CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5698|Reply: 1

[Tempatan] Lagi kes cincin tersangkut di kemaluan

[Copy link]
Post time 16-11-2024 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-11-2024 03:50 AM

SUNGAI PETANI: Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.


[Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, bilik kawalan menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 2.12 petang.


Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya seramai enam orang tiba di lokasi tidak lama kemudian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak hospital memaklumkan seorang mangsa lelaki dewasa berusia lingkungan 38 tahun mengalami masalah apabila dua cincin tersangkut pada kemaluannya.


“Tindakan yang dilakukan anggota BBP Aman Jaya adalah dengan menggunakan alat khas pemotong cincin untuk memotong sehingga selesai sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Azahari berkata, operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan mangsa mengalami kecederaan lebih serius.


Beliau berkata, bagaimanapun lelaki itu mengalami luka di bahagian alat sulit dan menerima rawatan lanjut di hospital.


“Operasi tamat pada jam 3.10 petang,” katanya.


Buletin TV3


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2024 01:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041626 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list