CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Dilancarkan !

11-4-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21117| Komen: 34

Description: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Yang Melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, Hari Ini, Turut Mengumunkan Nama Baru Akademi Itu Sebagai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.
KUANTAN: Keluarga lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bangga apabila nama akademi bola sepak di Gambang, Kuantan, dinamakan sempena jasa tokoh bola sepak negara itu.


Isteri Allahyarham, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, 58, berkata beliau sekeluarga amat terharu dan berbangga dengan penghargaan itu.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, hari ini, turut mengumunkan nama baru akademi itu sebagai Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

Allahyarham Mokhtar pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan bola sepak dunia bermula tahun 1972 sehingga 1985.

"Saya harap Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari juga mampu melahirkan bakat baru bola sepak negara bukan hanya setanding tetapi lebih baik daripada Allahyarham," katanya, di sini, hari ini.

Zarina berkata, Allahyarham suaminya yang meninggal dunia 23 tahun lalu itu adalah seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa.

Sementara itu, anak bongsu arwah, Nur Arina Mokhtar berkata menjadi impian bagi keluarganya untuk melihat pasukan bola sepak negara mencapai kejayaan membanggakan di peringkat dunia satu hari nanti.

Nur Arina, 26, berkata ayahnya adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak namun beliau tidak pernah lupa kepada keluarga.

"Bagi saya ayah adalah idola keluarga dan percaya ramai peminat bola sepak masih menjadikan beliau sebagai idola mereka," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 11-4-2014 04:57 AM






Quote Al-Patih 11-4-2014 05:02 AM
Zarina berkata, Allahyarham suaminya yang meninggal dunia 23 tahun lalu itu adalah seorang yang tegas dan berdikasi dengan kerja dan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa tanpa cepat putus asa.
dah 23 tahun ...baru nak kenang jasa arwah ....
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 05:40 AM
najib suka bersukan








Quote tongkatwaran75 11-4-2014 07:07 AM
[youtube]dAYeVDKonTg[/youtube]
Quote alieyrina 11-4-2014 07:14 AM
Kassim_Patalon posted on 11-4-2014 05:40 AM
najib suka bersukan

Tepeleot main golf tu lawakk  
Quote gasing 11-4-2014 07:36 AM
pagi ni pun ada.. cover depan the sun.. kekeke//
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 07:39 AM
Al-Patih posted on 11-4-2014 05:02 AM
dah 23 tahun ...baru nak kenang jasa arwah ....

tak lama lagi mungkin akan dapat gelaran tan sri
Quote anony-mous 11-4-2014 08:02 AM
Kesian plak aku dgn bola sepak mlaysia.. Hanya mokhtar dahari j y boleh dbggakan.. Yg lain kelauttt!!
Quote d'zeck 11-4-2014 08:15 AM
kewujudan akademi yang tepat pada masanya
selain pemilihan nama akademi yang juga tepat

mampu membekalkan inspirasi yang kuat kepada
anak2 muda

allahyarham mokhtar dahari masih kekal sebagai
lagenda bolasepak malaysia nombor satu
sehingga hari ini

syabas KJ,

semoga ranking malaysia dalam senarai FIFA
akan berada di bawah angka 100 menjelang
2020
Quote crankshaft 11-4-2014 08:21 AM
Arwah semasa hidupnya, sihat segar bugar tak mahu diiktiraf....nih dah semakin jauh menjelajahi alam barzakh baru nak dikenang jasanya?

jap biar aku tolong jawabkan bagi pihak PENCETUS initiatif ini....

better late than never....

Quote crankshaft 11-4-2014 08:24 AM
d'zeck posted on 11-4-2014 08:15 AM
kewujudan akademi yang tepat pada masanya
selain pemilihan nama akademi yang juga tepat

Why it took 23 years dah dalam alam barzakh baru teringat?

Better late than never?

Ptuiiiiii..


Quote lavajeans 11-4-2014 08:25 AM
crankshaft posted on 11-4-2014 08:21 AM
Arwah semasa hidupnya, sihat segar bugar tak mahu diiktiraf....nih dah semakin jauh menjelajahi alam ...

sama konsep dgn minah yg minggu2 dapat kfc free tu...

masa ada tak dihargai.....sekarang jawap la...



Quote d'zeck 11-4-2014 08:29 AM
crankshaft posted on 11-4-2014 08:24 AM
Why it took 23 years dah dalam alam barzakh baru teringat?

Better late than never?

banyak pengiktirafan untuk arwah

gelaran datuk dah lama dikurniakan
secara posthumous - suatu pengiktirafan

galeri atas nama beliau di merata
lokasi 'hall of fame' adalah
bentuk pengiktirafan

menamakan sebuah kompleks akademi bola sepak nasional
terulung dalam negara
adalah kemuncak pengiktirafan

Quote crankshaft 11-4-2014 08:29 AM
lavajeans posted on 11-4-2014 08:25 AM
sama konsep dgn minah yg minggu2 dapat kfc free tu...

masa ada tak dihargai.....sekarang jawap  ...

Nih che DET...takkan nak tunggu dia kiok baru nak buat tugu peringatan dia sebelah berhala burung bald eagle gedabak kat langkawi tuu?

Quote d'zeck 11-4-2014 08:32 AM
crankshaft posted on 11-4-2014 08:29 AM
Nih che DET...takkan nak tunggu dia kiok baru nak buat tugu peringatan dia sebelah berhala burung  ...

memadai dengan memorial

negarawan mati meninggalkan
jasa

peliwat mati meninggalkan jam
omega

Quote lkick2113 11-4-2014 08:35 AM
good start..........
Quote mirage_46 11-4-2014 08:38 AM
lejen selangor, buat akademi kat pahang,

Quote crankshaft 11-4-2014 08:39 AM
d'zeck posted on 11-4-2014 08:32 AM
memadai dengan memorial

negarawan mati meninggalkan

Memorial ikut fahaman yahudi kah?

Nko tinggalkan jam swatch kah?



Quote d'zeck 11-4-2014 08:44 AM
crankshaft posted on 11-4-2014 08:39 AM
Memorial ikut fahaman yahudi kah?

Nko tinggalkan jam swatch kah?

memorial adalah kediaman yang
diubahsuai untuk menempatkan
bahan2 pemeran sebagai objek
sumber sejarah

ia satu konsep pendidikan
yang efektif untuk jangka panjang

sejarah bakal menentukan seseorang itu
samada diangkat sebagai tokoh,

atau sekadar dijadikan contoh perbandingan
bagi sesuatu sifat buruk seumpama
tanggang, sang rajuna tapa atau mandeliar


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061985 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top