Kematian anak sulungnya selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.
Kata Azmi, isterinya berdepan tekanan. "Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia. "Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri... saya risau kesihatan dia terganggu. "Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT