CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Kerana Tekanan Hutang

18-2-2014 03:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7556| Komen: 24


Gombak: Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam.

Mangsa Lim Wei Keong, 39, ditemui mati oleh ahli keluarganya jam 6 pagi di dalam kereta PROTON Saga miliknya selepas bapanya yang ingin keluar terkejut   mendapati anaknya itu tidak bergerak.

Ibu mangsa   hanya mahu dikenali sebagai Lim, 60-an berkata, sebelum kejadian, anaknya pulang ke rumah seperti biasa  jam 11 malam dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Menurutnya, anaknya itu sempat meminta dia menyediakan secawan kopi sebelum masuk tidur menyebabkan dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Bagaimanapun pagi ini (semalam) ketika suami saya ingin keluar untuk menjual sayur, dia mendapati kereta anak saya menghalang lorinya.

“Sebaik diperiksa, suami mendapati anak  saya dalam kereta itu dengan keadaan tidak sedarkan diri ,” katanya.

Lim berkata, mereka turut menemui paip yang disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.

“Kami kemudian menghubungi ambulans dan polis. Saya percaya anak saya membunuh diri kerana tertekan selepas berhutang dengan along sebanyak RM300,000.

“Dua hari lalu anak saya turut dibelasah along terbabit di kawasan perumahan kami selepas gagal membayar wang itu. Kami sendiri baru mengetahui anak    berhutang selepas kejadian tempoh hari,” katanya.

Menurutnya, mereka percaya anaknya berhutang dengan along kerana ketagih berjudi kerana perniagaan menjual telefon bimbit milik anaknya itu tidak mengalami masalah kewangan.

“Kami juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri ditinggalkannya dan masih terkejut dengan kejadian ini.

“Anak saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, malah cucunya itu masih belum mengetahui bapanya sudah tiada,” katanya.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

32

Bagus
35

Marah
18

Terkejut
24

Sedih
28

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote genchi 18-2-2014 12:46 PM
kalu sudah gila judi.. last2 bunuh diri..
lalalalalala aa
Quote namirulmukminin 18-2-2014 12:49 PM
Sebab tu lah judi diaharamkan.... Riba pon diharamkan.... Ni la akibatnya.....
Quote reeny 18-2-2014 12:58 PM
pinjam along, jalan singkat utk pendek umur
Quote bluberi 18-2-2014 01:14 PM
sian la kat parents dia kalau pasni along tu mintak kat famili pulak
Quote spiderman80 18-2-2014 01:17 PM
Cina kalau ketagih berjudi pasti akan pinjam duit ngan Ah Long.
Quote ienna2403 18-2-2014 01:19 PM
agak agak along tu cari family dia x?
kalau cari.. kesiannye..
Quote gogo2 18-2-2014 01:20 PM
baguslah begitu. Takyah menyusahkan org lain.
Quote gogo2 18-2-2014 01:21 PM
STONER posted on 18-2-2014 12:59 PM
blom apa2 dah bunuh diri. lagi senang keje along

senang? sape nak bayar RM300,000 sekarang? Along sekarang tenat beb.

Tapi mungkin Along pinjam RM30,000. Tapi sudah jadi RM300,000 akibat bunga.
Quote gogo2 18-2-2014 01:21 PM
ienna2403 posted on 18-2-2014 01:19 PM
agak agak along tu cari family dia x?
kalau cari.. kesiannye..

tiap2 minggu mungkin ada cat merah kat rumah.
Quote perang_candu 18-2-2014 01:29 PM
ni malaysia masih aman makmur
Quote R2D2 18-2-2014 01:31 PM
gogo2 posted on 18-2-2014 01:21 PM
senang? sape nak bayar RM300,000 sekarang? Along sekarang tenat beb.

Tapi mungkin Along pinjam ...

along pulak pinjam kat bank

Quote naina 18-2-2014 01:37 PM
Ksian kt fmly la klu along tu nk tuntut jugk
tula akibat pnjm along
I keje bank sebelum ni
and dpt call from customer
cte die xleh byr loan sbb along pgng kad atm die

Ada lg satu cte, walau pon dh byr hbs
along ni ttp bank in duit yg konon2 mereka pnjm lg
so mesti kena dgn bunga2 skali kn
sadiss..say no to Ah long
Quote kluangman 18-2-2014 02:12 PM
R2D2 posted on 18-2-2014 01:31 PM
along pulak pinjam kat bank

Along kecil biasanya pinjam dengan along besar.
Masaklah ko along kecil kena empuk dgn along besar.
Quote Acong 18-2-2014 03:30 PM
ok laa...... kurang sekoq sampah masyarakat
Quote R2D2 18-2-2014 04:11 PM
nanti along simbah cat merah kat kubur pulak
Quote batmana 18-2-2014 04:17 PM
along patut dihukum bunuh aja..lebih bahaya dari komunis, ngn zionis..
Quote nurul_akmar 18-2-2014 05:00 PM
sng kan. bunuh diri. x fikir family yg ditinggalkan tu
Quote BotakChinPeng 19-2-2014 08:15 AM
R2D2 posted on 18-2-2014 04:11 PM
nanti along simbah cat merah kat kubur pulak

Bahahahaha
Quote BotakChinPeng 19-2-2014 08:42 AM
Gua turut simpati

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070938 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top