View: 6926|Reply: 60
|
Yahoo!makan besaq: Remaja jumpa pari gergasi
[Copy link]
|
|
Mohd Nor (kanan) dan Mohd Nor Fahmi (kiri) dan dua lagi rakan mereka memegang ikan gergasi ditemui di Pantai Sekendi.
SABAK BERNAM – “Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air,” kata seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, di sini, tengah hari, semalam.
Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.
Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.
“Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.
“Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.
“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut,” katanya.
Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.
“Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/se ... ri-gergasi-1.233166
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh makan ke ikan pari kaler rimo lagu ni? Kalau masak asam pedas melaka style berapa orang bole makan agaknya? Takpun kita buat ikan pari bakar cicah air asam..gulppp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Corak ikan pari ni macam underwear Tarzan jer aku tengok ...Pari Tarzan gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni nama dia leopard whipray
spesis ikan air masin yg besaq |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pari pun boleh takajut dengan kehadiran beliyau |
|
|
|
|
|
|
|
abeh la spesis parey |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 23-12-2013 08:57 AM
ni nama dia leopard whipray
spesis ikan air masin yg besaq
Ni kalau ladygaga tengok maunya teringin buat baju tutup celah tu je..haha |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah iols tak suka ikan pari..
kalau tak, harus terliur orang tulis masak asam pedas or bakar makan dgn air asam..
tapi yg selalu makan tu bukan ke kalaer grey semua ke?
ke yang tu yang dah siap siang semua? |
|
|
|
|
|
|
|
yg warna grey tu nama dia stingray kak
ada spesis air masin dan tawar
spesis air tawarorg panggil ikan mentuka |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa...bapaakk besoooo....
takut plakk nak makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Pari jenis ni tidak boleh makan ka? |
|
|
|
|
|
|
|
beracun x nie? |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 23-12-2013 08:52 AM
Boleh makan ke ikan pari kaler rimo lagu ni? Kalau masak asam pedas melaka style berapa orang bole m ...
Ikan pari yg sebesaq ini, TAK SEDAP kalau di masak/makan.
Isi dia......MEDAK. (loghat Kedah)
Aku dulu tangkap kat Afrika Selatan/Jamaica sekoq.
Saiz dia lebih besaq dari meja bulat yg kat restaurant cina.
Menyesal aku.............
Baik aku lepaih jer.
Ekoq dia sebesaq lengan aku.
Ujung dia ada duri tercacak cacak mcm dinosaur. |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh...besor nyer... boleh makan ke? Begitulah kekuasaan Allah... syabas pada adik2 nie...berjaya menaikkan ikan sebesar ini ke darat. |
|
|
|
|
|
|
|
pari bunga tuu..pari paling sodap kalau nak buat bakar
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak dilepaskan kembali ke laut time tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aiseyyy.... baru jah balik mancing kat sabak bernam weekend lepas... tak sangkut plak kat pancing aku...
kalau tidak.... |
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 23-12-2013 09:41 AM
Ikan pari yg sebesaq ini, TAK SEDAP kalau di masak/makan.
Isi dia......MEDAK. (loghat Kedah)
sama mcm kes kerapu la..
kalo besar sangat hilang nikmat daging dia..
sebab isi dia mcm keras dan takder rasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 23-12-2013 10:23 AM
sama mcm kes kerapu la..
kalo besar sangat hilang nikmat daging dia..
Ini lah SIKAP oghang 1Malaysia.
Jumpa ulaq sawa besaq sikit.................tembak!!
Jumpa boya...................tembak, mesigun, bom tangan, missile......
Pantang jumpa yg pelik pelik or besaq dari biasa.........
Semua depa nak musnah n ambik gambaq n tunjuk kat oghang.
Penyu mati...............ghamai2 ambik gambaq.
Kalau dlm FB, nak beghak pung.............nak bagitau oghang!!
Aduhhhhh.................
p/s FB is not a diary |
|
|
|
|
|
|
| |
|