CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Julia Ziegler Akui Penat Asyik Ditanya Soal Kahwin

21-2-2014 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6488| Komen: 27


Siapa yang tidak mahu berkahwin? Kalau diikutkan hati Julia Ziegler memang mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini memandangkan umurnya kini hampir mencecah usia 30 tahun. Malah pelakon dan model ini mengakui sudah penat tatkala acapkali diasak dengan soalan bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.

“Memang saya ada perancangan ke arah itu (berkahwin). Wartawan, kawan-kawan dan keluarga pun selalu bertanya dan saya sendiri pun rasa sudah tiba masa untuk berumahtangga.

Saya pun dah penat bila asyik ditanya soalan yang sama. Tapi saya boleh buat sampai mana kan? Takkan saya pula nak melamar dia", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada malam preview filem 'Aku Akan Muncul' baru-baru ini.


Menurut pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler ini, dia kini sedang mengenali menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat lamanya sendiri.

“Kami dah bercinta lebih kurang setahun lebih. Tapi sebenarnya saya dah kenal dia lama sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia", katanya yan masih tetap merahsiakan identiti kekasihnya itu

Lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita tentang kisah cintanya, Julia turut mengatakan bahawa dia tidak mahu memalukan diri sendiri dan keluarga jika hubungannya itu terputus di tengah jalan.

“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu lah nampak beriya-iya sangat macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Sebab andai hubungan itu tidak menjadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Saya berharap semua pihak doakanlah yang terbaik untuk saya", tuturnya.
.

Mengenai perkembangan kerjaya, Julia berkata dia kini kembali aktif di pentas peragaan. Selain itu dia akan muncul dalam filem terbarunya berjudul 'Aku Akan Muncul' yang akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Februari ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 21-2-2014 09:15 AM
santek sangat .. huhu
Quote whatsup33 21-2-2014 09:21 AM
sabar..belum ada jodoh, nak buat camna..redha..
Quote shogun77 21-2-2014 09:22 AM
ingatkan dah 35...
Quote daiman 21-2-2014 09:23 AM
Dia ni kalau gelak macam pontianak. Tapi dia ni tinggi betul
Quote amyainsamad 21-2-2014 10:05 AM
dia ni jap gemok,jap kurus
Quote bedahmulutpuaka 21-2-2014 10:14 AM
canteknya... <3
Quote lima_kupang 21-2-2014 11:14 AM
dia nie mmg hoottt gilasss....
Quote NHolmes 21-2-2014 02:20 PM
Kejap gemuk kejap kurus tu trick camera huhu
Quote edoraixora 21-2-2014 02:22 PM
die ni macam tak semenggah jer
Quote ex_klia 21-2-2014 02:59 PM
Napa aku tengok macam Elyana jer?
Quote lylea 21-2-2014 03:12 PM
x minat dia ni
Quote pakwetizzaqyah 21-2-2014 05:16 PM
aku pun penat dah asyik ditanya girlfriend apa khabar...ish
Quote suzilah 21-2-2014 05:42 PM
x minat jugak...belakon biasa2 je dia ni..
Quote FNN 21-2-2014 05:46 PM
i pun penat... tlg carikan jodoh... ahaks
Quote mitnick 21-2-2014 08:31 PM
instead tnye bila nk kawin, lain kali tnye dah makan ke belum?
Quote riehan 24-2-2014 08:58 AM
tringat dulu die ni prnh 'mati' (jntung brhnti skjap) hdup blek..pnjg btol umur die..
Quote -electrifying- 24-2-2014 09:31 AM
memilih sgt kot dulu, last2 dgn kwn baik je. heeeee
Quote Delfina 24-2-2014 10:36 AM
julia bob fauzi ziegler? apakah?? heheheh
Quote _loveshak 24-2-2014 10:58 AM
Serius aku ingatkan dia lagi tua dari umur dia -.-

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061226 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top