View: 7313|Reply: 3
|
[Tempatan]
Anak syarikat Terengganu Inc, Chicken Cottage terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, dengan bangganya berjaya membuka cawangan ke-67 di Camden Town, London.Anda dah coba?
[Copy link]
|
|
Anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc, Chicken Cottage dengan bangganya berjaya membuka cawangan ke-67 di Camden Town, London
Dalam satu kenyataan di Facebook, Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pembukaan premis terbaru berkenaan sebagai pencapaian yang bagus buat jenama itu.
"Alhamdulillah, satu lagi pencapaian bermakna buat Chicken Cottage di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc. dengan pembukaan cawangan ke-67 di Camden Town, London. Pembukaan ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya.
"Pembukaan outlet baharu ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di persada antarabangsa, malah penerimaan masyarakat luar terhadap jenama halal ini.
"Kami berbangga dengan pencapaian jenama ini dan berharap agar Chicken Cottage dapat terus berkembang maju sekali gus membawa nama Malaysia dan Terengganu ke peringkat global," katanya.
Untuk makluman anda, Chicken Cottage terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, telah membina reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan kehadiran lebih 60 'outlet' di UK termasuk di kota besar seperti Glasgow, Newcastle, Cambridge, Oxford, dan Canterbury.
Transformasi Chicken Cottage selepas itu menjadi semakin maju sejak dua tahun lalu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Cottage, Greg Milne menerajui syarikat ini dan memperkenalkan reka bentuk dalaman moden, kios digital, serta aplikasi mudah alih bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Dato’ Zakri Jaafar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Gisb lagi pioneer semua negara dia ada. Nak bangga apa org lain dah dulu buat hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak baru perasan pekerja2 dia... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal apa restoran depa banyak yg sendu,tapi x ditutup pung |
|
|
|
|
|
|
| |
|