CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 4

Pasha (Ungu) Dedah Diintip, Sering Terima Soalan 'Pelik'

[Copy link]
Post time 4-3-2014 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Sumber:Malaysian Digest


Kredit foto Faisol Mustafa.

Vokalis band popular Indonesia, Ungu iaitu Pasha mengakui dirinya menjadi kegilaan peminat-peminat berbanding anggota Ungu yang lain.

Akuinya, pada awal dia berasa seronok apabila menjadi perhatian ramai. Namun lama kelamaan dia merasa rimas apabila peminat-peminatnya sudah mula mendesak dan bertanyakan tentang hal-hal lebih privasi tentang dirinya.

"Bila lebih dikenali berbanding anggota yang lain, saya akui ia sesuatu yang sangat berat. Memang, awalnya saya suka. Sebab dari saya tidak dikenali, tiba-tiba langsung jadi perhatian ramai.

"Tapi lama- kelamaan bila peminat mula tidak hanya fokus pada kerjaya muzik saya, ia jadi sukar. Mereka mula bertanya soalan-soalan yang pelik, lebih dalam yang menyentuh hal privasi saya. Sampaikan saya pakai seluar dalam warna apa pun mereka mahu tahu (gelak). Saya tidak suka akan hal-hal sebegitu.

"Saya juga sering diintip oleh fans. Perkara itu memang biasa terjadi pada saya tetapi saya jadi tidak selesa. Seperti baru-baru ni saya keluar kota. Bila pulang ada peminat di depan rumah saya. Rupanya dia sudah berhari-hari tidur di depan rumah saya hanya kerana mahu menunggu saya pulang. Perkara itu memang biasa terjadi pada saya", luahnya.

Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 37, berkata demikian ketika ditemui ketika berkunjung ke Kuala Lumpur sempena 'Konsert Tercipta Untukku Live in Malaysia', baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata bapa lima anak ini, beliau tidak menghalang jika anak-anaknya mahu mengikut jejak langkahnya sebagai pemuzik. Malah kata Pasha, anaknya yang sulung ada menunjukkan tanda minat pada dunia muzik.

"Saya tidak halang anak-anak kalau mereka mahu berkecimpung dalam bidang seni. Bahkan apa jua ..........................................................................

Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... a-soalan-pelik.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 09:59 AM | Show all posts
uweeeeeeeeeeeeeeeeeeek
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:42 AM | Show all posts
jauhnya nama artis dgn nama sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 12:28 PM | Show all posts
Boleh pulak tanya mcm tu. Akai takdak?

dah lima anak rupenye.. ngatkan single mingle lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 03:05 PM | Show all posts
lima anak msih beristeri o duda?
kalau aku ler, amek jela kesempatan tuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070383 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list