View: 6266|Reply: 56
|
[Tempatan]
{15} Niat datang utk bertamu rupanya utk dijamu! pic
[Copy link]
|
|
30 Januari 2014
Kepala Batas: Mulanya dua wanita Indonesia dijemput ke negara ini kononnya untuk menghadiri majlis kenduri namun sebaliknya ‘dijual’ kepada tauke sebuah pasar mini di sini, yang mengambil mereka bekerja tanpa dibayar gaji.
Kemalawati Abdul Rais, 55, dan saudaranya Salwani Abdullah Sani, 45, mendakwa mereka ‘dibeli’ tauke terbabit pada harga RM13,000 sebelum diarah bekerja di pasar mini manakala pas lawatan sosial mereka disimpan individu bekerja di sebuah agensi pelancongan.
Menurut Salwani, mulanya mereka dijemput menghadiri majlis kenduri dan masuk ke negara ini pertengahan tahun lalu.
“Kami diberitahu ejen kami akan berada di negara ini hanya dua minggu, tetapi sebaliknya kami ‘dijual’ kepada seorang tauke dan diarah bekerja di sebuah pasar mini dekat sini.
“Kami hanya diberi makan dan tempat tidur tanpa dibayar gaji dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari,” katanya.
Selain bekerja di pasar mini terbabit Salwani berkata, dia juga dibawa ke rumah tauke itu di Taman Senangan, Butterworth untuk membuat kerja rumah.
Tidak tahan keadaan itu, dia melarikan diri dari rumah majikannya Isnin lalu ke Butterworth sebelum menghubungi kakak iparnya Leliana Sarudin, 48.
Salwani tidak sempat memaklumkan kepada Kemalawati yang masih bekerja di pasar mini itu dia sudah melarikan diri sebaliknya membuat aduan kepada Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya.
Susulan itu, sepasukan penguat kuasa imigresen diketuai Ketua Penguat Kuasanya Basri Othman menyerbu pasar mini terbabit jam 8.30 pagi semalam dan menyelamatkan Kemalawati.
Salwani dan Kemalawati tidak dapat menahan sebak sebaik dapat bertemu semula sebelum dibawa ke pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Basri berkata, dua wanita Indonesia terbabit cuba disembunyikan sebelum diarah bekerja di sebuah pasar mini milik seorang wanita tempatan berusia 50-an.
Katanya, wanita itu juga dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dua wanita Indonesia terbabit dijual pihak tertentu kepada pemilik pasar mini itu untuk mendapatkan keuntungan mudah,” katanya.
p/s bibik oh bibik...blum tentu dtg sini bisa mewah...
|
|
|
|
|
|
|
|
KEMALAWATI (kanan) memeluk Salwani selepas diselamatkan penguat kuasa imigresen, semalam |
|
|
|
|
|
|
|
“Kami hanya diberi makan dan tempat tidur tanpa dibayar gaji dan bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari,” katanya.
mmg sebijik mcm hamba abdi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyer mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian plak aku tgk gambar tuh |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya.... dah la kat negara sendiri susah... datang ke sini diperlakukan sebegini lak lagi, huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
malas amek tahu citer2 indon ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pemerdagangan manusia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.
Isi kandungan
[sorokkan] 1 Pemerdagangan manusia di Malaysia
2 Lihat juga
3 Rujukan
4 Pautan luar
Pemerdagangan manusia di Malaysia[sunting sumber]
Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.
Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.
Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. Ramai pekerja asing di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. Perampasan pasport oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.
Namun begitu amalan ini dilaporkan telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia dan Malaysia belum meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.
Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO, bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah menurun daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini menganggarkan bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara haram. 90% daripada pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia telah dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China dan Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.
Walaupun Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia, ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu. Sebagai contoh, undang-undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah baik - Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. Walaupun kerajaan meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Migran sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak menyiasat dan mendakwa secara berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling yang kurang berkesan oleh pihak berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan.[1]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sial tol ler manusia manusia yang abused manusia manusia lain utk kepentingan diri sendiri cam nie ...
ingat manusia ni ada hak ker utk mengambil manusia lain utk dimiliknegarakan ..seolah olah nak dijadikan reta peribadi...
semuga dua mocik ni akan selamat kembali ke kampung berjumpa dengan kaum family saudara mara deyols kat indon tue |
|
|
|
|
|
|
|
laaa.. dah sah-sahla ko masuk negara ni pakai 'ejen'
nak gi rumah org kawin konon..nak gi rumah org kawin mana pulak pakai ejen... samdolnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk mengelirukan.
Ingatkan diorang ni dijamu. Rupanya nak dijadikan lauk. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang percayalah dengan wayang si indon nih.dah masak sangat dengan cerita pembohong mcmni.
-lari dari majikan sbb terinaya...lari dari majikan sebab diseksa...lari dari majikan sbb kena paksa mkn babi...lari dari majikan sebab tak dibayar gaji....indon indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 30-1-2014 10:10 AM
laaa.. dah sah-sahla ko masuk negara ni pakai 'ejen'
nak gi rumah org kawin konon..nak gi rumah org ...
kenaifan mereka dieksploit habis2an oleh samdol yang sebenarnya
|
|
|
|
|
|
|
|
macam ada bau2 ikan sikit citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 30-1-2014 10:10 AM
laaa.. dah sah-sahla ko masuk negara ni pakai 'ejen'
nak gi rumah org kawin konon..nak gi rumah org ...
bacer la betui2...agen perlancongan la der..
rakyat kita ni suka sangat pandang rendah pada indo/bangla/n ect..
sampai kita lupa yang derang pun manusia jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian...erm...mnusia2... |
|
|
|
|
|
|
|
sashin posted on 30-1-2014 10:25 AM
bacer la betui2...agen perlancongan la der..
rakyat kita ni suka sangat pandang rendah pada ind ...
percayalah sangat ngan indon ni
kita ni kalau asik nak bersangka baik je ngan diorg...pastu kena pijak
masih sengih lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Memalukan Malaysia je malaun tokey mini mart tu. Budus....org tua dibuat mcm hamba...patutnya dihormati walau apa warganegara dia sekalipun hatta Indon, Bangla etc..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|