CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 10 Tahun Jadi Penyanyi, Farisha Iris Masih Belum Glamour

8-10-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5302| Komen: 18

Mulai menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil, namun penyanyi Farisha Iris, 22, masih merangkak membina nama dalam sedekad bergelar penyanyi.

Tidak pernah menyesali takdir yang tertulis buatnya, Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Asmadi sedar, setiap penyanyi berdepan laluan tersendiri untuk membuktikan bakat yang dimiliki.

Namun, penyanyi yang mencuri perhatian selepas menyertai program realiti, Big Stage musim ketiga, tahun lalu itu tidak pantas mengalah.

Foto: IG

"Saya yakin pasti ada sinar di hujung terowong apabila tidak berputus asa untuk terus berjuang.

"Saya tidak pernah menyesali takdir biarpun ramai beranggapan saya masih merangkak walaupun sudah 10 tahun bergelar penyanyi.


"Inilah liku-liku yang perlu dilalui, jadi saya tidak boleh cepat menyerah. Saya akan terus berjuang demi mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri, keluarga dan peminat yang menyokong," katanya kepada BH Online.



Lebih manis, naib juara program Idola Kecil musim keempat itu membolosi pencalonan awal bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 selepas hampir 10 tahun bakatnya dipandang sepi.

Penyanyi yang baru muncul dengan single keempat berjudul Hello terbitan Nova Music dengan kerjasama Seventeen Eleven Music itu tidak meletakkan harapan menggunung.


"Saya melihat ada usaha kecil, namun ia lebih bermakna apabila dilakukan kelab peminat, Farisha Iris Squad. Begitu juga kelompok peminat dan pengikut dalam media sosial.

"Andai tertulis bukan rezeki gagal menembusi senarai Top 5 atau menang, ia bukanlah pengakhiran.

"Namun, saya tentunya berharap ada kejayaan yang dicapai selepas sekian lama mencuba nasib. Nasib untung seseorang kita tidak mampu menduga," katanya penuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam, UiTM, Shah Alam.

Farisha berkata, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga, selain sibuk dengan pengajian dalam talian ketika pandemik COVID-19 menular.




"Saya tinggal bersama keluarga. Jadi, tidak terasa kosong ketika pandemik COVID-19 mula menyerang sejak hampir dua tahun lalu.

"Selain sibuk dengan pengajian dalam talian, saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah termasuklah menyertai kelas mengaji," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 8-10-2021 10:02 AM
Same story ulang, cuma artis lain. Diknon, kalau u aktif every year, keluar lagu 3-4 per year, selama 10 tahun, and still tak famous, I boleh la rasa kesian. But come on la, u start nyanyi once (sbb masuk pertandingan at 10), then focus sekolah, pastu nyanyi balik at 22 masuk competition.. just cause of that u kira 10 tahun, agak susah la…

Sama la kalau ada kata, saya nyanyi dah 20 tahun, tapi actually aktif/inactive je takde makna ya. Dah tau job tu menyanyi, kena la aktifkan diri.

Kalau I keje pejabat, 10 tahun sebagai eksekutif, tapi tak pernah naik pangkat atau tak pernah boss kenal, adakah salah majikan? I should reflect on myself first. Is it cause I buat keja mediocre? Kena la push diri sendiri ya..

Sekian tazkirah jumaat. Take care
Quote puanbintang 8-10-2021 10:50 AM
suka tengok dia ni masa mengacara chici chaca dedulu..rasa comel betul tengok muka dia masa tu...muda lagi dek, rezeki tu ada...yang penting usaha dan kerajinan..
Quote dudaberhias 8-10-2021 11:00 AM
cantik... tapi muka biasa2 takde aura..
kena pandai serlahkan diri...
senang je sebenarnya nak popular... mesra dengan peminat dan balas setiap satu komen...

benda ni retis2 atau youtuber ni pun pernah buat

ayda jebat
sugu pavithra
che nom
khairul aming

interaction dengan followers tu penting agitteww... memang la rasa takde masa... kalau takde masa... kekal lah sendu selama2nya dikkk... aliff syukri & dato seri vida pun buat benda sama balas komen2 followers... taktau la dorang yang buat ke atau PA...
Quote MadameOnion 8-10-2021 12:05 PM
sebab bakat beshe beshe je dikkk
Quote babelina 8-10-2021 02:15 PM
lagi sorg.. tetiba dh 10thn...hmmmmmm
Quote KamikuP 8-10-2021 03:44 PM
who are her?
Quote chekacheku 8-10-2021 03:55 PM
Ooh inila penyanyi lagu hello..ok.
Quote imransulaiman 8-10-2021 04:07 PM
Nengok cara posing bergambar pun dah nampak takde aura.. {:thief
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:11 AM
Muda lagiii
Please try again
Quote azimodin 9-10-2021 03:44 PM
Ramai yg boleh menyanyi tapi bukan semua sesuai & layak jadi penyani professional.

Side note: memula tadi ingatkan farisya irwayu pelakon 90an tu dah jadi penyanyi. Gigih iouls baca benang ni
Quote bluecrystal 9-10-2021 03:50 PM
budak ni anak org have have ke ye..aku ingat dulu masa IK dia main piano kat umah..huhu
Quote kikiharris 9-10-2021 03:58 PM
First time dgr nama dia
Quote hanna88 9-10-2021 03:58 PM
lagu dia sedap di dengar gak..she comey..
Quote Ayda89 9-10-2021 05:57 PM
Sabar la ye farisha. Kadang orang tau lagu je tak kenal penyanyi huhu
Quote edsassin 9-10-2021 06:44 PM
bluecrystal replied at 9-10-2021 03:50 PM
budak ni anak org have have ke ye..aku ingat dulu masa IK dia main piano kat umah..huhu

Biaser2 jer. Family dia duk sepang ni haa. Kakak dia kenalan iols
Quote no_el 9-10-2021 07:02 PM
Mana team ko. X buat keja ke. Ke ko urus sorang diri.
Nak femes ni team kena tiptop. X pun ko hire la iman tang ka jadi manager. Tgk ko boleh pegi tara mana.
Quote eely_shana 16-10-2021 12:46 PM
big stage ke dia ni?
Quote awenda507 17-10-2021 01:19 AM
Cantik tp nampk gedik.opsss soriii

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054381 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top