Kepala Batas: Mulanya dua wanita Indonesia dijemput ke negara ini kononnya untuk menghadiri majlis kenduri namun sebaliknya ‘dijual’ kepada tauke sebuah pasar mini di sini, yang mengambil mereka bekerja tanpa dibayar gaji. Kemalawati Abdul Rais, 55, dan saudaranya Salwani Abdullah Sani, 45, mendakwa mereka ‘dibeli’ tauke terbabit pada harga RM13,000 sebelum diarah bekerja di pasar mini manakala pas lawatan sosial mereka disimpan individu bekerja di sebuah agensi pelancongan. Menurut Salwani, mulanya mereka dijemput menghadiri majlis kenduri dan masuk ke negara ini pertengahan tahun lalu. “Kami diberitahu ejen kami akan berada di negara ini hanya dua minggu, tetapi sebaliknya kami ‘dijual’ kepada seorang tauke dan diarah bekerja di sebuah pasar mini dekat sini. “Kami hanya diberi makan dan tempat tidur tanpa dibayar gaji dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari,” katanya. Selain bekerja di pasar mini terbabit Salwani berkata, dia juga dibawa ke rumah tauke itu di Taman Senangan, Butterworth untuk membuat kerja rumah. Tidak tahan keadaan itu, dia melarikan diri dari rumah majikannya Isnin lalu ke Butterworth sebelum menghubungi kakak iparnya Leliana Sarudin, 48. Salwani tidak sempat memaklumkan kepada Kemalawati yang masih bekerja di pasar mini itu dia sudah melarikan diri sebaliknya membuat aduan kepada Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya. Susulan itu, sepasukan penguat kuasa imigresen diketuai Ketua Penguat Kuasanya Basri Othman menyerbu pasar mini terbabit jam 8.30 pagi semalam dan menyelamatkan Kemalawati. Salwani dan Kemalawati tidak dapat menahan sebak sebaik dapat bertemu semula sebelum dibawa ke pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Basri berkata, dua wanita Indonesia terbabit cuba disembunyikan sebelum diarah bekerja di sebuah pasar mini milik seorang wanita tempatan berusia 50-an. Katanya, wanita itu juga dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. “Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dua wanita Indonesia terbabit dijual pihak tertentu kepada pemilik pasar mini itu untuk mendapatkan keuntungan mudah,” katanya. KEMALAWATI (kanan) memeluk Salwani selepas diselamatkan penguat kuasa imigresen, semalam
|
“Kami hanya diberi makan dan tempat tidur tanpa dibayar gaji dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari,” katanya.
MelahJanda posted on 30-1-2014 10:10 AM
laaa.. dah sah-sahla ko masuk negara ni pakai 'ejen'
nak gi rumah org kawin konon..nak gi rumah org ...
MelahJanda posted on 30-1-2014 10:10 AM
laaa.. dah sah-sahla ko masuk negara ni pakai 'ejen'
nak gi rumah org kawin konon..nak gi rumah org ...
sashin posted on 30-1-2014 10:25 AM
bacer la betui2...agen perlancongan la der..
rakyat kita ni suka sangat pandang rendah pada ind ...
ADVERTISEMENT