CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dah Kaya Raya Bersara La Apa Lagi Kan?

21-2-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3802| Komen: 5




Katy Perry bakal bersara...


WALAUPUN bergelar selebriti terkenal, namun sikap rendah diri, mudah didekati dan mesra peminat yang ada pada bintang ini wajar dipuji.

Malah, menerusi tinjauan pada 2013, Katy Perry merupakan artis yang mempunyai kelompok pengikut yang paling ramai di laman sosial, Twitter, iaitu lebih 50 juta.

Tidak hairanlah sekiranya, pelantun lagu, Last Friday Night, ini dinobatkan sebagai, Woman of the Year, pada malam Selasa lalu.

Menerusi majlis penghargaan, Elle Style Awards 2014, Perry dipilih untuk menerima anugerah utama ini sebagai bukti keprihatinannya terhadap peminat.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu, Dark Horse ini, peminat merupakan kelompok utama yang membawa dirinya hingga ke tahap ini.

"Saya berasa rendah diri untuk menerima anugerah ini kerana ianya merupakan penghargaan besar untuk saya.

"Namun, ia membuktikan bahawa kehadiran saya amat diberi perhatian oleh peminat yang sentiasa menyokong dari belakang.

"Ia merupakan pembakar semangat saya untuk terus bersama peminat," katanya yang pernah mengadakan konsert amal dalam usaha membantu pesakit kanser payudara.

Selain Perry, aktres cantik, Emma Watson turut dipilih sebagai, Actress of the Year, manakala kekasih, Bradley Cooper, Suki Waterhouse menang dalam kategori Model of the Year.

Sementara itu, gelaran Man of the Year, diraih bintang filem, Thor: The Dark World, Tom Hiddleston.


Terima lamaran?

Pada Mac tahun lalu, peminat dikejutkan dengan kisah perpisahan selebriti ini bersama John Mayer.

Namun, ketika sambutan Hari Valentine, baru-baru ini, mereka dilihat meraikannya bersama dalam suasana yang cukup romantis.

Kemesraan itu sekali gus memberi harapan kepada pasangan ini untuk kembali bersama setelah masing-masing menderita berikutan perpisahan dahulu.

Tidak terhenti di situ, Perry dan Mayer turut mempamerkan kemesraan mereka di khalayak umum ketika bersiar-siar di sekitar Hollywood sambil berpegangan tangan.

Walaupun ramai yang membuat andaian, Mayer telah pun melamar kekasihnya itu ketika Hari Kekasih, namun Perry menafikannya.

"Memang kami mula berkawan semula namun, pada malam itu, tiada sebarang lamaran yang diberi daripada Mayer.

"Kami hanya menikmati makan malam romantis walaupun hanya dalam suasana yang sederhana," katanya yang sebelum ini pernah dikatakan telah bertunang dengan kekasihnya itu.

Pun begitu, Perry mengakui bahawa Mayer adalah lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini.

"Kami tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin kerana saya perlu memikirkan banyak perkara sebelum membuat keputusan itu.     

"Apabila berkahwin nanti, saya nekad untuk berundur dalam industri untuk memberi tumpuan kepada anak-anak.

"Bagi saya, medan ini tidak sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Saya akan jadi ibu sepenuh masa dan menguruskan anak-anak serta keluarga," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 21-2-2014 11:53 AM
Ingt senang ko nk quit gitu je setelah ko dah sold your soul to devil.
Quote cef_gango 21-2-2014 11:54 AM
batman_2007 posted on 21-2-2014 11:53 AM
Ingt senang ko nk quit gitu je setelah ko dah sold your soul to devil.

mgkin juga. tah la dorang ni buat perjanjian n lucifer tu
Quote AdamBillionaire 21-2-2014 12:01 PM
batman_2007 posted on 21-2-2014 11:53 AM
Ingt senang ko nk quit gitu je setelah ko dah sold your soul to devil.

dia geng2 illmuminati ek?

adam geng 3 line ranting kayu gaharu simpang kulim kedah..

ayahnda adam zul kulim confirm 101%

setakat geng illmuminati ni jumpa ayahnda 3 line habis lah goyang kepala lutut..

celah gigi zul kulim je..
Quote -electrifying- 24-2-2014 10:39 AM
AdamBillionaire: dia geng2 illmuminati ek?adam geng 3 line ranting kayu gaharu simpang kulim kedah..ayahnda adam zul kulim confirm 101%setakat geng illmuminati ...


hahaha cm haram, adam, nk join boleh?
paduka ayhnda msti beraim katak kan
Quote suzilah 24-2-2014 12:56 PM
cef_gango posted on 21-2-2014 11:54 AM
mgkin juga. tah la dorang ni buat perjanjian n lucifer tu

silap2 x lama lagi kua cite dia suicide..xpon OD dadah..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.070265 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top