CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paksa Baring Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 36 Tahun

17-10-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21946| Komen: 23

Description: Hakim Mohd Azhar Othman Membuat Keputusan Itu Selepas Zulkefli Hashim, 32, Mengaku Salah Atas Tiga Pertuduhan Mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan Kerana Melakukan Persetubuhan Yang Bertentangan Deng ...
Paksa Baring Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 36 Tahun

Zulkefli Hashim, 32, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. 



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bernafsu songsang apabila tergamak meliwat seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun, dalam kejadian tiga tahun lalu.

Dihukum penjara selama 36 tahun dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.

Hakim Mohd Azhar Othman membuat keputusan itu selepas Zulkefli Hashim, 32, mengaku salah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan pertama,  Zulkefli mengaku salah meliwat mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tanpa kerelaannya sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa di sebuah rumah kosong di Kampung Pengkalan Arang, di sini, jam 9 malam, awal Oktober 2011.

Bagi kesalahan itu, Mohd Azhar mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Zulkefli mengaku salah mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 8 malam, 19 November 2011 dan jam 7.45 malam, 26 Disember 2011.

Susulan pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Zulkefli dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan serta 14 tahun penjara dan empat sebatan. Mohd Azhar memerintahkan kesemua hukuman berjalan berasingan.

Mangsa membuat laporan polis mengatakan Zulkefli menggunakan kekerasan jenayah iaitu memaksanya menuruti arahan dan kehendaknya dengan meliwatnya.

Mangsa memaklumkan Zulkefli  membawanya ke sebuah rumah kosong berhampiran kubur dan Masjid Kampung Pengkalan Arang kira-kira jam 9 malam pada awal Oktober 2011.

Zulkefli menyuruh mangsa baring di tilam di sebelahnya sambil menunjukkan video lucah yang ada di dalam telefon bimbitnya kepada mangsa.

Bagaimanapun, mangsa enggan menuruti arahan itu menyebabkan Zulkefli memaksa mangsa dengan menarik badan mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa memberitahu, selepas kejadian terakhir pada 26 Disember 2011, Zulkefli semakin berani berjumpa dengan mangsa sama ada di rumah atau pun sekolah.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas soal siasat dijalankan terhadap mangsa berikutan sikap Zulkefli yang sentiasa mencari remaja itu setiap masa.

Sementara itu, dalam penghakimannya, Mohd Azhar berkata, perbuatan Zulkefli meninggalkan kesan yang mendalam dan kekal sepanjang hayat terhadap mangsa. Mangsa bukan saja takut tetapi tidak tenteram akibat jenayah itu.

“Jenayah dilakukan Zulkefli adalah serius dan hukuman sewajarnya perlu dikenakan. Jika tidak diambil serius, negara akan ditimpa musibah. Hukuman yang diberikan adalah untuk memberi pengajaran kepada Zulkefli dan orang lain di luar sana,” katanya.


Gambar hiasan
13

Bagus
35

Marah
7

Terkejut
22

Sedih
8

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kambeng_masam 17-10-2014 08:20 AM
apakata geng2 lgbt?
Quote enchikfitz 17-10-2014 08:23 AM
Selayaknyalah. Lubang kunyit jugak yg dicari
Quote abas8888 17-10-2014 10:02 AM
tahniah bang...lepas ni teruskan kerja2 mencari lubang kunyit tu kat dalam penjara pulak ya..stok byk bang...dunt worry...tapi kena dulu la sebelum mengena...
Quote kasmela 17-10-2014 10:09 AM
tutup muka sbb malu kantoi menganwart anak orang. Elok sikit dari sesetengah org. Sekurang2nya dia ada gak rasa malu.
Quote jazaa 17-10-2014 10:15 AM
padan muka...

36 tahun adik tu nanti dah besorr blh protect diri...sampai berani cari kat sekolah dah melampau le tu....


Quote lkick2113 17-10-2014 10:17 AM
kasmela posted on 17-10-2014 10:09 AM
tutup muka sbb malu kantoi menganwart anak orang. Elok sikit dari sesetengah org. Sekurang2nya dia a ...

ada sorang tu dah kantoi menganwartkan coffee boy pon tak malu lagi tu kas...
Quote makneng 17-10-2014 10:21 AM
lgbtq kah? selayaknya lah dihumban dlm penjara
Quote clarizsa 17-10-2014 10:36 AM
manusia bangsat!!! kna 36 tahun je?
Quote Badut.Sarkas 17-10-2014 10:38 AM
pelik kan.. orang yang mengatakan mende tu haram la yang selalu kantoi meliwat..
Quote GhostWalking 17-10-2014 10:40 AM
Badut.Sarkas posted on 17-10-2014 02:38 AM
pelik kan.. orang yang mengatakan mende tu haram la yang selalu kantoi meliwat..

Yeszaaa sangat-sangat
Quote encikWawad 17-10-2014 10:43 AM
lenkali jangan nak anak ikan sangatttt
amik yang dah 18 tak la jadi kes rogol
paling2 masuk mehkamah leh delay2 lagi gituuu
kalau bawah 18 memang hazab la kau
Quote poison_paradise 17-10-2014 10:47 AM
Nape la tak melanggan pondan atau gei boi umo ats 18 thn dik oiii..silap2 dpt free je .. Ni budak bwh umo.. Last edited by poison_paradise on 17-10-2014 10:48 AM

Quote liyamariska 17-10-2014 10:47 AM
ai rasa kes pakcik ni cam kes pedophilia jer sbb melibatkan budak bawah umur...


Quote pittjie 17-10-2014 10:49 AM
so max dia masuk penjara 14 tahun je la kan. biasanya kalau kena hukum tuk beberapa kesalahan .. hukuman penjara tu akan disekali.
Quote amal12bh 17-10-2014 11:19 AM
pittjie posted on 17-10-2014 10:49 AM
so max dia masuk penjara 14 tahun je la kan. biasanya kalau kena hukum tuk beberapa kesalahan .. huk ...
Susulan pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Zulkefli dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan serta 14 tahun penjara dan empat sebatan. Mohd Azhar memerintahkan kesemua hukuman berjalan berasingan.

x habis baca ke?..
Quote idadzira 17-10-2014 11:22 AM
budak umur 20 lebih pun x pandai melawan kena liwat dgn pakcik sakit belakang ni lagi la budak umur 14 tahun. kesian ko dik. jangan lepas ni ko x de nafsu pada perempuan dah la.
Quote pittjie 17-10-2014 11:27 AM
amal12bh posted on 17-10-2014 11:19 AM
x habis baca ke?..

ee sorry . baca secara laju ... tak terbaca yang tu. bagus la kalau dijalankan berasingan bersambung2. rasain loe.

Quote nexusys 17-10-2014 11:43 AM
Nex besa tgk bideo kat negara latin, mamat ni masuk penjara sbb rogol, tuan penjara dan geng dapat tau, derang rembat mamat ni kaw kaw... pastu amik batang penyapu.. sombat hahahahhahahahahhahaha

geng2 penjara tampak riang jek bila hukum mamat tuh... padan muka

mamat ni pun mungkin kena kot
Quote ice_sky92 17-10-2014 11:58 AM
nexusys posted on 17-10-2014 03:43 AM
Nex besa tgk bideo kat negara latin, mamat ni masuk penjara sbb rogol, tuan penjara dan geng dapat t ...

Betul tu. Even kat Malaysia kes liwat dalam penjara memang berlaku. Salah satu faktor berlaku sebab kat dalam tu mana ada perempuan. So banduan yg lemah la jadi mangsa liwat senior2 yg dah lama berpuasa. Huhu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.093697 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top