CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Jumpa Pari Gergasi

23-12-2013 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10078| Komen: 60

                                                                             
Mohd Nor (kanan) dan Mohd Nor Fahmi (kiri) dan dua lagi rakan mereka memegang ikan gergasi ditemui di Pantai Sekendi.                                                                                                                                   
SABAK BERNAM – “Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air,” kata  seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, di sini, tengah hari, semalam.
       
Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.
       
Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.
       
“Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ,” katanya kepada Sinar Harian.
       
Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.
       
“Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan,” katanya.
       
Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.
       
“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut,” katanya.
       
Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.
       
“Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 23-12-2013 08:52 AM
Boleh makan ke ikan pari kaler rimo lagu ni? Kalau masak asam pedas melaka style berapa orang bole makan agaknya? Takpun kita buat ikan pari bakar cicah air asam..gulppp..
Quote Loxlaxman 23-12-2013 08:52 AM
Corak ikan pari ni macam underwear Tarzan jer aku tengok ...Pari Tarzan gamaknya..
Quote sekngucing 23-12-2013 08:57 AM
ni nama dia leopard whipray
spesis ikan air masin yg besaq
Quote rifaa 23-12-2013 08:57 AM
cantik corak pari tu
Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 08:58 AM
pari pun boleh takajut dengan kehadiran beliyau
Quote duyong95 23-12-2013 08:58 AM
abeh la spesis parey
Quote rospinki 23-12-2013 08:59 AM
sekngucing posted on 23-12-2013 08:57 AM
ni nama dia leopard whipray
spesis ikan air masin yg besaq

Ni kalau ladygaga tengok maunya teringin buat baju tutup celah tu je..haha
Quote ellZack 23-12-2013 08:59 AM
untunglah iols tak suka ikan pari..
kalau tak, harus terliur orang tulis masak asam pedas or bakar makan dgn air asam..
tapi yg selalu makan tu bukan ke kalaer grey semua ke?
ke yang tu yang dah siap siang semua?
Quote sekngucing 23-12-2013 09:02 AM
yg warna grey tu nama dia stingray kak
ada spesis air masin dan tawar
spesis air tawarorg panggil ikan mentuka
Quote none88 23-12-2013 09:13 AM
waaaa...bapaakk besoooo....
takut plakk nak makan...
Quote darkness 23-12-2013 09:25 AM
Pari jenis ni tidak boleh makan ka?
Quote mitnick 23-12-2013 09:32 AM
beracun x nie?
Quote niceghost2005 23-12-2013 09:41 AM
rospinki posted on 23-12-2013 08:52 AM
Boleh makan ke ikan pari kaler rimo lagu ni? Kalau masak asam pedas melaka style berapa orang bole m ...

Ikan pari yg sebesaq ini, TAK SEDAP kalau di masak/makan.
Isi dia......MEDAK. (loghat Kedah)

Aku dulu tangkap kat Afrika Selatan/Jamaica sekoq.
Saiz dia lebih besaq dari meja bulat yg kat restaurant cina.

Menyesal aku.............
Baik aku lepaih jer.

Ekoq dia sebesaq lengan aku.
Ujung dia ada duri tercacak cacak mcm dinosaur.
Quote Mamason 23-12-2013 09:44 AM
uishhh...besor nyer... boleh makan ke? Begitulah kekuasaan Allah... syabas pada adik2 nie...berjaya menaikkan ikan sebesar ini ke darat.
Quote DumBell 23-12-2013 09:48 AM
pari bunga tuu..pari paling sodap kalau nak buat bakar


Quote PEPPERMAN 23-12-2013 10:16 AM
kenapa tak dilepaskan kembali ke laut time tu?
Quote Cakkkk....aaaa 23-12-2013 10:20 AM
Aiseyyy.... baru jah balik mancing kat sabak bernam weekend lepas... tak sangkut plak kat pancing aku...

kalau tidak....
Quote leylapple 23-12-2013 10:23 AM
niceghost2005 posted on 23-12-2013 09:41 AM
Ikan pari yg sebesaq ini, TAK SEDAP kalau di masak/makan.
Isi dia......MEDAK. (loghat Kedah)

sama mcm kes kerapu la..

kalo besar sangat hilang nikmat daging dia..

sebab isi dia mcm keras dan takder rasa...
Quote niceghost2005 23-12-2013 10:26 AM
leylapple posted on 23-12-2013 10:23 AM
sama mcm kes kerapu la..

kalo besar sangat hilang nikmat daging dia..

Ini lah SIKAP oghang 1Malaysia.

Jumpa ulaq sawa besaq sikit.................tembak!!
Jumpa boya...................tembak, mesigun, bom tangan, missile......

Pantang jumpa yg pelik pelik or besaq dari biasa.........
Semua depa nak musnah n ambik gambaq n tunjuk kat oghang.
Penyu mati...............ghamai2 ambik gambaq.


Kalau dlm FB, nak beghak pung.............nak bagitau oghang!!





Aduhhhhh.................
p/s FB is not a diary

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.085912 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top