Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Siapa yang tidak mahu berkahwin? Kalau diikutkan hati Julia Ziegler memang mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini memandangkan umurnya kini hampir mencecah usia 30 tahun. Malah pelakon dan model ini mengakui sudah penat tatkala acapkali diasak dengan soalan bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.
“Memang saya ada perancangan ke arah itu (berkahwin). Wartawan, kawan-kawan dan keluarga pun selalu bertanya dan saya sendiri pun rasa sudah tiba masa untuk berumahtangga.
Saya pun dah penat bila asyik ditanya soalan yang sama. Tapi saya boleh buat sampai mana kan? Takkan saya pula nak melamar dia", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada malam preview filem 'Aku Akan Muncul' baru-baru ini.
Menurut pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler ini, dia kini sedang mengenali menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat lamanya sendiri.
“Kami dah bercinta lebih kurang setahun lebih. Tapi sebenarnya saya dah kenal dia lama sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia", katanya yan masih tetap merahsiakan identiti kekasihnya itu
Lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita tentang kisah cintanya, Julia turut mengatakan bahawa dia tidak mahu memalukan diri sendiri dan keluarga jika hubungannya itu terputus di tengah jalan.
“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu lah nampak beriya-iya sangat macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Sebab andai hubungan itu tidak menjadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Saya berharap semua pihak doakanlah yang terbaik untuk saya", tuturnya. .
Mengenai perkembangan kerjaya, Julia berkata dia kini kembali aktif di pentas peragaan. Selain itu dia akan muncul dalam filem terbarunya berjudul 'Aku Akan Muncul' yang akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Februari ini..............................................................................
Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... ya-soal-kahwin.html
Last edited by adik^manis on 21-2-2014 09:03 AM
|