Bapa mangsa, Tiw Soong Bing berkata, seperti kebiasaan anaknya Tiw Kian Poh, bermain di taman permainan itu bersama anak sulungnya kira-kira jam 5 petang. Dia yang turut berada di taman berkenaan tiba-tiba terkejut apabila mendengar tangisan anak lelaki bongsunya dan mendapati tangan anaknya sudah terkulai serta tidak boleh bergerak. Cemas dengan kejadian itu, Soong Bing mendakwa dia terus membawa anaknya ke hospital dan doktor memaklumkan anaknya perlu menjalani pembedahan kerana tulang siku patah. Soong Bing mendakwa dia kesal kerana taman permainan itu kini menjadi lokasi berbahaya untuk kanak-kanak. Dakwanya, sebelum ini seorang kanak-kanak juga pernah terjatuh di taman berkenaan dipercayai kerana reka bentuk peralatan membahayakan selain sudah pecah. Tidak cukup dengan kekurangan itu, dakwanya, tanah di taman permainan juga mempunyai banyak lubang dan tidak diselenggara dengan baik. “Bukan sahaja budak kecil, orang besar juga boleh tersadung sekiranya kaki termasuk dalam lubang yang dalam. Memang tidak nampak lubang berkenaan kerana diliputi oleh rumput,” katanya. Katanya, perkara itu sudah diadukan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan pihaknya berharap tindakan dapat segera diambil bagi mengelakkan lebih banyak kecelakaan berlaku di taman rekreasi kanak-kanak itu. Dia juga memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan lampu jalan kerana lorong bersebelahan taman permainan terlalu gelap pada waktu malam.
|
gekkou posted on 11-12-2013 12:12 PM
dah tau mmg rosak
x payah lah bg anak pegi main kat sn
pantau ler...
Babai posted on 11-12-2013 12:54 PM
Selalunya permainan budak2 (bawah 12 tahun) ni rosak sebab budak2 besar yang main. Dan aku selalu je ...
Babai posted on 11-12-2013 12:54 PM
Selalunya permainan budak2 (bawah 12 tahun) ni rosak sebab budak2 besar yang main. Dan aku selalu je ...
ADVERTISEMENT