Gambar hiasan Keadaan tersebut menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa dan orang awam, apatah lagi masih terdapat kafe siber didakwa menjalankan operasi melebihi had ditetapkan iaitu selepas jam 12 malam. Difahamkan melalui sesi dialog melibatkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama penduduk baru-baru ini, mengesahkan waktu dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam namun masih terdapat kafe siber tidak mengendahkan arahan itu. Masalah operasi melebihi had waktu ini dilihat mendorong kepada masalah sosial iaitu melepak dan menghabiskan wang. Orang awam ditemui, Ismail Abdullah, 43, berkata, operasi kafe siber ini perlu dikawal kerana dilihat terlalu banyak beroperasi melebihi had menggalakkan budaya tidak sihat. “Kita tidak tahu apa aktiviti mereka kerana cermin gelap dan apabila arahan dibuat ia perlu disusuli dengan penguatkuasaan. “Selain itu kafe siber turut dijadikan kawasan lepak dalam kalangan remaja sedikit sebanyak turut mengganggu penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian. Noraina Zainal, 24, pula berkata, pembukaan kafe siber 24 jam juga menyebabkan kesukaran ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak yang masih di bawah umur dan masih bersekolah.
|
5
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT