CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Remaja Dirogol Bomoh Dua Kali Ketika Rawatan

8-9-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19419| Komen: 86

Description: Dalam Kejadian Itu, Mangsa Dan Rakannya Yang Berasal Dari Kota Damansara Mengunjungi Sebuah Pondok Yang Terletak Di Dalam Sebuah Dusun Dengan Menaiki Kereta Milik Pengamal Tradisional Tersebut Kira-Ki ...

Remaja Dirogol Bomoh Dua Kali Ketika Rawatan

Gambar hiasan


KAMPAR - Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol dua kali dalam keadaan separa sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dari Kota Damansara mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar di sekitar kampung.

“Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit bagi membuang ‘benda’ yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau.

“Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang,” katanya di sini, semalam.

Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke Kuala Kangsar kononnya untuk membuang ‘benda’ yang dikeluarkan daripada mangsa ke Sungai Perak.

“Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keterangan mangsa  dan  rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 5-9-2014 09:30 AM
muda2 da pndai jumpa bomoh..
sakit apa la..
kenpa msih nk percaya ngn bomoh2 ni..
bomoh2 ni byk yg ada 2 spesis jerk...mata duitan/kaki putar..
Quote kentel 5-9-2014 09:30 AM
hahaha..performance bomoh tak best..wajib la report polis..cuba performance mantopp...
Quote ice_sky92 5-9-2014 09:31 AM
Tempat Shahir AF kan. lol.
Quote ~anya~ 5-9-2014 09:36 AM
Ohh... bomoh ini fetish berseks tatkala mandi kah?
Quote fisherman 5-9-2014 10:42 AM
mandi bunga nih konon nak cepat dapat jodoh
Quote zwaty 5-9-2014 10:54 AM
aq rasa byk kes umo llaki 40an....apakah...dn mngapakah..
Quote encikWawad 5-9-2014 10:58 AM
muda jumpa bomoh mesti nak mintak pakai susuk mas intan berlian last last dapat susuk pensen 2b
nasib tak takde yang speku raja bomo
Quote rosasa 5-9-2014 11:06 AM
buang benda sangat  
Quote HANIMUSLIMAH 5-9-2014 11:52 AM
ntah ntah tu bukan bomoh..
mungkin perogol bersiri yang menyamar jadi bomoh...
Quote fatehana 5-9-2014 11:55 AM
muda lg dah gie jumpa bomoh
pastu gie dgn kawan2 plk
lain kali gielah yg leh dipercayai
ni dr kota damansara smp ke Kampar tu, hisyyyy
Quote spiderman80 5-9-2014 01:10 PM
BotakChinPeng posted on 5-9-2014 09:20 AM
Dia jumpa bomohb sebab sakit apa

Sakit datang bulan macam Puan
Quote fire_place 5-9-2014 01:35 PM
aku pernah pg ikut suami aku urut.org kenalkn..yg nak urutny suami aku..

dlm tu aku tgk eh..bg aku lh bukan pukau kdg2..tp sstengh permpuan ni xguna akal ngn bengap.aku tgk dok rmai perempuan nk urut ngt org tua ni.kata sakit kaki tp siap urut dada perempuan.bila tukng urut tu ckp tgk ada kanser x kat dada..perg aku ckp urut je tau kanser.

sakit kaki.kepala..tukang urut dok urut2 payudara ngn punggung free je.aku ckp ngn suami xkn lah xda nafsu tukang urut tu..dh tu tiba2 si tukang urut ni nak paksa aku urut ngn dia plk.xhingin aku.pmpuan yg dtg serius ku ckp tadah je mcm xda akal.mcm xda tukang urut lain
Quote eRiKa 5-9-2014 01:40 PM
otak letak dima na la tuee..alahaiiii
Quote noor2 5-9-2014 01:56 PM
memalukan orang perak ja.....tok moh ni elok di C4.....cukup2 la dgn kes tok moh kapalterbang tu....
Quote nebulagazer 5-9-2014 01:59 PM
Dia g jupe dgn kawan dia
Aku saspek dia peknen
Bleh????
Quote brownstone 5-9-2014 02:05 PM
awek damansara yg bimbo....oh yaaa kota damansara tu kire damansara lagi ke??? dah dekat hutan sungai buloh nun...
Quote Eura 5-9-2014 02:06 PM
Elok benam2 jer bomoh tu dalam sungai perak...
Quote lizaluvliz 5-9-2014 02:18 PM
brownstone posted on 5-9-2014 02:05 PM
awek damansara yg bimbo....oh yaaa kota damansara tu kire damansara lagi ke??? dah dekat hutan sunga ...

itula pasai..dok kota dsara.seharus feeling urban..tapi masih lg nak berbomoh bagai...
dh abih klinik ke kt sini nak berubat dik oiiii???

Quote Vellfire 5-9-2014 02:21 PM
pompuan tu sakit ape

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057755 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top