View: 2032|Reply: 16
|
[Jenayah]
Budak dua tahun patah tangan bermain kemudahan taman yang rosak
[Copy link]
|
|
DENGKIL – Gara-gara menggunakan peralatan permainan yang rosak, seorang kanak-kanak berusia dua tahun patah tangan kanan selepas terjatuh di taman permainan di Lorong 5, Taman Jade, Jumaat lalu.
Bapa mangsa, Tiw Soong Bing berkata, seperti kebiasaan anaknya Tiw Kian Poh, bermain di taman permainan itu bersama anak sulungnya kira-kira jam 5 petang.
Dia yang turut berada di taman berkenaan tiba-tiba terkejut apabila mendengar tangisan anak lelaki bongsunya dan mendapati tangan anaknya sudah terkulai serta tidak boleh bergerak.
Cemas dengan kejadian itu, Soong Bing mendakwa dia terus membawa anaknya ke hospital dan doktor memaklumkan anaknya perlu menjalani pembedahan kerana tulang siku patah.
Soong Bing mendakwa dia kesal kerana taman permainan itu kini menjadi lokasi berbahaya untuk kanak-kanak.
Dakwanya, sebelum ini seorang kanak-kanak juga pernah terjatuh di taman berkenaan dipercayai kerana reka bentuk peralatan membahayakan selain sudah pecah.
Tidak cukup dengan kekurangan itu, dakwanya, tanah di taman permainan juga mempunyai banyak lubang dan tidak diselenggara dengan baik.
“Bukan sahaja budak kecil, orang besar juga boleh tersadung sekiranya kaki termasuk dalam lubang yang dalam. Memang tidak nampak lubang berkenaan kerana diliputi oleh rumput,” katanya.
Katanya, perkara itu sudah diadukan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan pihaknya berharap tindakan dapat segera diambil bagi mengelakkan lebih banyak kecelakaan berlaku di taman rekreasi kanak-kanak itu.
Dia juga memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan lampu jalan kerana lorong bersebelahan taman permainan terlalu gelap pada waktu malam.
http://www.sinarharian.com.my/ed ... tah-tangan-1.229438
|
|
|
|
|
|
|
|
budak 2 tahun lagi..
perlu pengawasan yang rapi..
semua harap majlis perbandaran..
xboleh ke sekali sekala penduduk taman bergotong royong tebas rumput..tutup lubang2....
takkan lubang tu sebesar kolam... |
|
|
|
|
|
|
|
da tau rosak/pecah ..membahayakan kanak2
knpa bawak jugak pegi main..pelik aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau mmg rosak
x payah lah bg anak pegi main kat sn
pantau ler...
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou posted on 11-12-2013 12:12 PM
dah tau mmg rosak
x payah lah bg anak pegi main kat sn
pantau ler...
haah kan..
macam aku kat rnr salak tinggi ke mana tah
ade lah mini playground situ tapi mcm tak terjaga nampak usang dan buruk
anak aku nak gak main tp aku tak bagi ngk keadaan pun tak berani
mmg kalo mana2 taman pemainan yg byk brg rosak aku tak lalu nak bg anak main..
umah mak sedara aku kat puncak alam depan umah ade taman permainan gak yg geram tu budak2 yg main bola sibuk nak main kat sekitar alat permainan tu walhal ade pdang luas..bygkan tgh aku teman anak aku main jongkang jongkit tetiba debukkkkkkkkk..kena bola kat muka dia
jahanam betul,dah tu budak tu dtg amik bola n blah camtu je
anak aku dah merah2 muka tahan nak nangis..aku lglah berapi2 je rasa nak pi hempuk sekor2..takde adab haram nk mintak maaf.
byk sangat makan duit hasil mak pak ngular masa keje pangai pun takde adab lagi dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya permainan budak2 (bawah 12 tahun) ni rosak sebab budak2 besar yang main. Dan aku selalu jer nampak even mak bapak (CELAKA PUNYA ORANG) diorang pun main sama permainan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
harap Majlis Perbandaran Dungun pun ambik iktibar dari kejadian ini
kaka tengok banyak2 peralatan di Park MPD banyak yang sudah rosak, uzur dan berkarat...
especially yang tepi UiTM bukan sebelah pantai tapi belah sungai
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 11-12-2013 12:54 PM
Selalunya permainan budak2 (bawah 12 tahun) ni rosak sebab budak2 besar yang main. Dan aku selalu je ...
sbb.. dulu kecik2 map pak x merasa main cam 2.. he..he..
Ya kat umah pun x penah bg anak main kat playgroun area umah.. sbb mmg teruk.. dgn gelongsor belobang, buaian yg dah uzur n padang yg penuh taik kuching..
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 11-12-2013 12:54 PM
Selalunya permainan budak2 (bawah 12 tahun) ni rosak sebab budak2 besar yang main. Dan aku selalu je ...
Aku selalu bawak anak aku pi tmn belia.. mmg terpampang kat atas buaian tu;'untuk kanak2 bawah 12 tahun sahaja!... tapi hakikatnya ramai jer org dewasa yg naik terutamanya pasangan muda yg feeling romantika d amour.... sama jugak ngan kes tak bleh bawak binatang peliharaan di tmn tu... terpampang gedabak papan tanda tapi ramai jer yg dok bwk anjing bersiar2.... aku kalau nampak mmg aku sound jer..mmm tapi ada depa kesah? Huhuhu.. mentality org malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
bdk umur bru 2 thn, biar main sndri apsal.. dh tau mainan rosak, gigih biar main.. serupa mcm dh tau titi reput,tp gigih g jln smbil hentak2 kaki.. kesian bdk tu dpt bapa terlebih pandai... |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah yg dikatakan mak bapak mentality pprt kelas ketiga. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tqhu buat anak tp tak tahu jaga anak, mcm org hulu perangaii. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di negara macam Jepun, Korea, Scandinavian countries biasanya maintenance kemudahan public macam kawasan permainan kanak, court sukan di jaga oleh penduduk2 tempatan yang menggunakannya. Diorang yang bersihkan, repair kalau rosak, pastikan kemudahan sentiasa selamat digunakan. Ada yg atas initiative sendiri dan ada yg atas initiative persatuan penduduk... Ye lah, orang2 area tu jugak yang menggunakannya. Pada depa gomen dah buatkan kemudahan2 tu dah cukup baik.. Orang kita mintak dari kerajaan macam2, suruh buat ni buat tu tapi mintak tolong jaga tak mau.. semua Majlis & Dewan Bandaraya kena buat.. tapi bila nak naikkan cukai pasal nak maintain segala macam kemudahan tu pandai pulak melenting... kalu yg kaki pembagkang tu tak habih2 cerita pasal kerajaan kuat rasuah etc tapi takde pun nak tolong kutip sampah kat taman permainan depan rumah sendiri.. Tak caya cuba kira berapa banyak dewan orang ramai yang terbengkalai, berapa banyak taman permainan yang rosak... tau komplen ni rosak tu rosak, masaalahnya sapa yang rosakkan? kalau bukan anak2 kita sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
saman jek Majlis Perbandaran, tu kerja2 depa utk baiki tuh... orang bayar Cukai ok. |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa Cina! Keling?
habis lah polis dan UMNO ke saman
pasti ada Demo esok
mereka akan besorak "melayu UMNO Cuai"
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia cacat penglihatan ke..?
test la dulu mainan tu, pstikn selamat ke tak,barula bagi kt anak main, tu pun kene tgk anak main, mata jgn tgk sematpon.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|