CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 1794|Reply: 49

Brooklyn Beckham putuskan hubungan dengan keluarga

[Copy link]
Post time 20-1-2026 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2026 08:16 PM





Brooklyn Beckham putuskan hubungan dengan keluargaBrooklyn Beckham, anak sulung pasangan selebriti popular, David dan Victoria memutuskan hubungan dengan keluarganya.- Foto IG/Agensi


KUALA LUMPUR: Konflik membabitkan keluarga Beckham terus mendapat perhatian umum apabila Brooklyn, anak sulung pasangan selebriti popular, David dan Victoria memutuskan hubungan dengan keluarganya.

Menerusi muat naik panjang lebar di IG, Brooklyn, 26 mendakwa sudah tiba masanya untuk berkongsi kisah sebenarnya mengenai pelbagai dakwaan dibuat ibu bapanya yang disifatkan suatu pembohongan.

Menerusi muat naik panjang lebar di IG, Brooklyn, 26 mendakwa sudah tiba masanya untuk berkongsi kisah sebenarnya mengenai pelbagai dakwaan dibuat ibu bapanya yang disifatkan suatu pembohongan. - Foto IG

"Saya berdiam diri selama bertahun-tahun dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan perkara ini kekal bersifat peribadi.

"Namun malangnya, ibu bapa saya bersama pasukan mereka terus membawa isu ini kepada media, menyebabkan saya tidak mempunyai pilihan selain bersuara bagi mempertahankan diri dan mendedahkan kebenaran mengenai sebahagian daripada pembohongan yang diterbitkan.

"Saya tidak mahu berdamai semula dengan keluarga saya. Saya tidak dikawal oleh sesiapa, sebaliknya buat pertama kali dalam hidup, saya tampil mempertahankan diri sendiri," katanya menurut muat naik terbabit.

Dakwanya Brooklyn lagi, sepanjang hidup beliau, ibu bapanya mengawal naratif media mengenai keluarga mereka.
"Paparan media sosial yang bersifat lakonan selain majlis keluarga serta hubungan yang tidak tulen sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan yang saya lalui sejak dilahirkan.

"Baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri sejauh mana mereka sanggup menyebarkan pelbagai pembohongan di media, kebanyakannya dengan mengorbankan individu yang tidak bersalah, hanya untuk mengekalkan imej mereka.

"Namun saya percaya, kebenaran akhirnya akan terserlah," katanya.
Brooklyn menerusi muat naik itu turut mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya bersama isteri, Nicola sebelum perkahwinan mereka dan berterusan sehingga kini.

"Ibu saya membatalkan penyediaan gaun perkahwinan Nicola pada saat-saat akhir, walaupun Nicola begitu teruja untuk mengenakan rekaan terbabit, sekali gus memaksanya mencari gaun baharu dalam keadaan tergesa-gesa.

"Beberapa minggu sebelum hari perkahwinan, ibu bapa saya berulang kali menekan dan cuba menyogok saya supaya menandatangani perjanjian melepaskan hak ke atas nama saya, yang akan memberi kesan kepada saya, isteri serta anak-anak kami pada masa hadapan.

"Mereka berkeras mahu saya menandatangani perjanjian itu sebelum tarikh perkahwinan kerana terma perjanjian akan berkuat kuasa sebaik sahaja ditandatangani.

"Keengganan saya menjejaskan bayaran yang mereka harapkan, dan sejak itu mereka tidak lagi melayan saya seperti dahulu," dakwanya.
Beliau mendakwa, malam sebelum perkahwinan, ahli keluarganya memberitahu bahawa Nicola 'bukan darah daging' dan 'bukan keluarga'.

"Sejak saya mula mempertahankan diri dalam keluarga, saya menerima serangan tanpa henti daripada ibu bapa saya, sama ada secara peribadi mahupun terbuka, yang disalurkan ke media atas arahan mereka.

