CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melayan Dua Kanak-Kanak India, Zulin Aziz Puji Perdana Menteri Prihatin

10-10-2021 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4752| Komen: 10

Description: Pelakon dan juga pengacara Zulin Aziz memuji tindakan dan keramahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilihat melayan dua kanak-kanak berbangsa India sedang makan di kawasan Reha ...
Pelakon dan juga pengacara Zulin Aziz memuji tindakan dan keramahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilihat melayan dua kanak-kanak berbangsa India sedang makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas, semalam.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, menyifatkan tindakan Perdana Menteri Malaysia itu sebagai sifat yang melambangkan konsep perpaduan Keluarga Malaysia.

Foto: IG

“Macam inilah baru dinamakan Keluarga Malaysia. Walaupun berada di atas, PM (Perdana Menteri) kita tetap membumi dan saling menjaga antara satu sama lain.

“Saya gembira sangat bila tengok video PM luangkan masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja. Seolah-olah tiada jurang antara kita. Budaya sebegini perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin,” tulisnya.




Ujarnya lagi, sebagai seorang pemimpin negara, seseorang Perdana Menteri itu wajar untuk ambil peduli dan saling sayang menyayangi lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Konsep Keluarga Malaysia memang sesuai dengan keadaan sekarang ini. Kita perlu Bersatu dan tidak boleh pentingkan diri. Terima Kasih PM di atas cinta dan kasih kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, hantaran video Ismail Sabri berpakaian jersi Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang singgah secara spontan di kawasan R&R itu telah mendapat perhatian ramai.

“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas. Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis kapsyen pada video dalam Instagramnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap membumi Ismail Sabri yang mengambil tahu keadaan rakyat ketika ini dan ianya wajar dicontohi pemimpin lain.

“PM seperti inilah yang rakyat suka. Mesra rakyat, ambil tahu masalah rakyat. Saya sayang PM sekarang,” kata seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Ismail Sabri yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 pada 21 Ogos lalu telah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dengan menyifatkan seluruh rakyat negara ini sebagai sebuah keluarga yang perlu mempunyai kesepakatan demi menyelamatkan satu sama lain dalam krisis Covid-19 dan ekonomi.

Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri kesembilan berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana bersifat lebih inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 10-10-2021 06:06 PM
tu dia bak hang bodek kaw2…
Quote beta_carotene 10-10-2021 06:15 PM
jilaaaattttttt
Quote slyfynx 10-10-2021 07:52 PM
Eh, jadi ape sumbangan ko dalam komen ko ni?
Kene eh bukak thread sbb ko puji orang lain?
Quote misuke 10-10-2021 11:03 PM
Sikit hari dilantik jadi penasihat tepi pulak nih
Quote KamikuP 11-10-2021 01:06 PM
Kesian PM terpaksa menyantuni org India asbab kes Kisona tu.
Quote Mamason 11-10-2021 01:26 PM
Owhhh kekdahnya.  Ikut hang laa zulin... hg happy lagu tu.  Silakan..
Quote Tokeybundle 11-10-2021 01:27 PM
So apa gosip nya....
Quote TomyamPuteh 11-10-2021 03:50 PM
Artis peberet@Kurex ni.
Quote Kurex 11-10-2021 04:33 PM
TomyamPuteh replied at 11-10-2021 03:50 PM
Artis peberet@Kurex ni.

Tak minat retis muka tua sebelum usia persis pompuan pertengahan 50an
Quote RatuDunia94 12-10-2021 01:21 PM
Benda basic je kot..
For me nak puji tunggu pemulihan ekonomi pasca covid 19 ni.. la.. berjaya ke tak..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054176 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top