View: 4571|Reply: 18
|
Dah 10 Tahun Jadi Penyanyi, Farisha Iris Masih Belum Glamour
[Copy link]
|
|
Mulai menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil, namun penyanyi Farisha Iris, 22, masih merangkak membina nama dalam sedekad bergelar penyanyi.
Tidak pernah menyesali takdir yang tertulis buatnya, Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Asmadi sedar, setiap penyanyi berdepan laluan tersendiri untuk membuktikan bakat yang dimiliki.
Namun, penyanyi yang mencuri perhatian selepas menyertai program realiti, Big Stage musim ketiga, tahun lalu itu tidak pantas mengalah.
Foto: IG
"Saya yakin pasti ada sinar di hujung terowong apabila tidak berputus asa untuk terus berjuang.
"Saya tidak pernah menyesali takdir biarpun ramai beranggapan saya masih merangkak walaupun sudah 10 tahun bergelar penyanyi.
"Inilah liku-liku yang perlu dilalui, jadi saya tidak boleh cepat menyerah. Saya akan terus berjuang demi mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri, keluarga dan peminat yang menyokong," katanya kepada BH Online.
Lebih manis, naib juara program Idola Kecil musim keempat itu membolosi pencalonan awal bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 selepas hampir 10 tahun bakatnya dipandang sepi.
Penyanyi yang baru muncul dengan single keempat berjudul Hello terbitan Nova Music dengan kerjasama Seventeen Eleven Music itu tidak meletakkan harapan menggunung.
"Saya melihat ada usaha kecil, namun ia lebih bermakna apabila dilakukan kelab peminat, Farisha Iris Squad. Begitu juga kelompok peminat dan pengikut dalam media sosial.
"Andai tertulis bukan rezeki gagal menembusi senarai Top 5 atau menang, ia bukanlah pengakhiran.
"Namun, saya tentunya berharap ada kejayaan yang dicapai selepas sekian lama mencuba nasib. Nasib untung seseorang kita tidak mampu menduga," katanya penuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam, UiTM, Shah Alam.
Farisha berkata, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga, selain sibuk dengan pengajian dalam talian ketika pandemik COVID-19 menular.
"Saya tinggal bersama keluarga. Jadi, tidak terasa kosong ketika pandemik COVID-19 mula menyerang sejak hampir dua tahun lalu.
"Selain sibuk dengan pengajian dalam talian, saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah termasuklah menyertai kelas mengaji," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Same story ulang, cuma artis lain. Diknon, kalau u aktif every year, keluar lagu 3-4 per year, selama 10 tahun, and still tak famous, I boleh la rasa kesian. But come on la, u start nyanyi once (sbb masuk pertandingan at 10), then focus sekolah, pastu nyanyi balik at 22 masuk competition.. just cause of that u kira 10 tahun, agak susah la…
Sama la kalau ada kata, saya nyanyi dah 20 tahun, tapi actually aktif/inactive je takde makna ya. Dah tau job tu menyanyi, kena la aktifkan diri.
Kalau I keje pejabat, 10 tahun sebagai eksekutif, tapi tak pernah naik pangkat atau tak pernah boss kenal, adakah salah majikan? I should reflect on myself first. Is it cause I buat keja mediocre? Kena la push diri sendiri ya..
Sekian tazkirah jumaat. Take care |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok dia ni masa mengacara chici chaca dedulu..rasa comel betul tengok muka dia masa tu...muda lagi dek, rezeki tu ada...yang penting usaha dan kerajinan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik... tapi muka biasa2 takde aura..
kena pandai serlahkan diri...
senang je sebenarnya nak popular... mesra dengan peminat dan balas setiap satu komen...
benda ni retis2 atau youtuber ni pun pernah buat
ayda jebat
sugu pavithra
che nom
khairul aming
interaction dengan followers tu penting agitteww... memang la rasa takde masa... kalau takde masa... kekal lah sendu selama2nya dikkk... aliff syukri & dato seri vida pun buat benda sama balas komen2 followers... taktau la dorang yang buat ke atau PA... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab bakat beshe beshe je dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sorg.. tetiba dh 10thn...hmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ooh inila penyanyi lagu hello..ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Nengok cara posing bergambar pun dah nampak takde aura.. {:thief |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagiii
Please try again |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg boleh menyanyi tapi bukan semua sesuai & layak jadi penyani professional.
Side note: memula tadi ingatkan farisya irwayu pelakon 90an tu dah jadi penyanyi. Gigih iouls baca benang ni |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni anak org have have ke ye..aku ingat dulu masa IK dia main piano kat umah..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
First time dgr nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
lagu dia sedap di dengar gak..she comey.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar la ye farisha. Kadang orang tau lagu je tak kenal penyanyi huhu |
|
|
|
|
|
|
|
bluecrystal replied at 9-10-2021 03:50 PM
budak ni anak org have have ke ye..aku ingat dulu masa IK dia main piano kat umah..huhu
Biaser2 jer. Family dia duk sepang ni haa. Kakak dia kenalan iols |
|
|
|
|
|
|
|
Mana team ko. X buat keja ke. Ke ko urus sorang diri.
Nak femes ni team kena tiptop. X pun ko hire la iman tang ka jadi manager. Tgk ko boleh pegi tara mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tp nampk gedik.opsss soriii |
|
|
|
|
|
|
| |
|