"Malah, adik-beradik lelaki saya turut diarahkan menyerang saya di media sosial sebelum mereka tiba-tiba menyekat saya pada musim panas lalu," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu turut mendakwa isterinya berulang kali diperlakukan dengan tidak hormat oleh keluarga mereka, meskipun Brooklyn dan Nicola berusaha sedaya upaya untuk bersatu sebagai satu keluarga.

"Ibu saya juga berulang kali mengundang wanita daripada masa lalu saya ke dalam kehidupan kami dengan cara yang jelas bertujuan menimbulkan rasa tidak selesa.

"Walaupun begitu, kami tetap ke London bagi meraikan hari lahir ayah saya, namun kami dipinggirkan selama seminggu ketika menunggu di hotel sambil cuba merancang masa berkualiti bersamanya.

"Dia menolak semua usaha kami kecuali jika ia berlangsung di majlis hari lahirnya yang besar dengan kehadiran ratusan tetamu serta kamera di setiap penjuru.

"Apabila dia (David) akhirnya bersetuju untuk bertemu saya, namun dengan syarat Nicola tidak dijemput. Ia benar-benar satu penghinaan," katanya.
Brooklyn dan Nicola menetap bersama di Amerika Syarikat (AS) sejak perkahwinan mereka pada 2022.

Berkongsi lanjut, Brooklyn menjelaskan naratif bahawa isterinya mengawal beliau disifatkan tidak benar. Hakikatnya, saya dikawal oleh ibu bapa saya dan membesar dengan keresahan melampau.

"Buat pertama kali dalam hidup, sejak menjauhkan diri daripada keluarga saya, keresahan itu hilang. Setiap pagi saya bangun dengan rasa syukur atas kehidupan yang saya pilih, dan saya akhirnya menemui ketenangan serta kelegaan," kongsinya.

Brooklyn menegaskanya beliau dan isteri tidak mahukan kehidupan yang dibentuk oleh imej, liputan media atau manipulasi.
"Apa yang kami inginkan hanyalah keamanan, privasi dan kebahagiaan untuk kami serta keluarga yang bakal dibina.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 02:30 PM | Show all posts
Family ni bukan well known toxic ke dari dulu, tetiba sesejak 4-5 tahun ni suci sejak jadi petani pencen.

Yang lagi lawak ramai le Melayu komen cakap pasal anak derhaka si Brooklyn, padahal kat sana semua tau parents dia ni memang toxic potray hidup terpaling perfect. Jumud sangat ingat asal parents je terpaling betul.

Si Victoria tu siap ajak ex GF Brooklyn masa party malam sebelum majlis kawen anak nye. Mak jenih berebut lime light dengan anak pon
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bitchy nyer ko victoria.aku rasa david pun terpaksa ngikut je cam dayus
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 02:47 PM | Show all posts
brooklyn is living in brooklyn, new york, is it??




btw dek brooklyn ni keje ape ehhh

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 03:13 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2026 02:47 PM
brooklyn is living in brooklyn, new york, is it??

katanya bersama masa atas brooklyn bridge dpt si budak ni so terus dinamakan brooklyn.. haha!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 03:17 PM | Show all posts
cmf_PariS replied at 20-1-2026 03:13 PM
katanya bersama masa atas brooklyn bridge dpt si budak ni so terus dinamakan brooklyn.. haha!

hamboihhh

dah macam acik2 kampung

based on persekitaran je

terus sauk bg nama kt anak



but seriously, on the bridge???


