CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Sedekah Beli Susu Anak

7-5-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17953| Komen: 199

Gambar hiasan



Ibu berpantang minta sedekah beli susu anak


Kampar: Kesempitan hidup memaksa seorang ibu muda meminta sedekah walaupun masih dalam pantang di kaki lima sebuah bank sekitar daerah ini bagi mendapatkan wang membeli susu bayinya.

Lebih menyedihkan, Noor Asmidah Arzmi, 23, terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu memberi bayi lelakinya itu susu badan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman paru-paru sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dia melahirkan anak keduanya itu pada 19 Mac lalu dan menggunakan semua wang simpanan yang ada untuk perbelanjaan harian terutama membeli susu untuk anak yang baru dilahirkan serta anak sulung kini berusia dua tahun.

“Saya terpaksa meminta belas kasihan orang lain untuk mendapatkan wang supaya boleh membeli susu anak saya memandangkan saya tidak boleh menyusukan anak saya kerana menghidap penyakit.

“Doktor mengesahkan saya dijangkiti kuman pada paru-paru sehari selepas bersalin serta menasihatkan supaya tidak menyusukan anaknya untuk mengelak berlaku jangkitan dan susulan itu saya memerlukan wang untuk membeli susu hingga memaksa saya meminta sedekah,” katanya ketika ditemui di depan sebuah bank dekat sini, semalam.

Noor Asmidah berkata, pada awalnya dia menggunakan wang simpanan hasil pendapatan suami yang tidak tetap kerana hanya berkerja kampung dan sejak beberapa hari lalu mereka sudah kehabisan wang.

“Saya tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan bantuan lagi hingga nekad mengambil jalan akhir meminta ihsan dari orang ramai di kaki lima,” katanya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengalami masalah ingatan.

Katanya, dia memang ada mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan yang diberikan JKM, namun tidak mencukupi.

bagi menyara keluarganya berikutan suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.


Menurutnya, dia terpaksa menaiki bas dari rumahnya di Air Kuning, dekat sini, untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menampung perbelanjaan susu rumusan yang mencecah RM50 hingga RM80 sepeket untuk anaknya.

“Ketika melahirkan Muhammad Khairul Baharuddin Firdaus (anak), saya turut mengalami sesak nafas dan perut saya mengeras sebelum diberitahu mengidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas melahirkannya.

“Sekarang walaupun masih dalam pantang dan tidak pernah meminta derma, saya terpaksa berkorban asalkan anak saya tidak lapar, “ katanya.

Menurutnya suaminya bekerja di kampung berdekatan rumahnya selain menjaga seorang lagi anak berusia dua tahun.

Sementara itu, seorang pelanggan bank, Muhd Hamzah Ramli, 20, yang ditemui berkata, wanita terbabit berada di depan sebuah bank di sini selama setengah jam dan ramai menderma kerana simpati dengan keadaannya.

“Orang yang datang menderma tidak teragak-agak kerana dia mempamerkan laporan kesihatan dan kad OKU sambil mendukung bayinya.

“Terdapat pelanggan bank yang menghulurkan sumbangan sehingga RM50 dan ada juga yang memberi cadangan kepada wanita berkenaan memohon bantuan Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung ibu malang itu,” katanya.

Individu yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan dengan memasukkan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor akaun 1012341000077682 atas nama Noor Asmidah Arzmi.

8

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perang_candu 6-5-2014 01:19 PM
sapa kena letak jawatan pasal mocit ni..?
Quote namirulmukminin 6-5-2014 01:25 PM
Baik sungguh hati mu Acom...
Quote Acong 6-5-2014 01:26 PM

Quote prettyuglybabe 6-5-2014 01:39 PM
sedangkan warga asing pun boleh hidup kat bandar. siap beli motor lagi. inikan pula orang kita
Quote Acong 6-5-2014 01:47 PM
prettyuglybabe posted on 6-5-2014 01:39 PM
sedangkan warga asing pun boleh hidup kat bandar. siap beli motor lagi. inikan pula orang kita :dizz ...

lu kena ingat, warga asing yg mai tu semua sihat tubuh badan utk BEKERJA
Quote prettyuglybabe 6-5-2014 01:48 PM
Acong posted on 6-5-2014 01:47 PM
lu kena ingat, warga asing yg mai tu semua sihat tubuh badan utk BEKERJA

lakinya pun OKU ke? takde cakap pun..
Quote harimau76 6-5-2014 01:51 PM
ok.. now I know.. kalau tak mampu beli susu, kena salahkan gomen...
Quote sambaldurian 6-5-2014 01:53 PM
Nestle ke syarikat susu2 wat LA CSR sikit bg susu free kt org xmampu. Klu takut dorg jual balik, bagila sebulan 2 Kali susu. Anta gune courier
Quote asermullen 6-5-2014 01:55 PM
suaminya hanya kerja kampung, itu saja... lain tak diceritakan... suaminya tu kena berubah dulu. dasar pemalas. keja kilang melambak, takdak spm? pi jadi buruh kontraktor, tak mahir? boleh jadi pembantu? badan disahkan tak daya kerja berat? jadi gurad keje duduk je.. pi bagi bini mintak sedekah buat pa? bini dok umah la amik upah jaga anak orang ke.. jual goreng pisang ke.. malas depa ni sebenarnya.. unta padang pasir pun tak malas mcm ni..
Quote Santeira 6-5-2014 01:56 PM
family planning.

ingatlah, anak tu tanggungjawab yg amat besar. kalau agak2 tak mampu nak beri keperluan asas dgn sempurna kepada anak, rancangla keluarga tu.

mentaliti 'biar miskin duit, asalkan kaya anak' tu sangat caprut bila kau tak mampu dari segi ekonomi, tolong fikirkan perkembangan dan kebajikan anak tu sekali. jgn sbb kau selfish, anak tu lahir dan kena menderita hidup dalam suasana serba kekurangan. Last edited by Santeira on 6-5-2014 01:57 PM

Quote Acong 6-5-2014 01:58 PM
harimau76 posted on 6-5-2014 01:51 PM
ok.. now I know.. kalau tak mampu beli susu, kena salahkan gomen...

ha ah...... mmg tanggungjawab kerajaan...... jika takmo bertanggungjawab, sila resign
Quote TuntungReturn 6-5-2014 02:01 PM
perghhh..sedap ang pa bubuh semcm..mungkin allah uji die.mintak kje x dpt.nk mintak kt sedara mara.duit plak bkn sedara..kiri kanan pi x leh gak..org cm ni bile rse susah.nnti bile die senang die akn bntu org..
Quote sueism 6-5-2014 02:02 PM
RM150 sebulan memang tak cukup!!!! gomen tau songlap duit pakai untuk diri
sendiri bila nak tolong org miskin RM150 sebulan aje!
Quote yusrin 6-5-2014 02:03 PM
bukan 100% nak salahkan ahli pilitik ye
tapi sape ahli politik yg jaga Kamparni?
jenguk2la sket oii
Quote BotakChinPeng 6-5-2014 02:04 PM
Dumex Dugro harga 23 rgt ja satu paket. Pejadah cari yang 50 hingga 80 ringgit lagi ?
Quote ultra78 6-5-2014 02:07 PM

Akak ni dah mintak baitulmal kah? Sepatutnya org malaysia dah tak ada yg meminta sedekah untuk beli makanan

Org indon sanggup merantau jauh utk kerja di sini dan kirim wang balik ke kampung halaman. Laki dia hanya mampu kerja di kampung sahaja? Tak rasa malukah bila bini terpaksa minta sedekah sebab kau tak dapat bagi duit belanja
Quote harimau76 6-5-2014 02:08 PM
Acong posted on 6-5-2014 01:58 PM
ha ah...... mmg tanggungjawab kerajaan...... jika takmo bertanggungjawab, sila resign

Memang senang lenang hidup kat Malaysia kalau camtu.. nak lepaskan diri main tuding2, tunjuk2 ajer... kata macai la...
Quote lasagnaklcc 6-5-2014 02:12 PM
Mintak derma tu pon byk dah dpt tp sampai bila? Laki dia kena carik kerja tetap...keje la apa pon asalkan jgn keje kg... Nak harap bantuan org bkn sentiasa dpt.
Quote ayamkatik 6-5-2014 02:15 PM
akak ni kan oku lupa ingatan jadi mungkin dia tidak berfikir dengan baik.

Lihat semua komen(199)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.063043 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top