Vokalis band popular Indonesia, Ungu iaitu Pasha mengakui dirinya menjadi kegilaan peminat-peminat berbanding anggota Ungu yang lain. Akuinya, pada awal dia berasa seronok apabila menjadi perhatian ramai. Namun lama kelamaan dia merasa rimas apabila peminat-peminatnya sudah mula mendesak dan bertanyakan tentang hal-hal lebih privasi tentang dirinya. "Bila lebih dikenali berbanding anggota yang lain, saya akui ia sesuatu yang sangat berat. Memang, awalnya saya suka. Sebab dari saya tidak dikenali, tiba-tiba langsung jadi perhatian ramai. "Tapi lama- kelamaan bila peminat mula tidak hanya fokus pada kerjaya muzik saya, ia jadi sukar. Mereka mula bertanya soalan-soalan yang pelik, lebih dalam yang menyentuh hal privasi saya. Sampaikan saya pakai seluar dalam warna apa pun mereka mahu tahu (gelak). Saya tidak suka akan hal-hal sebegitu.
"Saya juga sering diintip oleh fans. Perkara itu memang biasa terjadi pada saya tetapi saya jadi tidak selesa. Seperti baru-baru ni saya keluar kota. Bila pulang ada peminat di depan rumah saya. Rupanya dia sudah berhari-hari tidur di depan rumah saya hanya kerana mahu menunggu saya pulang. Perkara itu memang biasa terjadi pada saya", luahnya. Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 37, berkata demikian ketika ditemui ketika berkunjung ke Kuala Lumpur sempena 'Konsert Tercipta Untukku Live in Malaysia', baru-baru ini. Dalam pada itu, kata bapa lima anak ini, beliau tidak menghalang jika anak-anaknya mahu mengikut jejak langkahnya sebagai pemuzik. Malah kata Pasha, anaknya yang sulung ada menunjukkan tanda minat pada dunia muzik. |
ADVERTISEMENT