CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pemberi Sedekah Juga Akan Dikenakan Hukuman

3-7-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9308| Komen: 92

Description: "Kita Akan Ambil Satu Kaedah Di Mana Yang Pemberi Kita Akan Saman Dan Penerima Pula Akan Kita 'Angkut' Kerana Kebanyakan Peminta Sedekah Ini Adalah Orang Asing.

Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama

7

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senahsanasini 2-7-2014 08:25 AM
Elok le,
Serabut aku g mkn kat shah alam kena sedekah.

Klu kita sedekah, dia aim, esok nmpak muka die mai muka seposen lg.
Dr bdk kicik smpai nenek.

Hritu pgl JKM mencecet lari sume2 ni.

Kesian, tp mereka ni elok dduk umah kebajikan shj.
Hri2 sedekah kt die.
Smpai dah xmalu.
Quote ushioz 2-7-2014 08:26 AM
LOL. dah sengkek sangat ke kantung negara sampai kena saman pemberi,
Quote cmf_conan 2-7-2014 08:28 AM
Korg pernah tak didatangi pemintak sedekah siap tunjuk surat sepital bgtau kutip derma utk si polan operate mata ke apa ntah..
Quote Cik_Andak 2-7-2014 08:29 AM
Bagi sedekah pon kema saman???
Quote erin86 2-7-2014 08:52 AM
tu yg dekat traffic light bwh fly over dari mrr2 nak pi greenwood / sri gombak tu. dok pegi dari kereta ke kereta masa lampu merah dok jual pen. jalan plak terhencut2, moto dah la laju2 dok menyelit antara kereta. bahaya betul. kang tak pasal je
Quote ushioz 2-7-2014 08:54 AM
erin86 posted on 2-7-2014 08:52 AM
tu yg dekat traffic light bwh fly over dari mrr2 nak pi greenwood / sri gombak tu. dok pegi dari ker ...

yang itu PBT buta.
Quote waksir 2-7-2014 09:11 AM
kena tengok gak camne keadaan peminta sedekah & lokasi meminta sedekah tu.
Kalau yg mmg btol2 susah & tak mampu nk buat keje ... so, gomen patut bantu bukannye tangkap je.
Bantuan yg diberi pun kena la bersesuaian dgn keadaan semasa.
jgn la dok bangga je konon bg bantuan rm250 ... tapi sejak 10th dulu pun dgn jumlah yg sama je.
Quote afie_m 2-7-2014 09:13 AM
erin86 posted on 2-7-2014 08:52 AM
tu yg dekat traffic light bwh fly over dari mrr2 nak pi greenwood / sri gombak tu. dok pegi dari ker ...

ada lagi ke..mcm dah lama x nampak ja...


Quote fifie_olin 2-7-2014 09:13 AM
seme nk saman xde kje la tu
Quote afie_m 2-7-2014 09:16 AM
pernah nampak ada sorang pakcik tua....area kg baru..sihat ja..pastu dok kat lorong2 kecil letak lah belacan skit2 kat kaki tu..n balut...kat luar2 pembalut putih pun dia letak skit2....jadi bila dah mcm tu nampak lah lalat2 hinggap n nampak mcm parah ja kaki tu...so bila jln bertongkat minta sedeka kata ada kencing manis nak gi hospital x ada duit....lakonan ja semata2....
Quote Decaffeinated 2-7-2014 09:16 AM
ada peminta sedeqah pi keje naik teksi...

harap maklum...

Quote ibu_haritz 2-7-2014 09:23 AM
dulu klu bdk2 kecik minta sedekah aku mesti bagi..kesiannnn
skrg aku kuatkan hati xnak terpedaya dgn lakonan mereka..
laki aku siap perli lagi dah tak nak derma ke??? cisss
Quote iman_aly 2-7-2014 09:27 AM
yg bg pulak kena saman??? dh kenapa????
Quote haryatie 2-7-2014 09:31 AM
pemberi lak kena saman ...
kdg2 tu rupa mreka mmg kesian sgt..
x kan x nak bagi....
Quote chupachups 2-7-2014 09:31 AM
Alah gomen nie..yg pusat takfiz amal yg confirm con tu oun x mampu nak tutup..nak.saman org bg sedekah lak!
Quote Santeira 2-7-2014 09:38 AM
Good job. Sokong 100%.
Quote FanTasyCreaTioN 2-7-2014 09:43 AM
afie_m posted on 2-7-2014 09:16 AM
pernah nampak ada sorang pakcik tua....area kg baru..sihat ja..pastu dok kat lorong2 kecil letak lah ...

Terimakasih untuk info ni..

ramai ja cepat rasa kesian bila nengok2 macam ni kan ..
berlalat bagai ..



Quote nurul_akmar 2-7-2014 09:46 AM
bagus le.. kesian aku tgk budak2 tu meminta sedekah dgn cara terhormat.
Quote jahcomel 2-7-2014 09:50 AM
ramai y pminta sedekah rakyat asing bkn warganegara pn...y rakyat sdri y miskin xgi pn mintak sdekah,duk umah y uzur tunggu mase je,y BERSAMAMU TV3 g mane ade rakyat msia y mngemis...

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078993 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top