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 03:25 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2026 02:47 PM
brooklyn is living in brooklyn, new york, is it??

chef kan. Sblm tu soccer player , pastu model , pastu buat buku photography. Semua tak menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 03:29 PM | Show all posts
borrow replied at 20-1-2026 03:25 PM
chef kan. Sblm tu soccer player , pastu model , pastu buat buku photography. Semua tak menjadi.

brooklyn ni klu bukan anak beckham dan kawin dgn anak org kaya dia bukan sapa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 03:32 PM | Show all posts
borrow replied at 20-1-2026 03:25 PM
chef kan. Sblm tu soccer player , pastu model , pastu buat buku photography. Semua tak menjadi.

wow

umur 26 dah buat macam2 keje



bagus2

it's time utk build ur own career

no more shadow from his parents

u r nobody klu bkn sbb 2 nama tu



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit dan kaya pun tak guna, porak peranda juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:02 PM | Show all posts
so acik2 por dapat apa dr berita yinnihh? makan kat rembayung KA payung ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:05 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 20-1-2026 03:17 PM
hamboihhh

dah macam acik2 kampung

yes i read la dulu kt mag.. rasa dlm keter hahahahahaha lalu ataih bridge tu lol malas pula aku nk bayangkan.. hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:03 PM | Show all posts
Buat je realiti program.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanye terpaling classy tak sangka pulak spesis mertua dlm krt jugek jeles dgn anak menantu. Tapi menantu anak org kayo kan. Mananye nak ikut telunjuk acik .
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mader in law from hell ghopernyer acik Posh. Mentang2 laki buat hal dengan acik Bekah Loos ari tu terus ko acah terpaling most beautiful woman kan? Mak mertua from hell exists indeed
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 20-1-2026 11:53 PM

Bini dengan mak dua² diva agaknye tak nak mengalah. Nicola tu pun banyak je gossip diva. Brooklyn nepo ni kerja apa je pun, dulu² hidup dipayungi parents millionaire, sekarang hidup dipayungi PIL billionaire. Dua² nepo kids  kerja pun ala² hobi je, ada apahal tetap boleh hidup mewah dipayungi.

Harry 2.0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 07:30 AM | Show all posts
Adakah ai percaya Posh n Becks nih sejenis toxic parents? Opkos. Dia org memang control sgt imej dan brand name. Termasuklah anak2. Si bini nak jd fashion designer dan businesswoman berjaya, si laki pulak tgh berangan nak dpt knighthood. Psl tu la the Beckhams buat derk jah kisah2 kesundalan DB. Ingat lagi gambar paparazi masa mula2 preggy anak sulung nih, beria2 VB cover perut dgn henbeg la, jaket la. Sekali anak tu bila dah besar pergi selak kisah dlm kain korang sekeluarga

Ai jugak percaya Brooklyn nih spoilt brat. Antara nepo baby yg tak menjadi, main bola la, jd photographer la - makpak yg sponsor dia belajar kat Parson School of Design yg penuh prestij tuh. Last2 ambik gambar gajah mcm guna kaki jer. Sedeyyhh Sekarang dia cosplay jd chep masak2 pulak hahaha

Nicola pun bukan inesen sgt. MAGA billionaire princess yg dikatakan suka buli pekerja2 bawahan keluarga dia. the Hadid girls tak suka minah nih sbb control adik jantan dia org yg masa tu muda sgt banding dgn umur Nicola. Apapun Posh dan menantunya ada persamaan jugaklah - dua2 tak suka mak mertua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 20-1-2026 04:59 PM

Issue nya beckham family ini famous ka di america?.. Aku sendiri kenal beckham famous ketika main di LA galaxy itu pun sebab news and posh spice girl.... Sebab bagi aku lebih famous players dari NBA... NFL.. MLB... Least popular golf.. tennis.. Boxing.. Motospotrs...

Maybe ini brits thingy... Family value... Seperti harry.... Caucasian sujud syukur if anak mampu independent..... Asal kan jadi manusia...anak sudah grown ass man dia pilih own path... Parents and siblings stop malu kan heshe di public..memang meminta anak bagi statement untuk malu kan family sendiri apabila tiada private life/marriage jadi defensive mode... . Family matters is not sale.. Stoop low seperti the kardashian
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 09:18 AM | Show all posts
itular, bila ada duit 7 keturunan tak habis, jadi gini la

ni nasib baik dua-dua side kayo, kira bukan kes kacang lupakan kulit la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049988 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list