CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nik Michael Jawab Kritikan Chef Wan

18-2-2014 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26433| Komen: 119




Chef selebriti Malaysia Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada Rabu lepas mengkritik sebuah rancangan memasak terbitan TV3 termasuk chef muda yang menjadi hos program berkenaan iaitu Nik Michael Imran.

Beliau membuat kritikan itu di laman Instagramnya, mengatakan mengenai kurangnya kualiti dalam produksi pembikinan program masakan di Malaysia.

Chef Wan turut mengkritik kewujudan ramai chef selebriti di televisyen yang biarpun pengetahuan mereka tentang ilmu memasak dan kulinari masih baru.

Hari ini chef berkenaan, Nik Michael tampil menerusi laporan di Gua.com.my menjawab kritikan Chef Wan.


“Saya tahu mengenai entri Chef Wan dalam Instagram miliknya. Gambar saya ada dalam entri tersebut, sudah tentulah saya terlibat tapi kalau tengok pada komen pula, TV3, tenaga produksi dan peserta Masterchef lain juga ada disebut dalam entri itu,” kata Nik.

Dalam kritikan itu sememangnya Chef Wan tidak melabelkan individu tertentu secara terperinci tetapi Nik Michael sebelum ini juga adalah bekas peserta program realiti masakan Masterchef terbitan Astro.

Menyentuh mengenai isu produksi, Nik Michael berkata kemungkinan Chef Wan kurang jelas dengan konsep rancangan berkenaan iaitu Dapur Panas yang berubah-ubah setiap minggu.

“Dari segi produksi, saya rasa kemungkinan dia kurang jelas yang sebenarnya konsep rancangan tersebut memang bertukar-tukar setiap minggu. Tapi jikalau nak bandingkan, memang produksi luar negara jauh berbeza dan jauh lagi perjalanan kita untuk ke sana. Mengenai komen kepada saya sendiri mengenai entri di instagramnya, saya enggan mengulas lanjut. Saya hormati pendapat dia dan dia ada hak untuk menyuarakan apa yang dia mahu,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah Nik akan mengambil pandangan Chef Wan sebagai salah satu pendorong untuk dirinya, Nik hanya membalas ringkas dengan mengatakan, “Semua orang mahu berubah menjadi yang lebih baik.” 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 15-2-2014 02:22 PM
Chef wan xkata direct pd u..dia pukul rata pd chef2 muda yg ada rancngn sendiri...ambil sbgai positif ok nik..u ada talent..myb polish sket lg je..u hv the look..ada potensi ke international level..go go pok nik(eh ttiba)
Quote farah.noty 15-2-2014 02:35 PM
tak abes lagi sentap si nik ni. diam2 sudah. orang bagi kritikan membina. terima je la nok
Quote sokmogitu 15-2-2014 02:36 PM
yg kecoh dlm hal ni si farish tu je...bukannya chep wan sebut nama pun. i second chef wan dlm bab ni..baru satdi aku tgk program masakan habang brian tu kt rtm...sedih
Quote lavendernovella 15-2-2014 02:40 PM
tgk cep wan makan daging berger non muslim kat rancangan terbitan omputih (natgeo) kat uk tu...
macam pelik , tader orang pertikaikan ker ?
Quote angsaemas 15-2-2014 02:43 PM
ok jerr nik jwb..org tanya dia jwb.x jwb kang satu bala lg datang..di kata biadap.dia no komen..ok la tuh
Quote nashrudean 15-2-2014 02:45 PM
Chef Nik ni ada look tapi perut mak ai..kembung boroi..plz do something la..
tp betoi gak kata chef wan...chef2 selebriti tu mcm fazley semua..pd aku x layak lgsung dpt title chef...
Quote drvn182 15-2-2014 03:10 PM
kt luar je dalam hati panas tu
Quote sunshinelady 15-2-2014 03:12 PM
lavendernovella posted on 15-2-2014 02:40 PM
tgk cep wan makan daging berger non muslim kat rancangan terbitan omputih (natgeo) kat uk tu...
mac ...

