CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

4-8-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9527| Komen: 57

Description: “Baki 163 Kematian (84 Peratus) Berlaku Di Luar Kawasan Operasi Dengan Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut Iaitu 112 Kematian, Diikuti Mereka Yang Menaiki Motokar Sebanyak 48 Kematian,” Katanya K ...

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Sebanyak 195 kematian dicatat di seluruh negara sepanjang 12 hari Ops Selamat dilaksanakan, membabitkan 178 kes kemalangan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fuad Latiff, berkata sepanjang tempoh itu, 15,122 kemalangan dilaporkan berlaku di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan bandaran dan pelbagai jalan lain.      

“Sejak 12 hari dilaksanakan (Ops Selamat), 195 kematian dilaporkan dengan 32 kematian (16 peratus) berlaku di kawasan Ops Selamat.      
      
“Baki 163 kematian (84 peratus) berlaku di luar kawasan operasi dengan penunggang motosikal paling ramai maut iaitu 112 kematian, diikuti mereka yang menaiki motokar sebanyak 48 kematian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fuad berkata, daripada 167,456 saman yang dikeluarkan, 2,319 saman dikenakan ke atas pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan dan 1,316 saman atas kesalahan memotong garisan berkembar.

“Saman maksimum RM300 dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan memotong di lorong kecemasan. “Jika pesalah trafik itu ditahan ketika melakukan kesalahan, mereka perlu membayar saman serta- merta,” katanya.

Sementara itu, Fuad berkata, seramai 20,081 orang awam membuat laporan sebagai pemberitahuan akan meninggalkan rumah masing-masing untuk bercuti Aidilfitri dengan mengisi borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan.      

“Sepanjang Ops Selamat, 44,669 rumah dipantau oleh anggota kami yang melakukan rondaan berkala untuk memastikan tiada kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya.                                

2

Bagus

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cowey 3-8-2014 06:34 PM
lorong kecemasan mcm tak wujud je..

lg2 kat federal hgway...
Quote otai_g 3-8-2014 06:42 PM
tiap kali lalu highway mesti ada jumpa punya mangkuk yg guna lorong kecemasan.

aku rs penunggang moto patut diberi kebenaran utk baling batu kat kereta yg lalu lorong kecemasan tanpa sebab.

amacam, ok?
Quote R2D2 4-8-2014 10:48 AM
Quote zull4rs 4-8-2014 11:04 AM
Aku lupa nk snap berpuluh2 keta yg lalu emergency lane raya lepas, especially keta singapork..
Quote Cik_Andak 4-8-2014 11:09 AM
Banyak tu kete leh saman....
Quote kecimpret 4-8-2014 11:21 AM
amik gambo anto emel ke aduantrafik@jpj.gov.my ..gambo biar jelas npk no plet..dah byk gak keta aku jadikan mangsa
Quote atira 4-8-2014 11:22 AM
R2D2 posted on 4-8-2014 10:48 AM

java caprut?
Quote airfilterkotor 4-8-2014 11:24 AM
atira posted on 4-8-2014 11:22 AM
java caprut?

jdt sebijik.
pulau pipel belah sselatan sebijik.
pulau pipel original sebijik.
Quote atira 4-8-2014 11:29 AM
airfilterkotor posted on 4-8-2014 11:24 AM
jdt sebijik.
pulau pipel belah sselatan sebijik.
pulau pipel original sebijik.

pulau ppls tu elok je guna lorong sepatutnye
Quote cmf_rambutan 4-8-2014 11:31 AM
kat loyat tadi ada gambau keta langgar muto kat lorong kecemasan... bila org tanya, dia kata nak cepat gi kincin
Quote kecimpret 4-8-2014 11:31 AM
keta ummah caprut yg aku sempat snap & emel ke JPJ..jap lg dpt la surat cinta

Quote azsukie 4-8-2014 11:32 AM
aku dari penang ke perak aritu byk je kete lalu lorong kecemasan.. tapi yg bestnya semua kena saman dgn polis bermotor.. kehkehkeh..
Quote mikasa 4-8-2014 11:33 AM
Sikit nyer?


Masa time raya laa jpj polis senang nak buat duit raya. Setakat 1000 saman ,sejam dah boleh dpt. Kalau 3 hari mau buta2 dapat 10000 saman.pal
Quote atira 4-8-2014 11:34 AM
kecimpret posted on 4-8-2014 11:31 AM
keta ummah caprut yg aku sempat snap & emel ke JPJ..jap lg dpt la surat cinta

patut kene denda 3k sekor2 tu
Quote airfilterkotor 4-8-2014 11:35 AM
atira posted on 4-8-2014 11:29 AM
pulau ppls tu elok je guna lorong sepatutnye

plat P dengan J tak kira laa dorang pandu nampak macam berhemah kaa, aku tetap berhati-hati.
Set set ni slalu sangat buat adegan terkejut tengah jalan.
Quote mikasa 4-8-2014 11:35 AM
kecimpret posted on 4-8-2014 11:31 AM
keta ummah caprut yg aku sempat snap & emel ke JPJ..jap lg dpt la surat cinta

Kalau 10 org ambik gambar keta ni sepanjang dia buat salah...agak2 dpt 10 saman tak? Kalau dpt 10 saman gerenti sampai 2 keturunan terus jadi pengguna berhemah
Quote kluangman 4-8-2014 11:36 AM
Kalau di negara maju contohnya jerman, lorong kecemasan dibenarkan lalu jika berlaku kesesakan.
Tapi mmg dah dimasukkan dlm traffic managemet scheme maksudnya ada indicator yg tunjukkan boleh lalu atau tidak.
Jika lorong kecemasan perlu digunakan seperti utk ambulans lalu dsb, baru lorong kecemasan ditutup.

Malaysia kita lebih melindungi pemegang konsesi lebuhraya.
Sepatutnya sistem sebegitu digunakan di lebuhraya utama yg sering mengalami kesesakan.
Ialah kan sebab diorang yg kutip tol, diorang lah yg perlu bagi servis terbaik.
Quote mikasa 4-8-2014 11:36 AM
airfilterkotor posted on 4-8-2014 11:35 AM
plat P dengan J tak kira laa dorang pandu nampak macam berhemah kaa, aku tetap berhati-hati.
Set ...

Aku dengan J ok lagi...kalau P Ingat nak kuar terus pistol
Quote mikasa 4-8-2014 11:38 AM
kluangman posted on 4-8-2014 11:36 AM
Kalau di negara maju contohnya jerman, lorong kecemasan dibenarkan lalu jika berlaku kesesakan.
Tap ...

Aku pernah ternampak kat laluan kontra dari kajang ke putrajaya...siap tulis signboard "sila gunakan laluan kecemasan"

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064548 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top