Chef selebriti Malaysia Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada Rabu lepas mengkritik sebuah rancangan memasak terbitan TV3 termasuk chef muda yang menjadi hos program berkenaan iaitu Nik Michael Imran.
Beliau membuat kritikan itu di laman Instagramnya, mengatakan mengenai kurangnya kualiti dalam produksi pembikinan program masakan di Malaysia.
Chef Wan turut mengkritik kewujudan ramai chef selebriti di televisyen yang biarpun pengetahuan mereka tentang ilmu memasak dan kulinari masih baru.
Hari ini chef berkenaan, Nik Michael tampil menerusi laporan di Gua.com.my menjawab kritikan Chef Wan.
Iklan SK
“Saya tahu mengenai entri Chef Wan dalam Instagram miliknya. Gambar saya ada dalam entri tersebut, sudah tentulah saya terlibat tapi kalau tengok pada komen pula, TV3, tenaga produksi dan peserta Masterchef lain juga ada disebut dalam entri itu,” kata Nik.
Dalam kritikan itu sememangnya Chef Wan tidak melabelkan individu tertentu secara terperinci tetapi Nik Michael sebelum ini juga adalah bekas peserta program realiti masakan Masterchef terbitan Astro.
Menyentuh mengenai isu produksi, Nik Michael berkata kemungkinan Chef Wan kurang jelas dengan konsep rancangan berkenaan iaitu Dapur Panas yang berubah-ubah setiap minggu.
“Dari segi produksi, saya rasa kemungkinan dia kurang jelas yang sebenarnya konsep rancangan tersebut memang bertukar-tukar setiap minggu. Tapi jikalau nak bandingkan, memang produksi luar negara jauh berbeza dan jauh lagi perjalanan kita untuk ke sana. Mengenai komen kepada saya sendiri mengenai entri di instagramnya, saya enggan mengulas lanjut. Saya hormati pendapat dia dan dia ada hak untuk menyuarakan apa yang dia mahu,” katanya lagi.
Ketika ditanya adakah Nik akan mengambil pandangan Chef Wan sebagai salah satu pendorong untuk dirinya, Nik hanya membalas ringkas dengan mengatakan, “Semua orang mahu berubah menjadi yang lebih baik.” – IBNU K
http://www.siakapkeli.com/2014/0 ... tikan-chef-wan.html