ye ke?
mebbie daging tu halal kot.
mula2 aku tgk member2 gi uk slamba je makan kat macam2 restoran. semua la yg pakai tudung, yg tak pakai tudung, yg metro, yg kampung, etc.
ada la jugak kadang2 terasa suspicious sket. tapi bila gi sana a few years ago, wow byk gila merata-rata restoran, cafe halal. bukan sekadar kebab, makanan arab, makanan melayu je. all sorts of food. kat uk tu dah beratus-ratus tahun dah org islam dok sana, tu la pasal byk gila makanan halal, masjid, etc & rakyat depa pon respect all those things.
so aku pon nak bersangka baik la kat chef wan ni.

Quote NAT_11 15-2-2014 03:18 PM
Aku suka Chef Sherson - 5 rencah 5 rasa.............
Sekarang dia dah bertambah maju - tambah 2 lagi  program
masakan kat Europe.
Quote aechae 15-2-2014 03:31 PM
ala nik maikel pn msuk tv slalu pn sbb muka bleh jual...

sape yg msuk final dgn dr.ezany dlu tu, org sabah ke apa muka kg...ada org nk pggil dia msuk tv slalu??
Quote somtam 15-2-2014 03:38 PM
aku cari kat chefwan punye ig komen mcm tu tk dak pun hahaha
Quote mitnick 15-2-2014 03:39 PM
nasiblah nik bagi jwpn slmt
Quote lucky_peace 15-2-2014 04:08 PM
mitnick posted on 15-2-2014 03:39 PM
nasiblah nik bagi jwpn slmt

play safe katenye kan.... taknak tunjuk2 sentap bagai hah...
Quote Nadyne 15-2-2014 04:10 PM
Take it as challange Nik..ur father pun bkn calang2 org dlm bidang masakan..so.pasni leh attend serious cullinary course ..le cordon blue ker...chef one pun cmtu gak dulu, pelan2 tmbah ilmu..
Quote pakwetizzaqyah 15-2-2014 04:31 PM
alah chefwan... ko lg la....rancangan ayamas yg shooting kat greece tu apa ke jadah amik gay chef jadi guess..lol..ending of the show begambar paut bahu la dia betiga..chef wan..chef yg gayah tu dengan pasangan dia...tengok gaya bekepit pun syakwasangka..lol

tp chef nik ni pun mmg ye..rancangan makan2 dan masak2 tv3 sme poyo2..yg lagi aku benci yg si botak rancangan sarapan pagi tu...lol
Quote sharlenetexas 15-2-2014 04:41 PM
Chef mi segera ni pandai tak bezakan daun sadri dgn daun pakchi? Nampak sama tapi sebenarnya berbeza.
Quote scorpionkiki 15-2-2014 04:48 PM
sunshinelady posted on 15-2-2014 03:12 PM
ye ke?
mebbie daging tu halal kot.
mula2 aku tgk member2 gi uk slamba je makan kat macam2 rest ...

Betul... di sana at least ingredient yg ditulis mmg diyakini, sbb kalau tipu mmg cari pasal lah untuk authority ambik tindakan. Kita alert apa yg masuk dlm perut.
Quote hasniey 15-2-2014 05:01 PM
ai xpernah tgok dpur panas, tp ai xsike tea twist yg chef nik jd chef tu
sbb xkreatif, stkt wat teh ais, teh laici

harap2 chef2 muda yg segera ni pi laa bljr lg masak supaya lbeh kreatif & inovasi
good luck chef nik
Quote famri7 15-2-2014 05:12 PM
cef wan kan gemuk beruban dan tua bangka...dia nih pulak muda pastu muka cam pelakon...selayaknya musti dia  rasa jeles...tapi menggunakan isu rangcangan masak  tuk cover his ass..selayaknya la....



CHEF WAN Last edited by famri7 on 15-2-2014 05:15 PM

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top