CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Hutang Rm500, Tukang Masak Mati Dibelasah

10-11-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3943| Komen: 11

Description: "Tiada Sebarang Kesan Tikaman Pada Tubuh Mangsa. Susulan Kejadian Itu, Polis Menahan Seorang Lelaki Warga India Berusia Lingkungan 20 Tahun, Yang Berada Di Sebuah Kedai Berdekatan Dengan Lokasi Keja ...
Angkara Hutang Rm500, Tukang Masak Mati Dibelasah


KUALA LUMPUR - Akibat tidak melangsai hutang sebanyak RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah sehingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan di sini, tengah hari ini.     


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, dalam kejadian jam 1.47 tengah hari itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
   
Beliau berkata, polis menemui mayat Hukumdev Sah Raghunath Sah, 39, yang berada dalam keadaan terbaring di dalam tandas restoran yang berkunci dari luar.
   
"Tiada sebarang kesan tikaman pada tubuh mangsa. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 20 tahun, yang berada di sebuah kedai berdekatan dengan lokasi kejadian.
   
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berhutang RM500 dengan suspek dan enggan membayar balik menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka," katanya di sini, hari ini.
   
Katanya, suspek telah menumbuk di muka dan di dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum menarik mangsa ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas itu.
   
Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

13

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SoalanSaya 8-11-2014 11:10 PM
Bukan pasal hutang, tp pasal xhormat. dh pinjam taknak bayar. nk memperbodohkan peminjam sgt. kurang ajar. ambik la kauuuu
Quote hydrocloric 9-11-2014 12:49 AM
pasal hutang 500 tuh jugak dia kena gantung.. nanti..kalau didapati bersalah..
Quote slyfynx 9-11-2014 12:53 AM
RM500 tu satu hal, yang buat pemituang tu geram sbb die ckp xmo bayar tu.
Kalau aku pun geram
Quote lavalive 9-11-2014 01:22 AM
Harap dino ambik iktibar..

Hutang tak mampu bayar kalu jgn jadi puaka kutuk si pemberi hutang pulak..kan dah arwah..

Quote mak_wa95 9-11-2014 07:24 AM
sakit hati...time nak berhutang bukan main baik..

time nak bayar liat..

Quote mehmet 9-11-2014 07:42 AM
hutang? susah bayar?  ...contoh ptptn? boleh?
Quote boyagombak 9-11-2014 09:06 AM
Dia ptt tumbuk itu tarak mahu byr hutang balik Yindia. Case closed
Quote BotakChinPeng 10-11-2014 08:39 PM
Ayyoyyoooo
Quote lavaApps 10-11-2014 08:54 PM
boyagombak posted on 9-11-2014 09:06 AM
Dia ptt tumbuk itu tarak mahu byr hutang balik Yindia. Case closed

Ya betul..

Tarak bayar hutang kalu kasi tumbuk sedas dua dulu baru antar nama p ctos..



Quote nebulagazer 10-11-2014 08:57 PM
Ala kalo tak gantung dpt makan free berak cangkung
Apa ade hal
Rakyat malaysia baik je bg duit free
Quote Modngengade 10-11-2014 09:08 PM
Saya sarankan penghutang tegar ptptn dibelasah seperti ini...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058391 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top