pi sini..dok umah diam2 udahler.
Quote kumbang7 15-6-2014 08:52 PM
rospinki posted on 15-6-2014 08:50 PM
Aduiii. .apa ka nk jadi.  Manjang eksiden..toksah la drv jauh2 asik pi sana pi sini..dok umah diam2  ...

kenduri orang kena pegi..nnt takut kenduri kita org xdtg
Quote ~boolean 15-6-2014 08:53 PM
Ada juga sifat prihatin pada anak dengan meletakkan anaknya yang umur tiga tahun dalam babay seat...

Jarang orang malaysia buat macam tu pada anak.

Yang baby tu mungkin di pangkuan mak. Menyusu mungkin.

Tapi malang pada ayahnya walaupun prihatin pada anak, tapi tak prihatin pada diri...takziah kepada keluarga mangsa...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060706 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top