CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 4

[Jenayah] Port lepak malam-malam sewaktu cuti sekolah

[Copy link]
Post time 8-12-2013 10:13 AM | Show all posts |Read mode
SELAYANG - Cuti sekolah yang sedang berlangsung ketika ini digunakan kebanyakan pelajar sekolah untuk menghabiskan masa di kafe siber di sini untuk melayari permainan komputer secara online.
       
        Keadaan tersebut menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa dan orang awam, apatah lagi masih terdapat kafe siber didakwa menjalankan operasi melebihi had ditetapkan iaitu selepas jam 12 malam.
       
        Difahamkan melalui sesi dialog melibatkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama penduduk baru-baru ini, mengesahkan waktu dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam namun masih terdapat kafe siber tidak mengendahkan arahan itu.
       
        Masalah operasi melebihi had waktu ini dilihat mendorong kepada masalah sosial iaitu melepak dan menghabiskan wang.
       
        Orang awam ditemui, Ismail Abdullah, 43, berkata, operasi kafe siber ini perlu dikawal kerana dilihat terlalu banyak beroperasi melebihi had menggalakkan budaya tidak sihat.
       
        “Kita tidak tahu apa aktiviti mereka kerana cermin gelap dan apabila arahan dibuat ia perlu disusuli dengan penguatkuasaan.
       
        “Selain itu kafe siber turut dijadikan kawasan lepak dalam kalangan remaja sedikit sebanyak turut mengganggu penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Noraina Zainal, 24, pula berkata, pembukaan kafe siber 24 jam juga menyebabkan kesukaran ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak yang masih di bawah umur dan masih bersekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 10:30 AM | Show all posts
budak zaman sekarang.. kalo budak dulu main aci ligan main guli daun terup gasing.. sbb tu budak zaman kita sihat kuat dan bijak.. budak sekarang obesitu membesarkan buntut duduk jela tak gerak2.. rugi betul depa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 02:15 PM | Show all posts
mak bapak kena kawal anak2
anak2 kena kawal diri
peniaga kena ada tanggungjawab bukan untung semata2
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 02:29 PM | Show all posts
inilah mak bapak yang tak mampu kawal anak sendiri. asyik nak salahkan pihak lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 03:13 PM | Show all posts
kat mana2 pun memangla tk dpt di kawal, kalu mak bapak sndiri tak kawal.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.400625 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list