CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

O.K.U Jaja Tisu Mampu Raih Rm2,500 Sebulan

10-12-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3635| Komen: 8

Description: Mengakui Jumlah Yang Tidak Lagi Layak Menerima Bantuan Kewangan Hanya Kecil, Beliau Menjelaskan, Elemen Budi Bicara Diambil Kira Sebelum Memutuskan Untuk Meneruskan Atau Menghentikan Bantuan Kepada Ok ...
O.K.U Jaja Tisu Mampu Raih Rm2,500 Sebulan


PUTRAJAYA: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memperoleh pendapatan melebihi RM1,200 sebulan tidak layak mendapat bantuan RM300 sebulan yang diperuntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Itulah antara syarat kelayakan khusus bagi pemohon Skim Bantuan Kewangan OKU bagi kategori Elaun Pekerja Cacat (EPC) di mana penentuan bantuan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan dan pertimbangan pihak JKM.

Jika mengambil kira hasil tinjauan mStar Online yang mendapati sebahagian besar penjual tisu di kalangan OKU cacat penglihatan memperoleh pendapatan melebihi RM2,500 sebulan dan masih menerima EPC, tentunya ramai yang akan terkeluar daripada senarai penerima skim bantuan itu.

Persoalannya, apakah JKM akan menarik balik bantuan apabila OKU berkenaan didapati memperoleh pendapatan melebihi had ditetapkan itu atau akan mempertimbangkan mengikut kes tertentu.

Jika kebajikan kumpulan sasar ini yang diutamakan, seharusnya JKM mengkaji semula kadar pendapatan OKU bekerja dengan mengambil kira faktor tempat tinggal yang berkait rapat dengan kos sara hidup golongan istimewa itu sebelum menentukan sama ada mereka layak atau tidak menerima bantuan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi dan Bantuan JKM, Rosmahwati Ishak berkata, bantuan kewangan diberi selama 12 bulan dan ia akan dikaji setiap kali tempoh bantuan berakhir.

Mengakui jumlah yang tidak lagi layak menerima bantuan kewangan hanya kecil, beliau menjelaskan, elemen budi bicara diambil kira sebelum memutuskan untuk meneruskan atau menghentikan bantuan kepada OKU ini.

Bagaimanapun, Rosmahwati menegaskan, kejujuran perlu ada dalam diri golongan istimewa untuk tampil memaklumkan situasi sebenar, bukannya meneruskan kehidupan selesa dan membiarkan rakan senasib dibelenggu kesempitan hidup.

Walaupun ia sesuatu yang jarang berlaku, tetapi sekurang-kurangnya tindakan bersifat ikhlas ini membolehkan bantuan kewangan dapat disalurkan kepada rakan-rakan senasib yang lebih memerlukan.

"Tidak dinafikan bilangan yang tampil dengan rela hati memaklumkan mereka tidak lagi memenuhi kriteria untuk menerima bantuan ini tidak ramai, tetapi sekurang-kurangnya ada yang berbuat demikian dan meminta supaya bantuan mereka ditamatkan dengan alasan sudah mampu berdikari.

"Inilah yang dikatakan kejujuran, lebih-lebih lagi kerana ia membabitkan dana dan wang rakyat," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan mStar Online pada Isnin, mengenai pendapatan mencecah RM2,500 yang diperoleh OKU buta dengan hanya menjual tisu.

Jika sedikit masa dahulu golongan ini dilaporkan mampu mengupah pengiring (penarik), bagaimanapun terkini mereka didapati lebih 'maju' apabila berupaya menggaji pemandu untuk membawa mereka mencari rezeki di luar Lembah Klang yang disifatkan sebagai 'lubuk emas' kerana mampu membawa pulangan lebih.

Menurut Rosmahwati, pihaknya mempunyai kaedah untuk berhadapan OKU sama ada yang mahu menamatkan bantuan atau di kalangan yang masih belum mampu berdikari.

Katanya lagi, JKM sememangnya berharap golongan OKU bekerja ini tidak bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan, sebaliknya mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan tetapi bukan dengan cara mengemis.

"OKU yang tidak lagi menerima bantuan, pemantauan tetap dilakukan dari semasa ke semasa. Kita tak lepaskan begitu sahaja.

"Bagi yang tak puas hati kerana didapati tidak lagi memenuhi kriteria, kita buka lagi ruang untuk mereka mengemukakan rayuan kerana memahami kehidupan di bandar yang mencabar seperti kadar sewa rumah tinggi dan sebagainya," katanya.

Fakta EPC:

Sebanyak RM300 sebulan disumbangkan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU, insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif, selain meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.

Bagaimanapun, golongan istimewa ini perlu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan elaun berkenaan iaitu berdaftar dengan JKM, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,200 sebulan, tidak termasuk pendapatan keluarga, berusia 16 tahun ke atas, tidak tinggal di institusi yang menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan dan minum serta pakaian percuma.

Seterusnya, pemohon perlu menyertakan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan atau surat pengesahan pendapatan daripada pemohon bagi yang bekerja sendiri.

Menerusi Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar EPC akan dinaikkan kepada RM350.

Pada 2013, JKM kendalikan 65,372 kes OKU menerima EPC dan meningkat kepada 65,720 kes sehingga Mei 2014.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 9-12-2014 10:18 PM
Tu pendapatan tanpa rekod. Income tax pun x kena :lol
Quote salimrock 9-12-2014 10:57 PM
dah rezeki diorang...

bila pendapatan cecah 2500, bantuan dihentikan..

byk ke 2500 tu utk golongan OKU?

ala rm300 je..bukan rm 300 juta...

gaji pun 2500...bukan nye 250k...
Quote amiraira 9-12-2014 11:00 PM
Ya rezeki.kan

Harap2 halal la ya..

Quote cmf_herrhughie 9-12-2014 11:06 PM
Taniah, OKU Lebih kuat Dan semporna drp puak2 tongkat...
Quote Anak_Nogori 9-12-2014 11:08 PM
Ala...oku DPT rm2500 je..ketum jd punaisehat je dapat rm15 juta.

Kasi jelah elaun rm300 tu.
Quote kakos 9-12-2014 11:11 PM
baru je beli tisu singgit time dinner tadi
kat sesetengah tmpt tu,, tempoh selama nak abiskan dinner tu pun kadang sempat lagi 3-4 org datang jual tisu la keropok la berkugiran la
Quote mualian 9-12-2014 11:23 PM
Kan.. 2500 tu bukan miskin ke kalo kat bandar.. Bg jer la 300 atas dasar oku. Pak menteri tu da ade gaji, elaun mcm2, minyak free x kira pulak.
Quote Acong 10-12-2014 01:51 AM
Anak_Nogori posted on 9-12-2014 11:08 PM
Ala...oku DPT rm2500 je..ketum jd punaisehat je dapat rm15 juta.

Kasi jelah elaun rm300 tu.

itu laen unkel....... ketum kan ANU gerah tuhan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054310 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top